Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel putat

tuaian dari kampung, awal januari 2017

Imej
Alhamdulillah sedikit hasil dari kebun kampung. Ada yang dibawa balik ke Pulau Pinang. Diantaranya ciku, pisang dan juga telur itik. Tuaian kacang bendi dan terung telunjuk dari pokok. Puas hati walaupun sedikit kerana hasil usaha sendiri. Ulam putat diambil dari bahagian belakang kebun. Terdapat juga pisang yang mulai masak di belakang kebun. Harap harap masih bertahan dan tidak dicuri orang. Mak cerita bagaimana tok nyang Kama dulu dulu suka buat cucur buah ciku. Tak pernah cuba lagi merasa cucur buah ciku. Buah ciku yang masak dipotong dan dicelup tepung sebelum goreng. InsyaAllah kalau ada masa boleh cuba. Terdapat juga petola bantal yang berbuah. Namun, sudah terlambat untuk dituai kerana buah sudah berserat. InsyaAllah akan tunggu hasil yang seterusnya.

balik kampung 1 November 2015

Imej
 Alhamdulillah, sempat juga balik ke kampung untuk menziarah emak dan ayah dikampung. Disamping itu, meninjau keadaan kebun kampung. Masa kali ini masih singkat tidak sampai beberapa jam sahaja berada di kampung. InsyaAllah minggu depan lebih banyak masa di kampung. Terung Alhamdulillah terung varieti telunjuk sudah mulai berbuah. Setelak beberapa bulan ditanam. Disamping itu, terung bulat mini yang sedap dibuat ulam juga dapat dituai kali ini. Pucuk putat Ketika meninjau kawasan belakang kebun, kelihatan pucuk muda pokok putat. Beberapa pucuk diambil untuk dijadikan sebagai ulam. Pucuk putat ini lebih dikenali sebagai putat nasi. Memancing Alhamdulillah, kali ini ada hasil daripada memancing. InsyaAllah pada masa hadapan, akan mengambil masa untuk membersihkan kebun yang kurang terurus buat masa ini kerana kekangan masa.

balik kampung sekejap dan pucuk putat hijau

Alhamdulillah sempat balik ke kampung sekejap kerana mak dan ayah hendak ke Mekah menunaikan umrah bersama kak chak sekeluarga. Kali terakhir mak dan ayah menunaikan umrah ialah kira kira sepuluh tahun dahulu. Semoga mak dan ayah, kak chak dipermudahkan urusan menunaikan umrah Sempat melawat kawasan belakang kampung. Pokok mempelam saiz sedang telah tumbang akibat ribut baru baru ini. Ayah bercadang selepas ini hendak ditebang ranting ranting pokok dan pokok ditegakkan semua. Sayang untuk dibiarkan pokok ini mati kerana buahnya sedap. Dulu dulu semasa sekolah rendah, pokok mempelam ini ditanam bersama ayah. Dahulunya kawasan belakang rumah berdekatan parit hanyalah hutan bemban tebal. Dibelakang hujung perenggan tanah ada satu tunggul pokok putat hijau. Ayah sudah banyak kali tebas. Kali ini insyaAllah akan cuba jadikan  benih dan dipasukan supaya dapat ditanam dikawasan lain. Sedap pucuk putat ini dijadikan ulam. Biasanya banyak pucuk putat yang keluar apabila masuk musim huj...