Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2014

pokok tin dan belalang

Imej
Alhamdulillah, semua pokok tin yang dibeli beberapa minggu lepas sudah diubah kedalam pasu yang lebih besar.



Harap harap pokok tin akan membesar cepat dan berbuah. Belalang kelihatan suka memakan daun pokok tin. Setakat ini kerosakan masih lagi terkawal. Belalang lebih menggemari daun sayuran. Sebagai kawalan, belalang yang berjaya ditangkap akan dijadikan makanan ikan kaloi.

cekur hitam untuk tempat yang teduh

Imej
Alhamdulillah, cekur hitam banyak mengeluarkan pucuk baru ketika musim hujan.



Cekur hitam sesuai ditanam di bawah kawasan teduhan dan redup. Cekur hitam menambahkan lagi jenis ulam untuk digunakan di kebun perumahan. Pucuk muda akan dipetik dan daun yang lain dibiarkan ditanah.

Cekur hitam ini boleh didapati daripada pasar pasar malam untuk dijadikan benih bagi memulakan penanaman cekur dirumah.

perkembangan kebun perumahan 27 Oktober 2014

Imej
Alhamdullillah sedikit perkembangan kebun perumahan



Zucchini
Alhamdulillah zucchini kali ini bercambah dengan baik. Benih diubah kedalam pasu pasu. Benih nampaknya tahan lasak dan tahan panas.



Ulam raja
Ulam raja mula berbunga apabila jarang dipetik pucuknya. InsyaAllah akan kutip biji benih yang terhasil untuk ditanam ditempat lain. Ulam raja ditanam dalam satu pasu sahaja, cukup untuk kegunaan ulam ulaman di rumah. Bunga ulam raja menarik perhatian lebah sebagai agen pendebungaan dan orang yang lalu lalang untuk mendekati keindahan ciptaan tuhan.



Tuaian terung
Alhamdulillah terung kali ini dituai lagi, seelok eloknya terung dituai dan terus digunakan kerana rasanya lebih sedap. Jika tidak rasanya jadi lebih pahit. Kali ini terung dicelur untuk hidangan tengah hari.

perkembangan kebun perumahan 22 Oktober 2014

Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun perumahan. Keadaan sekarang nampak lebih tersusun.
Diantara perkembangan terbaru

Pokok limau nipis
Pokok limau nipis yang ditanam dua tahun lalu nampaknya sudah berbuah. Buah tunggal yang tersembunyi dicelah celah daun. Pokok limau nipis tidak begitu subur buat masa ini. Kemungkinan perlu dipasukan semula dan diletakkan ditempat yang lebih cerah. Kawasan belakang perumahan agak terlindung dan kurang mendapat cahaya matahari.

Zucchini Black beauty
Kali ini varieti ini pula dicuba. Harap harap akan lebih subur dan membesar. Sekurang kurangnya mencapai saiz tumbesaran yang lebih baik.

Kacang kelisa
Semaian kacang kelisa dibuat dengan merendam biji benih semalaman. Kualiti biji benih tidak begitu bagus. Harap harap ada yang akan bercambah.

Semaian kacang broad bean dan cili
Semaian kacang broad bean nampaknya gagal kerana benih direndam melebihi tempoh sehari. Kemungkinan benih lemas dan tidak boleh bercambah lagi. Manakala benih cili rasanya ma…

tuaian hujung minggu dan balik kampung 19 Oktober 2014

Imej
Alhamdulillah dapat melakukan kerja di kebun perumahan dan balik kampung.

Diantara tuaian kali ini ialah petola bantal dan terung hijau. Buah petola bantal kali ini lebih muda dan kulitnya masih lembut. Manakala terung pula ada yang sudah menjadi kuning dan hampir masak.





Antara aktiviti di kampung minggu ini ialah mengangkut benih padi ke bendang. Harap harap padi akan tumbuh dengan baik insyaAllah.

Hasrat memancing ditangguhkan dahulu kerana sibuk dengan pelbagai tugasan. Ada orang kampung yang memancing dan menjala ikan. Banyak juga hasil yang diperolehi sekarang.

perkembangan kebun perumahan 15 Oktober 2014

Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun perumahan

Diantara aktiviti

Petola segi dan timun
Keseronokan menanam petola masih belum habis. Teruja melihat tumbuhan sayur dari jenis memanjat membesar, berbunga dan berbuah memberi hasil. Petola segi varieti hibrid siamdipilih kali ini, Manakala timun baka armenian long juga disemai. Harap harap akan bercambah insyaAllah.

Pokok tin
Satu pokok tin sudah diubah kedalam pasu besar. Sekarang tinggal satu lagi untuk dipindahkan, Pasu besar dibelakang rumah memerlukan kudrat dua orang untuk mengalihkan pasu. InsyaAllah pagi jumaat sesuai untuk aktiviti mengubah pasu.

Perancangan menuai petola bantal lagi
Rupa rupanya masih banyak lagi petola bantal yang terhasil. Sayang rasanya jika tidak dipetik, cuma masalah sekarang ialah bagaimana hendak mengambil petola petola bantal. Alat memetik mesti dicipta supaya buah senang dipetik dan tidak jauh ketanah. Saya sudah mencuba alat pemangkas buah rambutan, namun tidak berhasil dan sudah untuk digunakan.

Zu…

perkembangan kebun kampung 12 Oktober 2014: perkembangan timun, labu dan terung

Imej
Alhamdulillah dapat balik menjenguk keadaan kebun kampung walaupun tidak lama sekadar melihat sekejap dan mengambil gambar. Minggu ini penuh dengan tugasan kerja.


Timun
Hasil daripada timun tidak banyak dan harap harap timun ini tidak akan jadi habuan tupai yang begitu banyak di kampung. InsyaAllah akan cuba menyemai lebih banyak benih timun. Sebelum itu, tanah perlu diperkayakan dengan baja dahulu.


 Pokok Labu
Pokok labu nampaknya belum berkembang sepenuhnya. Harap harap akan semakin menjalar dan berkembang.



Terung
Terung terung sudah ada yang mulai masak dan bertukar menjadi warna kuning. Kata mak, vareiti terung yang ditanam semuanya jenis mini, hanya panjang lebih kurang sejengkal sahaja. InsyaAllah akan cuba menanam vareiti yang lebih besar.

perkembangan kebun perumahan 7 Oktober 2014

Alhamdulillah dapat meluangkan sedikit masa untuk menjenguk kebun perumahan. Antara perkembangan terbaru

Pokok Markisa
Benih pokok Markisa masih ada lagi dua pokok. Sudah lebih setahun usia benih pokok markisa. Cuma tidak dipindahkan ke atas tanah untuk tumbesaran.

Pokok tin
Tiga vareiti pokok tin sudah diambil. Masih lagi berada didalam bekas polibeg kerana tidak sempat untuk mengubah kedalam pasu. Harap harap akan lebih membesar selepas ini. Pokok perlu diletakkan ditempat yang terang supaya tidak berlaku pertumbuhan kulat.

Pecah beling
Pokok pecah beling dipangkas. Daun dituai untuk kegunaan membuat jus. Manakala batang disemai untuk dibiakkan di kampung pula.

Kompos
Jumlah kompos banyak, perlu disegerakan untuk dibawa balik ke kampung untuk dijadikan baja. Ruang perumahan juga akan jadi lebih kemas dan bersih.

Lain lain perancangan

InsyaAllah akan teruskan perancangan membeli ikan kaloi baru. Bekas akuarium kecil didalam rumah akan diletakkan diluar dan dijadikan tempat untuk ika…

tuaian petola bantal sebelum hari raya korban 2014

Imej
Alhamdulillah, berjaya menuai petola bantal setelah beberapa cabaran menuai petola bantal diatasi. Kedudukan buah petola yang tinggi di atas talian telefon menyukarkan proses menuai. Selain itu, ketiadaan alat yang sesuai juga menjadi halangan untuk menuai.



Akhirnya, empat biji petola bantal telah dituai. Manakala ada lagi empat buah petola masih belum dituai kerana faktor terlalu tinggi dan sudah nampak terlalu tua untuk dijadikan sayur. Ada buah yang dituai pecah apabila terjatuh keatas permukaan jalan.

Semasa menuai petola, kelihatan lebah tukang menjalankan proses pendebugaan pada bunga bunga petola. Saiz lebah tukang yang besar memang sesuai sebagai agen pendebungaan bunga petola.

perkembangan projek penanam pokok tin dan lada hitam

Alhamdulillah berjaya mendapatkan pesanan baru pokok tin. Keratan pokok tin terdahulu tidak berjaya dicambahkan. Setelah beberapa kali tertunda akhirnya kali ini pokok hidup dipesan.

InsyaAllah pokok tin daun lebar yang dibeli di Baling lebih setahun lepas akan dibawa balik ke kampung jika muat. Sekurang kurangnya ada lebih ruang untuk pokok tin yang baru untuk mengambil tempat


Pokok lada hitam
Disamping itu, benih pokok lada hitam pula rupa rupanya langsung tidak berakar. Sebelum ini, penjual mengatakan pokok sudah berusia setahun lebih. Nampaknya terpaksa usahakan supaya akar baru keluar.

perancangan kebun perumahan oktober 2014

InsyaAllah beberapa perancangan kebun perumahan.

1. Tuai petola bantal
InsyaAllah kali ini petola bantal banyak hasil. Akan dituai dan dipangkas supaya tidak menjalar ke kawasan rumah jiran.

2. Tukar bumbung lutsinar bahagian kolam
Bumbung dibahagian kolam sudah mulai retak. Jadi perlu ditukar supaya air tidak merosakkan permukaan alang kayu.

3. Semai benih sayuran baru
InsyaAllah akan menyemai beberapa varieti pokok kekacang.

4. Pembajaan dan pemasuan semula.
Beberapa pokok ulam dan pokok daun kari perlu dipasukan semula dan dibuat pembajaan kerana nampak tidak sihat.