Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2016

balik kampung 24 April 2016

Imej
Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada hujung minggu lepas. Kejadian ribut pada hari selasa menyebabkan dahan pokok mempelam vareiti epal patah. Ayah dengan kudrat yang masih ada memotong ranting ranting yang kecil. Jadi, pagi ahad digunakan untuk memotong dahan mempelam supaya dapat diangkut dan dibersihkan. Terung Terung masih lagi berbuah lebat. Nampaknya terung perlu dituai setiap minggu. Jika lebih daripada seminggu, buah terung sudah mulai bertukar dari warna hijau ke warna kuning. Alhamdulillah, banyak terung yang berjaya dituai. InsyaAllah pada minggu depan, celah celah antara batas terung dapat disemai dengan bayam ataupun lobak hijau. Anak anak terung pipit yang tumbuh liar akan dijadikan pokok penanti. Benih pokok yang sedang dicambah sekarang akan dicantum pada pokok terung pipit nanti. Kacang kelisa Benih kacang kelisa yang disemai sebelum ini dibawa balik ke kampung. Lubang digali dan benih dipindahkan. Harap harap ada benih yang akan berjaya hidu

perkembangan kebun perumahan 23 April 2016

Alhamdulillah, sedikit masa hujung minggu dapat diluangkan untuk mengemas kawasan kebun perumahan. Disamping itu, aktiviti santai seperti memancing dapat juga dilaksanakan sebelum balik ke kampung. Bersih halaman rumah Halaman rumah yang semak samun dibersihkan. Pokok petola bantal yang menjalar ke pokok pokok yang lain dipangkas supaya nampak kemas. Anak benih bayam sudah mula bercambah sendiri selepas hujan beberapa hari  yang lalu. Ranting mulberi dipangkas dan disemai kembali. Rizom cekur dikumpulkan didalam satu bekas supaya dapat disemai lagi Anak benih kobis bulat Anak benih kobis bulat dipindahkan ke dalam pasu pasu panjang. Agak terlewat pemindahan beih kobis. Harap harap masih ada benih yang akan dapat membesar. Memancing Alhamdulillah dapat juga memancing sekejap ketika awal pagi. Seekor ikan haruan berjaya dipancing sebelum matahari semakin panas. Sungai sudah tidak sebersih dahulu lagi kerana dipenuhi sampah sarap seperti plastik yang dibuang kedalam sungai.

projek tanaman sayur bertingkat

InsyaAllah sedang merancang rak bertingkat tanaman sayur untuk kebun perumahan. Kawasan hadapan rumah mendapat cahaya matahari yang cukup, sesuai untuk penanaman sayuran jenis daun. Antara tanaman yang boleh dicuba ialah sawi, lobak putih, bayam, kangkung, kailan serta herba herba seperti pudina. Benih akan cuba disemai ataupun dibeli keratan dari pasar. Kemungkinan juga, bekas air minuman yang tidak digunakan lagi boleh dijadikan sebagai pasu. Kebiasaannya, setiap minggu ada sahaja bekas minuman yang dibuang begitu sahaja. Selain itu, satu tong akan dijadikan sebagai kolam ikan bagi membela ikan keli. Makanan yang tidak habis boleh dijadikan sebagai makanan ikan keli. Sayang jika sisa makanan yang masih elok dibuang begitu sahaja tanpa dijadikan sesuatu yang lebih baik.

semaian terbaru, terung panjang hibrid dan terung putih

Alhamdulillah dapat juga menyemai terung panjang hibrid dan terung putih. Perancangan yang sudah lama tertangguh. Benih terung biasanya diletakkan dengan racun kulat atau serangga yang menyebabkan biji benih berwarna merah. Jadi pekebun harus memastikan tangan dibersihkan selepas memegang biji benih. Benih terung direndam selama seharian didalam air paip, sebelum disemai didalam bekas semaian.

perkembangan kebun perumahan 17 April 2016, semaian kobis bulat bercambah

Alhamdulillah, semaian kobis bulat yang dimulakan minggu lepas sudah bercambah. Semaian perlu diubah ke bekas tanaman yang sesuai. Kangkung dan bayam didalam bekas polisterin Kangkung dan bayam didalam bekas polisterin tidak menjadi. Kangkung yang terhasil sangat kecil dan mula diserang hama merah. Manakala bayam pula terlalu padat. InsyaAllah akan memulakan tanaman baru di kawasan yang ada lebih banyak cahaya. Musim hujan Hujan sudah mula turun di kawasan Pulau Pinang. Jadi aktiviti penanaman lebih mudah kerana kurang perlu menyiram tanaman. InsyaAllah akan gembur dan bajakan kembali tanah didalam pasu pasu yang tersimpan dikawasan rumah. Gambar akan diletakkan kemudian.

perkembangan kebun perumahan 11 April 2016

Alhamdulillah, dapat mengurus sedikit kebun perumahan Kolam ikan Saluran kolam ikan yang tersumbat dibersihkan. Terdapat plastik dari bumbung lutsinar yang pecah berkumpul pada saluran air. Ini menyebabkan air tidak dapat di pam ke bahagian kolam yang menempatkan ikan keli. InsyaAllah akan cuba menambah vareiti ikan, cuma bimbang ikan ikan kecil akan menjadi makanan ikan ikan yang lebih besar. Semaian Semaian terbaru yang dicuba ialah kobis bulat, kucai dan salad. Harap harap semaiaan akan bercambah. Sudah berkali kali mencuba semaian kucai dan salad tetapi masih belum berjaya. InsyaAllah akan memulakan semaian terung dan kekacang pula. Kerja kerja membersihkan kebun perumahan perlu diteruskan untuk memastikan laman rumah kemas dan cantik dipandang. Buat masa ini agak berselerak dengan kotak kotak.

balik kampung 10 April 2016

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi minggu ini. Cuaca di Alor Setar berlainan panas dengan bulan sebelum ini. Bulan lepas, cuaca panas tetapi sejuk pada waktu malam. Namun, kini, cuaca siang dan malam tetap panas. Waktu malam tidur kurang selesa kerana suhu sangat panas. Waktu siang pula cuaca cepat menjadi panas dan aktiviti di luar agak terhad. Terung Terung di kampung terus mengujakan kerana hasil semakin menjadi jadi. Walaupun terung ada yang masak dipokok. Pokok tetap terus mengeluarkan hasil.  InsyaAllah akan dijadikan bahan masakan nanti. Disamping itu, anak anak pokok terung pipit akan cuba dicantumkan dengan terung panjang. Benih terung panjang akan cuba disemai tidak lama lagi. Ulam ulaman InsyaAllah akan cuba menyemai ulam ulaman dan pokok untuk kegunaan dapur di kampung. Lokasi yang dipilih ialah ditepi kolam ditepi parit yang jauh dari kawasan rumah Diantara ulaman yang sesuai seperti sudu itik, selom, serai dan daun pandan. Projek ternak ayam InsyaAllah akan memulak

perkembangan kebun perumaha, 5 April 2016, memulakan penanaman semula sawi renek

Sawi renek Sawi renek yang disemai sebelum ini tidak begitu menjadi. Jadi sawi renek baru di semai. Semoga semaian kali ini lebih berhasil. Berat hati juga untuk menggembur tanah yang sudah ada beberapa cambahan sawi renek. Namun, semaian semula dilakukan memandangkan semaian tidak akan memberi hasil yang memuaskan. Tangkap lintah bulan Lintah bulan rupanya rupanya banyak berlindung dibawah daun daun kering yang dijadikan kompos bagi pokok terung. Pada pagi hari, didapati beberapa ekor lintah bulan bersembunyi disitu. Kesemua dikumpul dan dimusnahkan. Zucchini Semaian zucchini dipindahkan ke bahagian luar rumah supaya mendapat jumlah matahari yang cukup. Pembajaan dilakukan menggunakan baja organik yang dibeli. Namun baja tersebut agak kuat kerana daun semaian menjadi layu apabila terkena baja organik.

balik kampung 3 April 2016

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu ini Mempelam Mempelam vareiti chokanan sudah mula berbunga kembali. Keadaan kebun agak semak dan perlu dibersihkan. Ayah sudah tidak larat nak membersih kebun kerana faktor usia dan kesihatan. Daun daun dikumpulkan dan dibakar. Manakala batang pokok mempelam perlu di tebang kerana mengganggu perjalanan ke kawasan belakang kebun. Cari pegaga kampung InsyaAllah terdapat beberapa benih pegaga kampung yang masih lagi hidup dimusim kemarau ini. Agak menakjubkan kerana herba pegaga ini dapat bertahan walaupun sudah hampir tiga bulan tiada hujan. Bersih parit Parit parit perlu dibersihkan kerana nampak terlalu kotor dengan sampah sarap yang dibuang kedalam parit begitu sahaja. Harap harap jiran jiran lebih menjaga kebersihan kawasan sekeliling. Disamping itu, pelepah nyior yang jatuh kedalam parit juga dikumpulan sebelum parit mula dipenuhi air apabila musim hujan tiba kelak. Terung telunjuk Terung telunjuk juga menunjukan daya tahan yang

perancangan kebun bulan April 2016

Perancangan penanaman bulan April akan meneruskan perancangan bulan Mac kerana banyak aktiviti penanaman tergendala Tanaman jangka masa pendek ( 1-2 bulan ) Salad Bayam Kailan Kangkung ( percubaan kali ke 2 ) Sawi bunga Basil Tanaman jangka masa sederhana ( 2-4 bulan ) Timun ( baka mini dan jepun ) Tomato Labu air Bendi Kacang panjang Kacang buncis renek Tanaman jangka panjang ( 4 bulan- 6 bulan ) Terung panjang hijau Terung panjang ungu Petola bantal Cabai Petola segi hibrid Bela ikan InsyaAllah akan cuba mendapatkan beberapa benih ikan baru untuk dicuba.