Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2016

imbasan projek tahun 2016

Alhamdulillah tahun 2016 sudah sampai ke penghujung. Banyak memori suka duka berkebun berlaku untuk tahun ini Suka Cabai melaka ( berjaya menghasilkan pokok yang lebat ) Terung telunjuk ( banyak hasil sepanjang tahun ) Timun jepun ( berjaya mendapatkan hasil ) Timer pengairan untuk mengelakkan kebun kekeringan berjaya dipasang Basil thai berjaya hidup Benih terung pelbagai vareiti berjaya dicambahkan Bendi berjaya mengeluarkan hasil Ulam lemak ketam membesar dengan baik Banyak jiran jiran pun mulai menanam herba/sayuran Duka Kebun disabotaj ( anak pokok timun dicabut, pokok dipatahkan oleh tangan tangan gatal ) Sayur bayam terkena racun di kebun kampung Benih benih tersimpan lama sehingga habis tarikh luput Semaian pokok tin banyak yang mati Ikan kaloi peliharaan mati Cabaran tahun depan Untuk tahun depan beberapa cabaran sudah dikenal pasti untuk dicapai 1. Sistem akuaponik lengkap di kawasan kebun perumahan 2. Siapkan reban ayam dan tambah jumlah ayam belanda ayah 3. urus kebun kamp

balik kampung 27 Disember 2016

Imej
Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada minggu lepas. Beberapa aktiviti di kampung berjaya dilakukan. Cuaca sudah semakin kering dan berubah ke musim timur. Semaian terung Alhamdulillah semaian terung masih lagi bertahan. Pokok yang mati diganti dengan anak benih terung yang masih berbaki. Tuaian bendi & terung Alhamdulillah bendi dan terung dapat dituai untuk makan tengah hari. Bendi digunakan didalam masakan gulai ikan. Manakala terung dibakar dan dimakan bersama sambal. Memancing Beberapa ekor ikan berjaya dipancing dan dijadikan makan tengah hari. Musim memancing ikan sawah semakin hampir kerana padi sudah mulai masak. Dalam sebulan lagi padi akan mulai menguning dan sedia untuk dituai

kematian ikan ikan peliharaan

Ikan ikan kaloi peliharaan di kebun perumahan habis mati bila pulang dari cuti hari Krismas. Kesemua ikan kaloi berjumlah lima ekor didapati mati dan sudah mulai busuk. Ikan ikan peliharaan yang dibela hampir lima tahun daripada saiz tidak sampai sejengkal sehingga mencapai saiz lebih sekaki dan berat beberapa kilogram. Punca kematian ikan ikan peliharaan masih belum dapat dikenal pasti. Kemungkinan jangkitan penyakit bila ikan ikan liar yang dimasukkan ke dalam kolam ataupun kualiti air yang sudah tidak sesuai bila ada kematian ikan ikan lain. Setakat ini didalam kolam masih terdapat ikan keli yang tidak terjejas dan masih hidup. InsyaAllah akan cuba membela ikan ikan baru. Buat masa ini, kolam akan dicuci dahulu dan dibersihkan.

tuaian cabai melaka di kebun perumahan 19 Disember 2016

Imej
Alhamdulillah cabai melaka di kebun perumahan terus memberi hasil. Tak rugi menanam cabai melaka dirumah kerana boleh memberi hasil yang berterusan apabila mula mengeluarkan hasil. Selepas tuaian dilakukan, baja organik ditambah untuk membantu pokok menghasilkan buah seterusnya.

perkembangan kebun kampung 17 Disember 2016

Alhamdulillah ada sedikit perkembangan kebun kampung di Alor Setar. Masa masih lagi belum mengizinkan untuk aktiviti kebun bagi tempoh yang lama. Cuaca sudah semakin bertukar ke musim timur dimana cuaca semakin sejuk dan kering. Terung dan bendi Buah terung sudah boleh dituai. Walaupun kecil, namun puas hati dengan hasil dari kebun sendiri. Bendi sulung juga berjaya dituai dari pokok. Anak anak pokok terung yang dipindahkan ke kawasan kebun juga nampak masih lagi bertahan. Bersih kampung Batang batang kayu dari pokok  yang ditebang dikumpulkan dan dibakar. Rutin bulanan memotong rumput di kawasan mak menyidai kain juga berjaya dilakukan. Kerja kerja membersih parit masih lagi tertangguh. Kemungkinan masuk tahun baru baru boleh melaksanakan tugasan tersebut. Bendang Bendang ayah sudah mula mengeluarkan bunga padi. Tidak banyak aktiviti bendang yang dapat dilaksanakan pada masa ini. Kebanyakan kerja diupah pada orang kampung. Harap harap pada musim hadapan dapat meluangkan lebih banyak

balik kampung 12 Disember 2016

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu ini. Sedikit aktiviti berkebun berjaya dilaksanakan. Bendi Pokok bendi sudah berbuah. Buah sulung tidak dapat dituai dan menjadi keras. InsyaAllah akan jadikan sebagai benih. Terung Pokok terung panjang ungu yang ada di kampung berbuah lagi. Namun, pokok agak kecil untuk menampung berat buah. Jadi, kayu sokongan terpaksa diletakkan bagi mengelakkan buah terkena tanah. Benih benih terung yang ada di kebun perumahan dibawa balik ke kampung untuk ditanam. Vareiti terung telunjuk dan terung panjang dibawa balik ke kampung. Harap harap pokok akan tumbuh dengan baik. Baja dari serbuk kopi ditambah di batas kebun.

balik kampung 4 Disember 2016

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada minggu lepas. Cuti minggu ini agak padat dengan program seperti jemputan kenduri dan aktiviti riadah. Dapat juga menjenguk keadaan kebun walaupun sekejap sahaja. Bendi Alhamdulillah masih ada pokok bendi yang hidup daripada semaian sebelum ini di kampung. Pokok sudahpun mula berbuah. Harap harap pokok akan terus membesar. Terung Terung yang ada dikampung masih lagi mengeluarkan hasil. Terung panjang ungu juga semakin membesar. Namun, perlu diberi sokongan dan ditambah baja bagi mengalakkan lagi tumbesaran dan penghasilan buah. Tempirai Perangkap ikan yang dipasang kali ini kurang berhasil kerana banyak ikan yang berjaya keluar dari tempirai apabila parit dipenuhi air hujan akibat hujan lebat pada petang ahad. Namun, masih lagi memberi satu pengalaman baru bagi anak anak saudara yang pulang ke kampung. Petai dan gulai batang pisang Petai dibawa pulang oleh Bang Chik Man dari Baling. Disamping itu gulai batang pisang turut ditempah dari kampung d