Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2015

perancangan hujung minggu akhir Ogos 2015

InsyaAllah jika berkesempatan beberapa kerja kebun perumahan akan dilaksanakan. Susulan daripada kerja pembersihan yang dilakukan oleh isteri supaya ruang rumah nampak kemas. 1. Semai benih sayuran daun InsyaAllah akan semai benih sayuran seperti salad, kobis dan kangkung 2. Pangkas pokok Beberapa pokok seperti petola bantal, 3. Cari kangkung untuk ikan kaloi Sudah lama ikan kaloi tidak merasa kangkong. InsyaAllah akan cuba cari kangkung liar ditepian sungai. 4. Tut pokok limau purut Pokok limau purut akan cuba ditut supaya dapat menghasilkan pokok baru.

perkembangan kebun perumahan 26 Ogos 2015

Imej
Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun perumahan. Musim hujan begini anak anak benih ulam raja dan bayam bercambah dengan sendiri. Lobak merah Lobak merah menjadi layu kerana cuaca panas. Lubang pengaliran air dibaiki supaya air tidak terlalu cepat keluar apabila disiram Pokok tin Alhamdulillah dua tut pokok tin dipotong dari pokok induk dan dipindahakan kedalam pasu. Akar sudah agak kering kerana lambat mengubah tut. InsyaAllah akan mengubah dua lagi keratan tut. Semaian benih benih Nampaknya, benih benih tembikai, cili dan terung eksotik langsung tidak bercambah. InsyaAllah akan cuba semai benih benih yang lain untuk menghabiskan stok benih. Mulberi Alhamdulillah mulberi mula mengeluarkan pucuk dan buah selepas di pangkas. Malangnya keratan batang tidak sempat untuk ditanam dan mati akibat terlalu lama terendam didalam air. Tomato Beberapa benih tomato semakin membesar dan sesuai untuk dipindahkan ke kawasan terbuka. Bunga tongkeng Kemungkinan pokok bunga

balik kampung 22 Ogos 2015

Alhamdulillah sempat balik ke kampung untuk menjenguk mak dan ayah serta keadaan kampung. Waktu masih lagi terhad, untuk hujung minggu ini sahaja, hampir 400 kilometer perjalanan menggunakan kereta ditempuh. Cabaran agak tinggi kerana memandu berseorangan, memandu pada awal pagi dan memandu didalam keadaan badan yang letih. Diantara perkembangan kebun perumahan Semaian rawak benih ulam raja Benih ulam raja yang dikumpul dibawa balik dan di tabur sepanjang pagar yang banyak mendapat cahaya matahari. Semaian kacang panjang dan timun Semaian kacang panjang dan timun tidak bernasih baik kerana terkena racun rumpai. Habis mati benih benih yang berusia beberapa minggu. Buah sulung dari timun juga tidak kesampaian untuk dituai. Cabai solok Pokok cabai solok hanya tinggal dua pokok setelah satu pokok mati. Apabila diselidiki, siput babi sudah memakan batang pokok cabai solok. Tenggek burung Ulaman tenggek burung nampaknya semakin merimpun. InsyaAllah akan petik pucuk pucuk yang masih muda. Me

projek akuaponik bulan september

InsyaAllah akan memulakan projek akuaponik kecil kecilan sebagai satu eksperimen berkebun di kawasan yang terhad. Tong ikan Satu tong lutsinar ataupun bekas lutsinar akan digunakan sebagai tempat menyimpan ikan. Alternatif lain ialah tong simpanan air hitam. Ikan Ikan kaloi dan ikan keli akan dijadikan ikan yang akan dipilih. Akan cuba pilih ikan tilapia juga sebagai eksperimen. Sistem penapisan Sistem penapisan akan dibina daripada beberapa pasu panjang Pam Akan mengunakan sistem pam akuarium berkuasa rendah. Aliran air kecil sudah memadai. Tanaman Tanaman sayuran daun dicuba seperti kailan dan sawi. Begitu juga dengan tanaman herba untuk kegunaan dapur seperti pudina, selasih, daun sup, pegaga. Kos InsyaAllah akan cuba minimakan kos dibawah harga RM 300.00 ringgit.

guna semula bekas minuman sebagai pasu semaian

Apabila kita memesan air minuman, kebiasaannya penjual membekalkan bekas cawan plastik. Jika dibuang begitu sahaja akan menyebabkan pencemaran. Bekas plastik ini boleh diguna sebagai pasu untuk semaian. Kebetulan tiada masa untuk membeli bekas semaian. Jadi, bekas cawan plastik boleh dijadikan alternatif. Semaian ulam raja diletakkan didalam cawan. Tebuk sedikit lubang kecil pada bawah cawan untuk membolehkan lebihan air keluar.

perkembangan kebun perumahan 15 Ogos 2015

Imej
Alhamdulillah, dapat mengemas sedikit kebun perumahan dalam kekalutan untuk balik ke kampung. Lobak merah Lobak merah nampaknya semakin membesar. Umbisi masih kecil tetapi daun lobak merah sudah semakin merimbun. Ulam raja Benih benih ulam raja yang dikutip semakin banyak. InsyaAllah boleh diedarkan kepada mereka yang berminat dengan kos minima. Automasi kebun Alhamdulillah beberapa barang untuk proses automasi kebun sudah tiba. Nampaknya dapat memulakan proses automasi selewat lewatnya bulan hadapan sebelum fenomena musim panas tiba. Mulberi Batang mulberi di pangkas untuk menggalakkan penghasilan buah. Daun mulberi yang masih muda dituai dan dijadikan hidangan sup. Batang mulberi direndam dahulu didalam air kerana kekurangan bekas untuk menyemai. Semai benih benih baru Benih benih cabai dan terung eksotik cuba disemai. Harap harap akan tumbuh. Untuk benih terung, benih disemai secara banyak didalam satu lubang kerana kesuntukan masa untuk menyemai didalam luba

balik kampung 15 Ogos 2015

Imej
Alhamdulillah, dapat balik ke kampung sekejap minggu ini. Cuaca masih lagi mendung dan hujan lebat pada hujung minggu. Sempat menjenguk kebun kampung dibelakang rumah. Kacang panjang ular masih lagi ada benih yang terselamat dan sedang membesar. InsyaAllah akan ditambah dengan benih benih kacang panjang biasa juga. Timun Alhamdulillah, buah timun sudah mula terbentuk. Tenggek burung Ulam tenggek burung semakin tinggi. InsyaAllah akan diambil pucuk supaya lebih merimbun.

perkembangan kebun perumahan 12 Ogos 2015

Imej
Alhamdulillah dapat menjenguk kebun perumahan sebentar selama satu jam pada waktu petang Mulberi Mulberi diluar rumah menghasilkan beberapa biji buah yang sedang masak. Terus dipetik dan dimakan. Pokok perlu dipangkas lagi supaya tunas baru keluar. Tomota kingkong Tumbesaran tomato king kong masih lagi perlahan. Alhamdulillah berjaya mengubah semua anak benih ke pasu dan polibeg. Tomota disiram dengan baja ikan sebagai tambahan baja tumbesaran peringkat permulaan. Ulam raja Benih benih ulam raja dikutip dan dikumpulkan. InsyaAllah boleh diedarkan kepada rakan rakan nanti. Pokok tin Alhamdulillah pucuk buah semakin berkembang. Begitu juga dengan hasil tut ada yang berjaya. Vareiti BTM6 paling mudah untuk ditut dan cepat mengeluarkan akar. Benih eksotik tembikai Satu benih eksotik tembikai cuba disemai. Harap harap dapat bercambah.

balik kampung 8 Ogos 2015

Imej
Alhamdulillah dapat balik kampung sekejap pada 8 Ogos 2015. Hanya ada masa sejam berada di kampung. Sempat menjenguk kebun dibelakang rumah. Terung Beberapa biji buah terung dituai dan dijadikan ulam ulaman. Terung bulat siam paling sedap dibuat ulam dan dicicah dengan sambal belacan. Timun Timun masih lagi nampak sihat dan menjalar mencari ruang yang lebih luas dan tinggi. Walaupun masih kecil, pokok sudah berbunga. Kacang panjang Kacang panjang nampaknya masih lagi terselamat. Harap harap akan cepat menjalar ke pagar. InsyaAllah akan cuba ditambah baja pada minggu yang akan datang. InsyaAllah akan cuba membina kebun yang lebih baik pada minggu minggu hadapan.

perkembangan kebun perumahan 4 Ogos 2015

Alhamdulillah dapat menjenguk sekejap kebun perumahan walaupun masa singkat. Hujan turun lebat pada awal pagi. Jadi sebelum hari cerah terpaksa bergerak keluar kerja untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang. Pokok tin Alhamdulillah, pokok tin sudah ada tanda akan berbuah lagi. Putik putih buah baru kelihatan semakin membesar. InsyaAllah dalam sebulan lebih akan merasa buah tin segar. Semaian ulam raja Semaian ulam raja nampaknya masih bertahan seteleh dipindahkan daripada tepi jalan. Mungkin semaian sudah tahan lasak kerana tumbuh ditepi jalan dengan akar yang cetek sahaja. Tuaian bebuas Pucuk bebuas yang dituai untuk dijadikan ulam masih lagi bertahan didalam bekas plastik. Pucuk bebuas tidak disimpan didalam peti sejuk. Cuma perlu elakkan suhu panas. Kebun perumahan mungkin terpaksa dipindahkan sekejap untuk memberi laluan kerja membaiki paip air diluar rumah. Sebelum itu, perlu membuat laporan kerosakan kepada pihak bekalan air.

tuaian hujung minggu 1 Ogos 2015

Imej
Alhamdulillah, dpat mengemas sedikit kebun perumahan dengan sedikit masa yang ada. Diantara perkara yang dapat diselesaikan ialah mengemas bahagian hadapan rumah. Pindah ulam raja Anak ulam raja yang tumbuh pada pinggir jalan dicabut dan dipindah kedalam bekas semaian. InsyaAllah akan dibawa balik ke kampung. Tuaian cabai solok Terdapat beberapa cabai solok dituai dan dijadikan bahan untuk masak sup tulang semasa makan tengah hari. Kompos Sisa sisa dari dapur seperti kulit bawang, kulit telur dan keratan sayur dijadikan sebagai baja.