Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pancing

balik kampung 18 Ogos 2018

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada minggu lepas. Masa yang diluangkan agak terbatas kerana terpaksa balik semula ke Pulau Pinang pada malam sabtu. Beberapa aktiviti sempat dijalankan di kampung dan banyak lagi kerja kerja di kampung yang tertangguh. Bersih halaman dan belakang rumah Rumput "kemucut" semakin panjang di belakang rumah. Jadi, mesin rumput digunakan untuk memotong rumput bagi memudahkan emak menyidai kain dan membuang sampah. Ayah pula mulai mengemas bahagian bangsal belakang rumah. Banyak kayu kayu lama yang dibuang dan dibakar. Pancing Aktiviti memancing sempat dijalankan, namun tidak sempat memancing lama. Alhamdulillah ada juga hasil. Aktiviti memancing di sungai besar terpaksa ditangguhkan dahulu kerana kekurangan masa. InsyaAllah balik kampung sekali lagi, saya akan cuba memancing ikan tilapia dan belida di sungai besar. Kenduri Banyak panggilan kenduri pada hari sabtu. Saya hanya makan nasi pada kenduri yang pertama. Kenduri kedua hanya...

balik kampung akhir disember 2017

Alhamdulillah akhir disember 2017 dapat dihabiskan di kampung. Antara aktiviti yang dilakukan ialah memancing, menjala dan membersih parit dan kebun. Memancing dan menjala Waktu awal pagi diluangkan untuk memancing ikan haruan bersama anak anak saudara yang balik bercuti di kampung. Peluang mereka untuk memancing kerana duduk di bandar tidak ada masa untuk pergi memancing. Jadi, terusan air berdekatan kampung dijadikan sasaran untuk memancing ikan haruan. Parit di belakang rumah yang selalu menjadi tempat memancing bila mereka balik kampung kini menjadi tumpuan ramai kaki pancing yang sudah tahu bahawa belakang rumah tokwan mereka adalah lubuk ikan. Hampir setiap hari ada kaki pancing yang mengunjungi parit belakang rumah pada waktu pagi dan petang. Jadi, untuk keselesaan memancing, kami memilih untuk memancing di kawasan lain yang lebih lapang dan tidak perlu bersaing dengan pemancing lain. Ikan pada awal pagi di lokasi tali air galak bermain dipermukaan air. Ini diantara tanda te...

pancing tenggiri di Yan, 15 Julai 2017

Imej
Alhamdulillah pada minggu lepas dapat turun memancing dilaut. Kali ini, destinasi memancing ialah di Yan, Kedah. Trip memancing kali ini diatur bersama rakan rakan yang mempunyai minat yang sama. Ikan sasaran yang ingin dipancing ialah ikan tenggiri. Ikan tenggiri menjadi kegilaan pemancing kerana ikan ini kuat melawan dan sedap dijadikan hidangan. Tambahan pula, saiz ikan yang dipancing boleh mencecah sehingga sepuluh kilogram. Perancangan memancing dibuat sejak berapa bulan. Penganjur mengambil deposit memancing bagi memastikan pemancing benar benar ingin memancing. Persediaan alat alat pancing yang berkualiti perlu disediakan lebih awal supaya pemancing lebih bersedia dari segi mental dan fizikal. Selain itu, rehat yang cukup diperlukan kerana aktiviti memancing dilaut berdepan dengan suasana yang tidak selesa seperti gelombang laut, hujan dan ribut serta bahang terik matahari. Pada jam 5 pagi, kami bertolak dari Pulau Pinang menuju ke Yan, Kedah. Alhamdulillah perjalanan lanc...

balik kampung 26 Mac 2017

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada hujung minggu lepas. Kebetulan cuti sekolah, jadi anak anak saudara ramai yang balik ke kampung. Sekam padi Alhamdulillah tugasan memindahkan sekam padi ke perdu pokok pisang akhirnya berjaya diselesaikan dengan tenaga kerja bang tam yang balik dari Kuala Lumpur. Bang Tam memulakan kerja kerja mengangkut sekam padi dahulu pada hari sabtu. Kemudian kerja disiapkan sepenuhnya pada hari ahad. Hampir tiga jam diperlukan untuk memindahkan sekam padi terakhir ke perlu pokok pisang. Cuaca agak panas, jadi banyak perlu minum air dan berehat untuk menyiapkan kerja ini. Terung dan bendi Pokok terung semakin membesar dan sudah mula menunjukkan tanda tanda akan berbunga. Terdapat pelbagai fasa pokok terung didalam batas tanaman. Ada yang masih lagi kecil dan ada yang sudah sedia berbunya. Pokok pokok terung adalah lasak dan dapat meneruskan proses pembesaran bila keadaan sudah sesuai. Benih bendi yang disemai secara tabur kering kedalam lubang semaia...

perkembangan kebun perumahan Mac 2017

Alhamdulillah kebun kampung dapat bersiaran lagi setelah lebih sebulan tiada perkembangan. Musim kering di utara sudah sampai ke kemuncak. Cuaca sangat kering dan hujan lebat sudah hampir beberapa minggu tidak turun kecuali hujan sekejap sekejap sahaja. Tali air menjadi kering kontang. Musim penanaman padi di kawasan alor setar mungkin hanya akan dimulakan pada bulan April. Pokok pokok terung yang ditanam masih lagi bertahan didalam cuaca panas dan kering ini. Pada waktu petang ayah akan menjirus pokok pokok terung yang masih hidup untuk memastikan pokok terus hidup. Pokok bendi juga masih lagi bertahan. Buah buah yang terhasil tidak dituai sebaliknya dibiarkan masak untuk dijadikan stok biji benih. Memancing Alhamdulillah, dimusim kering ini lebih mudah untuk memancing ikan darat kerana ikan tertumpu dikolam dan sungai sungai sahaja. Ikan puyu dan haruan dapat dipancing dengan lebih mudah. Hasil pancing dibuat masak pindang ataupun dibuat pekasam.

balik kampung 27 Disember 2016

Imej
Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada minggu lepas. Beberapa aktiviti di kampung berjaya dilakukan. Cuaca sudah semakin kering dan berubah ke musim timur. Semaian terung Alhamdulillah semaian terung masih lagi bertahan. Pokok yang mati diganti dengan anak benih terung yang masih berbaki. Tuaian bendi & terung Alhamdulillah bendi dan terung dapat dituai untuk makan tengah hari. Bendi digunakan didalam masakan gulai ikan. Manakala terung dibakar dan dimakan bersama sambal. Memancing Beberapa ekor ikan berjaya dipancing dan dijadikan makan tengah hari. Musim memancing ikan sawah semakin hampir kerana padi sudah mulai masak. Dalam sebulan lagi padi akan mulai menguning dan sedia untuk dituai

perkembangan kebun perumahan, 7 Mei 2016

Imej
Alhamdullillah, hujung minggu ini dapat digunakan masa yang ada untuk membersihkan sedikit kebun perumahan. Hujan yang turun hampir setiap petang menjadikan kerja menyiram tidak perlu dilakukan. Semaian benih Semaian yang bercambah setakat ini ialah basil dan kangkung. Benih basil nampaknya disukai oleh lintah bulan. Jadi perosak dikutip untuk dimusnahkan.  Manakala semaian cili solok, ketumbar jawa, salad belum bercambah. Semaian terbaru baru minggu ini ialah salad, kobis merah, brokoli dan juga timun jepun. Harap harap benih akan bercambah insyaAllah. Tuaian minggu ini Alhamdulillah dapat menuai daun bayam dan daun kaduk. Ubah tempat Pasu pasu yang mengandungi benih lobak putih dan bayam dipindahkan ke luar supaya mendapat cahaya matahari yang cukup untuk tumbesaran. Manakala, benih terung pula mulai dipindah ke polibeg yang masih ada. Bagi benih terung akan cuba dipindahkan ke bekas lain secepat mungkin. Memancing Alhamdulillah dua ekor ikan haruan berjaya dipa...

perkembangan kebun kampung

Imej
Alhamdulillah dapat balik ke kampung sekejap pada minggu lepas. Cuaca masih lagi panas dan kering di utara tanah air. Anak anak sungai menjadi kering sehingga menampakkan dasar. Pada masa ini, parit parit sesuai untuk dibersihkan dan sampah mudah dikeluarkan daripada parit. InsyaAllah akan cuba membuat perancangan menternak sedikit itik untuk kegunaan sendiri. Memancing Alhamdulillah masih ada ikan yang sudi menangkap umpan. Ikan disimpan dulu, kalau ada rezeki dan ikan hidup lagi, akan dijadikan hidangan tengah hari. Pokok terung Terung vareiti telunjuk di belakang rumah masih lagi produktif walaupun banyak buah yang masak tanpa dituai. InsyaAllah akan cuba menanam vareiti terung panjang ungu kerana lebih digemari berbanding vareiti telunjuk. Bendi Disatu sudut kebun jiran kelihatan bendi kampung yang tumbuh subur walaupun cuaca begitu kering sekali. Nampaknya akan cuba menanam bendi varieti kampung yang tahan lasak dan mempunyai tempoh tuaian yang panjang.

memancing ikan sembilang

Imej
Alhamdulillah dapat belajar teknik memancing ikan sembilang pada minggu ini. Bermula dari cara mencari cacing laut sehingga cara memancing ikan sembilang. Cacing laut menjadi umpan yang sesuai untuk memancing ikan sembilang kerana mudah didapati dikawasan tepian pantai yang berpasir. Isi ikan atau bahan yang mempunyai bau yang kuat digunakan untuk mencari umpan ini. Cacing laut perlu ditangkap dengan cepat. Latihan diperlukan untuk menangkap cacing laut dengan cekap. Jika tidak, agak susah dan memenatkan proses mencari cacing laut. Waktu yang sesuai untuk memancing ikan sembilang ialah sewaktu air mulai pasang. Pada ketika ini, ikan sembilang akan datang ke tepian pantai untuk mencari makanan. Teknik menggunakan pelampung boleh digunakan. Ternyata teknik ini berkesan apabila lubuk ikan sembilang berjaya dikesan. Aktiviti memancing sembilang boleh diadakan pada waktu malam. Aktiviti memancing pada waktu malam sesuai untuk dijadikan aktiviti santai seisi keluarga. InsyaAllah ...

balik kampung 1 November 2015

Imej
 Alhamdulillah, sempat juga balik ke kampung untuk menziarah emak dan ayah dikampung. Disamping itu, meninjau keadaan kebun kampung. Masa kali ini masih singkat tidak sampai beberapa jam sahaja berada di kampung. InsyaAllah minggu depan lebih banyak masa di kampung. Terung Alhamdulillah terung varieti telunjuk sudah mulai berbuah. Setelak beberapa bulan ditanam. Disamping itu, terung bulat mini yang sedap dibuat ulam juga dapat dituai kali ini. Pucuk putat Ketika meninjau kawasan belakang kebun, kelihatan pucuk muda pokok putat. Beberapa pucuk diambil untuk dijadikan sebagai ulam. Pucuk putat ini lebih dikenali sebagai putat nasi. Memancing Alhamdulillah, kali ini ada hasil daripada memancing. InsyaAllah pada masa hadapan, akan mengambil masa untuk membersihkan kebun yang kurang terurus buat masa ini kerana kekangan masa.

musim memancing ikan darat sudah tiba

Imej
Alhamdulillah cuaca sekarang menuju kearah musim timur. Hujan akan berkurangan dan padi mulai masak. Ikan ikan didalam bendang akan mula mencari jalan untuk masuk ke tali air dan sungai untuk mengelakkan daripada bendang yang semakin kering. InsyaAllah akan cuba memancing ikan darat seperti ikan puyu, haruan dan keli. Boleh menggunakan joran teleskopik beserta umpan cengkerik untuk memancing ikan darat. Disamping itu, kebun di kampung juga akan cuba diuruskan kembali kerana banyak anak benih sayuran yang menanti untuk ditanam dan membesar.

Balik kampung memancing sepat

Imej
Alhamdulillah dapat balik kampung berbuka puasa bersama keluarga. Aktiviti memancing di jalankan. Ikan yang ada dalam parit hanyalah ikan sepat. Jadi teknik mata jala digunakan. Alhamdulillah dapat beberapa ekor untuk hiburan anak saudara. Puas hati mereka dapat ikan yang besar.

musim pancing ikan darat

Imej
Alhamdulillah, dapat merasa kembali suasana memancing ikan darat apabila tiba musim menuai padi. Dulu dulu Dulu, ayah selalu bawa kami adik beradik memancing ikan puyu di kawasan sawah. Berbekalkan buluh cina, mata kail saiz puyu yang dibeli dikedai dan tali nylon sudah cukup untuk memancing. Belalang menjadi umpan pilihan. Belalang paling dicari ialah belalang sehrah.  Geng pancing pun ramai dikampung, habis kolam dan parit diredah. Ada satu kes, kami silap pancing kolam orang, rupanya tokwan rumah tersebut membela ikan puyu dalam kolam tersebut. Akhirnya ikan yang dapat terpaksa dilepaskan balik. Banyak lagi pengalaman geng pancing yang akan diceritakan dilain kali. Sekarang Zaman berubah, buluh cina diganti dengan joran teleskopik dan umpan belalang diganti dengan cengkerik yang dijual dikedai akuarium. menunggu ikan makan umpan, kalau ada Alhamdulillah memancing ikan darat suasana tepian tali air yang mendamaikan Ikan ikan seperti puyu...

pancing puyu, 6 Jan 2013

Imej
Alhamdulillah, minggu lepas dapat juga memancing puyu. Dapat dalam 5 ekor, dan berkenalan dengan Che Wan yang selalu memancing di kawasan tempat tinggal. InsyaAllah selepas ini akan cuba memancing lagi. Seronok juga memancing bila melihat anak anak ikan puyu berselera dengan umpan cengkering dan anak tebuan. Kalau dikampung, mak selalu pancing bila hendak buat masak pindang. Sehari beberapa ekor dapat dipancing. Bila hari sabtu dapatlah dibuat semangkuk masak pindang ikan puyu untuk hidangan sekeluarga.

pancing di pulau 5 Disember 2010

Salam, semalam pancing di pulau, tetapi tidak banyak hasil, kemungkinan disebabkan oleh hujan lebat kelmarin, tetapi hari ini cuaca mendung sahaja dari pagi ke petang, hanya 2 ekor ikan lembu yang  berjaya dinaikkan, Alhamdulillah, ikan lembu jika pandai di proses, kita boleh mendapatkan isi ikan yang lembut gambar akan menyusul insyaAllah

pancing di pulau, 3 Oktober 2010

Imej
Pulau Betong dari jauh minggu ini berkesempatan untuk memancing di pulau pinang, pada mulanya hendak memancing di kawasan Pulau Betong, Balik Pulau, tetapi disebabkan keadaan ombak yang kuat tidak mengizinkan teknik pancing digunakan, saya kehilangan satu gewang kerana tersangkut didalam air, jadi saya terpaksa bergerak ke tempat yang lebih tenang, Alhamdulillah ada sedikit hasil, hasil memancing kali ini, Alhamdulillah syukur sangat sangat dan dapat melihat beberapa jenis bunga yang cantik dan menarik, bunga dari sejenis pokok yang hidup berhampiran pantai satu lagi jenish bunga yang unik, SubhanaAllah