Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tembikai susu

bunga tembikai susu yang tak jadi

Imej
Pokok tembikai susu yang ditanam sebelum ini tidak menghasilkan buah. Cuma dapat melihat bunga jantan dan betina kembang. Selepas beberapa hari bunga bunga tersebut pun layu. InsyaAllah akan cuba lagi dilain kali.

Berjaya mendebunga tembinkai susu

Alhamdulillah malam ini berjaya mendebunga tembikai susu, kebetulan terlihat bunga betina kembang mekar pada jam 10 malam. Pada masa yang sama terdapat satu kuntum bunga jantan yang juga sedang kembang mekar. Cepat cepat dipatahkan tangkai bunga jantan untuk disenyawakan dengan bunga betina. Moga moga usaha ini membuahkan sebiji buah tembikai susu sebagai satu eksperimen.

tembikai susu berbunga

Alhamdulillah, tembikai susu yang tumbuh dari kompos sudah berbunga. Pada mulanya, hanya bunga jantan yang keluar. Selepas beberapa minggu, bunga betina pula keluar. Namun, disebabkan tiada pasangan pokok lain, agak sudah untuk mendebunga bunga betina. Bunga betina yang terhasil menjadi layu. Sayang kerana tidak sempat untuk mendebunga. InsyaAllah akan jadi pelajaran untuk menanam tembikai susu lain kali.

Anak benih tembikai susu

Imej
Benih tembikai susu dari biji benih yang tumbuh dari kompos ditanam sebagai percubaan. Benih membesar dengan cepat. Tali memanjat disediakan supaya pokok dapat memanjat sehingga ke bahagian bumbung. Sudah nampak ada tanda seperti hendak berbunga. InsyaAllah akan cuba jaga dan tengok hasilnya.