Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2018

balik kampung 28 Jan 2018

Imej
Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu ini Kebun pisang Kebun pisang yang sudah penuh dengan semak samun akhirnya berjaya di cerahkan dengan menggunakan mesin rumput. Disebabkan kesuntukan masa, hanya lorong utama kebun pisang yang dibersihkan. InsyaAllah akan menyambung lagi kerja kerja membersih kebun pisang. Alhamdulillah dua tandan pisang berjaya dituai kali ini serta beberapa jantung pisang. Terdapat beberapa tandang pisang lagi didalam kebun. Tandan pisang yang lain nampaknya mungkin boleh dituai dua minggu dari tarikh tuaian hari ini. Anak anak ayam Anak ayam di kampung semakin membesar. Pantas juga tumbesaran anak ayam yang dibela ayah. Buat masa ini, makanan yang diberi terdiri daripada dedak ayam sahaja. InsyaAllah nanti ayam ayam ini dapat membantu mengurangkan masalah sisa makanan di rumah. Didalam perancangan, kemungkinan hendak membela beberapa ekor ayam mutiara sebagai eksperimen. Bubu ikan Jaring besi yang dibeli pada minggu lepas akhirnya b

balik kampung 20 Januari 2018

Imej
Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu ini. Bulan ini cuaca masih lagi hujan. Kebun pisang Kebun pisang di belakang rumah tidak begitu menjadi. Tanah kini kerap digenangi air dan pokok pisang tidak lagi tumbuh dengan baik. Ada setandan pisang yang belum begitu besar, namun terpaksa dituai kerana daun daun sudah menjadi kekuningan akibat serangan penyakit. Jiran juga membantu menebang pokok pisang yang condong ke kawasan halaman jiran. Saya tiada masalah tentang perkara ini asalkan jiran senang hati dan kawasan terjaga. Nenas Pokok nenas yang ditanam emak didalam pasu sudah sedia untuk dituai. Buahnya tidak begitu besar kerana pokok nenas sebelum ini terbalik apabila akar tidak dapat menampung berat buah. InsyaAllah akan menanam lagi nenas didalam pasu. Putat nasi Pokok putat dibelakang rumah banyak mengeluarkan pucuk muda diwaktu hujan ini. Disamping itu, pokok putat nampaknya sudah mulai berbunga. Harap harap bunga pokok putat akan menjadi buah dan boleh

ikan haruan salai masak lemak cili api

Imej
Alhamdulillah balik kampung minggu lepas, dapat juga memancing ikan haruan. Murah rezeki kali ini kerana ikan berjaya dipancing dengan banyak. Pelbagai resepi ikan haruan pernah dicuba. Kali ini terdetik untuk mencuba ikan haruan salai masak lemak cili api. Disebabkan kesuntukan masa, ikan haruan disiang dah dicuci pada hari ahad. Daun serai dan garam digunakan untuk mengurangkan rasa hanyir ikan. Ikan dicuci bersih dan darah ikan dikikis dari tulang ikan sehingga cuci. Kemudian ikan dikelar kelar dan dilumur dengan campuran garam dan kunyit. Bara api daripada sabut disediakan sementara menunggu ikan yang diperap dengan garam kunyit sebati. Bara api dibiarkan terbakar sehingga tinggal bara api dan asap sahaja. Kemudian ikan pun disalai selama setengah jam sehingga masak. Setelah masak, ikan dibiarkan sejuk dahulu sebelum disimpan didalam bekas. Cabai melaka yang ditanam emak dibawa balik ke bandar untuk dijadikan bahan dalam resepi masak lemak cili api. Alhamdulil

balik kampung 13 Januari 2018

Imej
Alhamdulillah setelah hampir dua minggu tidak balik ke kampung. Akhirnya dapat juga balik ke kampung. anak ayam yang baru menetas Ayam kampung & ayam piru Ayah membeli anak anak ayam kampung dan ayam piru dari pekan tunjang. Sebanyak sepuluh ekor anak ayam kampung dan dua pasang anak ayam piru dibeli. Anak ayam kampung dijadikan sebagai peneman kepada ayam piru. Ayam kampung sudah tidak banyak dikampung kerana diserang penyakit hawar. Jadi, anak anak ayam ini akan menambahkan balik bilangan ayam di kampung. Pada masa sekarang, sisa makanan dari dapur seperti nasi yang tidak habis tidak ada ayam yang hendak makan. InsyaAllah akan cuba mendapatkan beberapa ekor itik juga bagi menambah vareiti ternakan di kampung. Bendi Bendi yang ditanam secara menabur benih di kawasan kebun pisang nampaknya sudah mula mengeluarkan hasil. Pokok tidak tinggi hanya sekadar dua kaki. Kemungkinan ini disebabkan kekurangan baja. InsyaAllah benih benih bendi akan disemai lagi dan persediaan

balik kampung akhir disember 2017

Alhamdulillah akhir disember 2017 dapat dihabiskan di kampung. Antara aktiviti yang dilakukan ialah memancing, menjala dan membersih parit dan kebun. Memancing dan menjala Waktu awal pagi diluangkan untuk memancing ikan haruan bersama anak anak saudara yang balik bercuti di kampung. Peluang mereka untuk memancing kerana duduk di bandar tidak ada masa untuk pergi memancing. Jadi, terusan air berdekatan kampung dijadikan sasaran untuk memancing ikan haruan. Parit di belakang rumah yang selalu menjadi tempat memancing bila mereka balik kampung kini menjadi tumpuan ramai kaki pancing yang sudah tahu bahawa belakang rumah tokwan mereka adalah lubuk ikan. Hampir setiap hari ada kaki pancing yang mengunjungi parit belakang rumah pada waktu pagi dan petang. Jadi, untuk keselesaan memancing, kami memilih untuk memancing di kawasan lain yang lebih lapang dan tidak perlu bersaing dengan pemancing lain. Ikan pada awal pagi di lokasi tali air galak bermain dipermukaan air. Ini diantara tanda te