Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2018

balik kampung raya, Jun 2018

Alhamdulillah dapat balik beraya di kampung pada cuti kali ini. Banyak aktiviti menarik yang sempat dilakukan. Cuti selama 8 hari di kampung terasa puas. Namun, masih banyak lagi perkara yang tertangguh di kebun untuk diuruskan. Masa dikampung banyak dihabiskan untuk berhari raya dan mengemas kawasan sekitar rumah. Memancing ikan puyu Diantara aktiviti yang dinantikan oleh anak saudara ketika cuti di kampung. Jadi, saya hanya melayan permintaan mereka. Alhamdulillah, parit di belakang rumah masih lagi mempunyai penghuni didalamnya. Beberapa ekor ikan puyu yang besar berjaya dipancing. Joran teleskopik menjadi pilihan untuk memancing kerana mudah digunakan oleh anak saudara yang masih kecil. Umpan yang digunakan ialah cacing tanah yang digali sekitar belakang kampung. Teknik memancing puyu haruslah betul, barulah ada sambaran yang banyak. Tali pancing harus diletakkan pelampung sekitar satu jengkal daripada matakail. Jika tidak, ikan puyu susah untuk menjumpai umpan yang terbenam ke

perkembangan kebun perumahan awal jun 2018

Alhamdulillah cuti panjang semasa minggu lepas dapat diluangkan untuk mengemas kebun perumahan. Ruang depan rumah disusun semula. Barang barang yang tidak perlu dibuang. Timer siraman Timer untuk siraman perlu ditukar bateri kerana bateri sudah menunjukkan tanda semakin lemah. Penukaran bateri dilakukan dengan mudah. Cuma perlu di tetapkan semula masa penyiraman. Disamping itu, saya juga melakukan percubaan siraman untuk memastikan sistem penyiraman berjalan dengan baik. Cabai melaka Alhamdulillah cabai melaka yang ditanam masih lagi mengeluarkan hasil. Buah cabai melaka yang bersaiz sesuai dituai. Dapatlah dalam kuantiti segenggam. Sehingga kini masih belum digunakan. Selepas cabai melaka dituai. Saya melakukan pembajaan sekali lagi. Pokok tebengau/lemak ketam Pokok tebengau yang ditanam berhampiran kolam ikan semakin tinggi dan sudah berbuah. Pokok ini juga menghalang sinaran matahari sampai ke ruang parkir kereta sehingga menyebabkan pokok daun kari menjadi terbantut. Sepatutn

perkembangan kebun kampung awal jun 2018

Alhamdulillah dapat balik ke kampung buat seketika di bulan ramadhan untuk berbuka puasa. Masa agak terbatas kerana ada urusan lain. Sedikit kesempatan yang ada digunakan sebaik mungkin untuk menjengah kebun di kampung. Musim sekarang adalah masa yang sesuai untuk menyemai benih sayur sayuran kerana hujan turun secara konsisten. Bendi Pokok bendi yang disemai beberapa minggu lalu semakin membesar. Kemungkinan tidak lama lagi akan ada hasil bendi. Musim hujan sekarang menjadikan pertumbuhan pokok bendi sangat cepat.  Nampaknya perlu menyemai lagi benih bendi supaya dapat memberi hasil yang mencukupi untuk kegunaan di rumah. Benih benih lama Percubaan menyemai benih benih lama yang dibeli beberapa tahun lepas. Harap harap ada yang bercambah. Kesibukan tugas menyebabkan aktviti berkebun tergendala. InsyaAllah akan cuba habiskan stok benih benih yang lama sebelum memberi benih yang baru. Serai Serai yang ditanam sudah sesuai untuk dituai. Jadi, beberapa batang serai dituai untuk d