Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel siam

benih baru dari siam

Alhamdulillah dapat memperolehi beberapa benih baru dari siam. Antaranya benih labu air bagi menjadi stok benih kerana benih lama sudah habis digunakan. Pokok labu air dikampung tidak pasti nasib sekarang kerana asyik di serang oleh tupai. Selain itu, benih terung dan juga benih timun turut dibeli. Cukup untuk penanaman beberapa kali. Kedua duanya sedap dibuat ulam. Cabai burung dari siam juga turut dibeli. Cabai ini terdapat dalam dua warna. Merah paling pedas manakala warna kuning kurang pedas. Cabai ini sedap digunakan dalam sambal belacan.

benih terung dari siam bercambah

Alhamdulillah benih terung dari siam sudah bercambah. Baka ini jika dapat membesar dengan baik menghasilkan buah terung ungu dan panjang serta berbuah lebat. InsyaAllah akan disediakan pasu besar bagi pembesaran terung. Terung sarawak pula masih tidak lekat bunga walaupun sudah banyak bunga yang kembang.