Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

semaian kacang buncis dan timun yang tidak menjadi

Semaian kacang buncis dan timun masih belum bercambah. Kalau diikutkan benih kacang buncis baru sahaja dibeli. Benih direndam sehari sebelum disemai. Benih timun sudah lama dibeli, mungkin itu menyebabkan benih tidak bercambah. Semaian dibiarkan dahulu untuk disiasat lebih lanjut sebab tidak bercambah. InsyaAllah akan semai sekali lagi kacang buncis mengunakan teknik lain pula.

Kailan sebagai buah tangan kepada tetamu

Alhamdulillah hujung minggu ini ada juga rakan isteri empat beranak yang datang menziarah kami. Jamuan raya pasta ringkas dan kuih muih yang dibeli dari kedai. Seronok tengok anak kembar mereka. Sebagai buah tangan, dihadiahkan tiga  perdu kailan serta sedikit daun limau purut. Daun limau purut kalau dicampur dalam kuah pasta lebih beraroma dan sesuai dengan selera asia. InsyaAllah, jika ada rezeki, perdu kailan akan keluarkan pucuk pucuk baru. Jadi, ada hikmah juga rajin rajin beri buah tangan sayuran kepada orang yang mengunjungi rumah. Gambar belum ada, terpaksa nanti guna kamera digital untuk ambil gambar.

Tuaian sawi cina 27 Ogos 2013

Imej
Alhamdulillah sempat menuai sawi cina untuk kegunaan berbuka puasa awal pagi tadi. Tuaian ini membolehkan sawi yang lain terus membesar. Ada lagi anak anak sawi yang terlindung dan menunggu peluang yang sesuai untuk terus membesar. Beberapa benih baru sempat juga disemai termasuk benih labu. Kali ini benih yang direndam semalaman di tekan kedalam bekas semaian sahaja. Harap harap akan bercambah. Terung Pokok terung disiram awal awal pagi sesudah balik dari subuh dimasjid. Ada satu pokok terung yang baru baru ini semakin membesar hilang pucuk utama. Tak pasti sama ada disebabkan serangan lintah bulan atau sebab yang lain. Masih ada satu lagi terung telunjuk yang masih hidup dan sudah mula berbunga. Harap harap dapat tuai hasil nanti.

Projek hujung minggu 24 Ogos 2013

Alhamdulillah hujung minggu ini dapat membuat kerja kerja kebun sedikit. Pasu bunga telang sudah dibersihkan. Biji benih bunga telang dikumpul dan pokok bunga telang yang mati dicabut. Semaian cili pear sudah bercambah dan bertunas. Sangkaan awal benih tak akan bercambah kerana direndam lebih kurang empat hari akibat terlupa. Biji benih terung sarawak juga sudah bercambah. Biji benih direndam selama sehari sebelum di tabur. Benih kacang buncis disemai semula kerana semaian awal tidak tumbuh. Gambar diletak kemudian kerana masalah kamera.

Perkembangan sawi dan terung

Imej
Alhadulillah sawi dan terung masih elok walaupun tidak disiram beberapa hari. Hanya mengharap hujan sahaja. Cuma beberapa bekas sawi sudah layu dan cepat cepat disiram. Menjelang tengah malam sudah segar kembali. Kumbang yang memakan daun terung dicari dan dimusnahkan. Bunga terung ada yang lekat buah dan banyak juga yang jatuh. Pokok tembikai susu pun sudah mula berbunga. Harap harap akan lekat buah.

Tapai daun pokok getah

Imej
Alhamdulillah minggu lepas dapat merasa tapai yang dibalut dalam daun pokok. Rasanya sangat manis. Di pekan sehari penaga juga ada penjual tapai daun pokok getah pada harga rm 1 satu. InsyaAllah akan cuba eksperimen buat tapai dan balut menggunakan daun getah.

survey anak ayam di pasar ahad penaga, 18 Ogos 2013

Alhamdulillah ahad lepas sempat berjalan ke pasar ahad penaga. Pasar ahad penaga menjadi tumpuan orang kampung dan penduduk luar untuk mendapatkan barang keperluan dan juga ikan segar dari kuala muda. Ini adalah kunjungan pertama setelah beberapa kali merancang untuk kesana.Bagi yang hendak kesana boleh keluar dari susur keluar Bertam dan memandu menghala ke Kepala Batas. Antara yang menjadi tumpuan ialah anak ayam piru/ belanda yang dijual. Pada harga RM 20 seekor dan saiz dan fizikal yang sihat rasanya berbaloi untuk dibeli. InsyaAllah jika ada kesempatan, akan kesana lagi untuk membeli anak ayam piru. Ada juga jualan anak ayam kampung pada harga RM 2.20 seekor.

Projek kacang buncis

Imej
Alhamdulillah dapat menyemai benih kacang buncis yang dibeli dari kedai bunga. Saya suka jenama ini kerana bungkusannya kemas dan harga berpatutan. Semaian dibuat dalam tiga bekas. Benih yang lebih disimpan dahulu. Rancang untuk tanam sebagai ganti pokok bunga yang mati.

Perosak dan pemangsa di kebun kecil

Imej
Antara perosak cilik di kebun kecil ialah anak belalang. Sekejap sahaja sudah berlubang daun sawi. Cepat cepat ditangkap dan dijadikan makanan ikan keli. Disebalik daun daun pula ada labah labah yang menangkap serangga kecil. Mungkin labah labah lebih suka saiz mangsa yang lebih kecil. Saiz labah labah lebih kecil dari belalang.

Campuran tanah untuk pasu

Imej
Alhamdulillah dapat membuat persediaan tanah untuk tanaman baru hujung minggu. Campuran tanah yang digunakan ialah dua bungkus tanah top soil dan satu tanah kompos. Enzim bokashi boleh juga ditambah sekali untuk menggalak penbiakan bakteria baik. Tanah digaul didalam bekas hidroponik lama. Lebih mudah untuk digaul dan tidak bersepah.

Tuaian arugula

Imej
Alhamdulillah pertama kali pertama tuai daun arugula untuk buat nasi goreng. InsyaAllah nak cuba buat kuah arugula pula seperti pesto. Kalau wiki arugula, sayur ini turut di guna di negara arab seperti mesir yang kini bergolak akibat tindakan kudeta. Sama sama kita doakan saudara disana dan memberi sumbangan.

projek kecil kecilan ayam kampung

Alhamdulillah balik raya lepas sempat mengalih kedudukan pagar belakang rumah. Haikal bantu tok wan angkat tiang tiang simen. Memang tak larat kalau hanya menggunakan kudrat seorang atau dua orang. Pokok kacang kelisa yang tidak lagi produktif dibuang. Akan ada lebih ruang untuk menyidai baju. Ayah dah beri lampu hijau untuk membeli anak ayam. Kemungkinan nak beli ayam daging dan juga anak ayam kampung kacuk. Antara tempat membeli anak ayam ialah di pekan Tunjang. Beberapa barang perlu dibeli seperti jaring ayam yang baru. InsyaAllah tunggu ada duit sikit bulan boleh pergi tinjau perkakasan membuat reban ayam. Masa dulu dulu ayah selalu membela ayam daging bila hendak masuk bulan ramadhan. Makanan ayam terdiri dari dedak yang dibeli dikedai dan juga hampas kelapa. Bila tiba bulan ramadhan, maka dapatlah makan ayam. Antara kegemaran sekeluarga ialah ayam panggang dengan kuah kacang. InsyaAllah dapatlah merasa ayam panggang dua tiga bulan lagi bila masuk musim cuti sekolah untuk

Raya tahun 1434h 2013

Imej
Alhamdulillah raya tahun ini meriah juga suasana. Anak cucu ramai yang balik. Penuh rumah tuk wan. Rendang dan ketupat palas hidangan wajib pagi raya. Kami beraya di hulu dan di hilir. Tak lupa juga ziarah kubur dan melawat tuk tam yang uzur dan tuk chik. Tuk timah pula masak udang yang jadi kegemaran semua anak anak dan cucu. Kak chik buat rumah terbuka raya kedua ramai yang datang. Tok yam dan che serta keluarga besar adik beradik dari baling juga datang. Bertungkus lumus para wanita masak laksa. Yang paling seronok makan ialah laksa goreng waktu petang. Banyak juga kenduri kahwin yang dihadiri dari gelong air hingga ke langgar.

Sayur awal syawal 1434h

Imej
Alhamdulillah tanaman sayur pada beberapa bulan lepas sudah boleh di tuai. Hujan yang kerap sepanjang cuti hari raya menggalakkan pertumbuhan. Sawi cina yang ditanam di tempat terbuka paling galak tumbuh. Kailan pun semakin membesar dan mencapai saiz sedia tuai. Pokok terung semakin sembuh daripada serangan penyakit selepas disembur penghalau serangga dan mula mengeluarkan pucuk baru. Perosak yang masih ada dimusnahkan supaya tidak membiak.

Kailan melecur

Imej
Daun kailan melecur bila terkena semburan penghalau serangga yang dibuat dari sabun pencuci pinggan dan minyak. Semburan sebenarnya dituju kepada pokok terung yang sakit. Namun wap semburan terkena sayur kailan. Pada mulanya daun menjadi berkilat. Keesokannya daun kelihatan melecur. Kena ebih berhati hati menyembur dan kurangkan kepekatan bahan.

Balik kampung memancing sepat

Imej
Alhamdulillah dapat balik kampung berbuka puasa bersama keluarga. Aktiviti memancing di jalankan. Ikan yang ada dalam parit hanyalah ikan sepat. Jadi teknik mata jala digunakan. Alhamdulillah dapat beberapa ekor untuk hiburan anak saudara. Puas hati mereka dapat ikan yang besar.