Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2012

kailan benih tanjung tak tumbuh

kailan benih yang dibeli dari tanjung dahulu lansung tak tumbuh. Tak tahu dimana silapnya. Akan cuba benih kailan yang biasa digunakan.

daun pokok belalai gajah

kak chik bagi dua beg pokok belalai gajah untuk ditanam dirumah. Satu dibawa balik ke Pulau Pinang. Daun pokok belalai gajah dikatakan boleh mengubat kanser. Daun boleh digunakan sebagai ulam atau masukkan dalam salad.

balik kampung 13 November 2012

Imej
balik kampung dua minggu yang lepas, singgah di kenduri Yati anak Bang Long Din dan balik semula ke Pulau Pinang sebelah malam, tak sempat ke kenduri Pak Cik Jamaluddin, Mak Cik Solehah sebab berada di Indonesia pada hujung minggu.

azam tahun depan: bantu ayah tanam padi

tahun ini sangat sibuk, tak dapat membantu ayah menguruskan penanaman padi. Ingat nak cuba penanaman padi secara separa organik di tanah sawah tiga relung, tengok hasilnya macammana. Perlu sedikit kos untuk mengupah orang menyulam padi. Sekarang penanaman padi banyak menggunakan racun. Racun cap tengkorak utk siput gondang dan tikus. Racun sambau dan lain lain lagi. Kitaran penanaman padi secara tabur terus pula menggangu kitaran biasa penanaman padi. Kebiasaannya sawah padi digenangi air selepas hari hujan. Maka ikan pun mula mudik masuk kesawah dan kekal didalamnya. Penanaman padi secara tabur terus memerlukan air sawah dikeringkan untuk ditabur. Ini menyebabkan air didalam sawah berkurangan dan ikan terkandas. Kemudian diracun untuk memastikan anak rumpai tidak tumbuh. Banyak ikan yang mati akibat aktiviti ini. Kita juga boleh dapati banyak ikan yang mudik untuk bertelur dalam petak sawah yang mati akibat sisa baki racun. Harap konsep pertanian yang lebih mesra alam dapat dig

terung belanda riau

Imej
pertama kali melihat buah terung belanda di Riau terung belanda dalam bermacam macam warna Menurut rakan disana, buah ini dijadikan jus, dicampur dengan buah buah lain yang lebih manis. disana juga popular dengan produk daripada buah durian seperti lempuk durian.

ulaman di riau, terung telunjuk, timun dan basil

Imej
baru balik dari riau Alhamdulillah dapat melihat penggunaan terung telunjuk sebagai ulam di Sumatera. ulaman segar dimakan bersama sambal Dapat juga melawat sebuah kawasan penanaman terung telunjuk di Sumatera Barat, disebuah perkampungan jauh dari kota. Tapi tak sempat tangkap gambar. Walaupun jauh dari kota, penduduk kampung maju dalam pertanian tradisi, malah melakukan sistem perladangan integrasi ( penternakan ayam, penternakan ikan, penanaman sayur ) InsyaAllah akan letakkan beberapa gambar lagi gambar dari Riau mengenai tanaman.

jalan jalan tengok kebun: hujan emas kebun orang

Imej
semalam sempat berjalan jalan, disamping menjalankan tugasan yang diberikan. Sempat juga melihat perkembangan kebun kebun tetangga yang dilawati. Kobis bunga Kobis bunga yang ditanam dalam pasu. Pandai tuan rumah menanam kobis bunga. Thai basil Thai basil yang tumbuh subur dikawasa yang redup, dalam kolah air yang diguna semula. Daun kaduk Daun kaduk yang menghasilkan buah, pertama kali melihat bahagian yang berbuah. dan bermacam macam lagi tanaman. InsyaAllah gambar akan dimuat kemudian kerana kesuntukan masa. Lain lain Rasanya pokok sengkuang pokok limau bali milik seorang warga emas

bunga telang berbuah

semasa meneliti pokok bunga telang diluar rumah, kelihatan buah bunga telang. Namun, pokok bunga telang sekarang agak tidak sihat kerana diserang hama merah. InsyaAllah akan buat sesuatu supaya pokok sihat kembali.

perancangan memanam di flat

insyaAllah mulai tahun depan akan mula menetap di sebuah flat. lebih mudah untuk ke tempat kerja. Tidak perlu menghabiskan masa lebih 2 jam sehari untuk tujuan berulang alik. Duit minyak dan tol sekarang akan digunakan untuk membayar duit sewa flat. InsyaAllah tanaman sayuran sebahagiannya akan dipindah ke flat, terutama yang pasu pasu kecil.

bunga bendi emas

Imej
pokok bendi emas disimpan didalam kawasan teduh sahaja buat masa ini, banyak kerja hendak dilakukan. Alhamdulillah sudah ada beberapa buah bendi untuk dijadikan benih.

kohlrabi dan terung kecundang dek cuaca

cuaca yang panas selama lima hari ketiadaan dirumah menyebabkan sayur kohlrabi dan terung yang diletakkan diluar kecundang. Daun habis kecut, namum pokok masih menunjukkan kemahuan untuk terus hidup. Pucuk teras masih lagi segar. Alhamdulillah pokok bendi selamat kerana diletakkan ditempat teduh setelah pengalaman yang lepas. InsyaAllah akan cuba pulihkan kembali pokok pokok tersebut. 

bendi emas dan kohlrabi

Imej
bendi emas pokoknya rendah, daun pula rapat rapat antara pangsa, sayang sekali ada buah bendi yang tidak lekat buah. Cepat juga buah bendi membesar. Buah sulung akan dibiarkan dahulu untuk dijadikan benih. kohlrabi pula semakin membesar, yang ditanam sendirian paling cepat membesar, manakala yang tumbuh tiga  dalam sepasu pertumbuhan lebih perlahan. Mungkin persaingan dan kekurangan baja. ahad lepas sempat singgah di pasar pagi seberang jaya, ada pengusaha fertigasi yang menjual anak pokok kobis, nanum tak beli kerana tak sempat nak uruskan dalam minggu ini. InsyaAllah mungkin pada minggu minggu yang akan datang dapat beli.

pusingan baru penanaman cili

pokok cili perlu ditambah, untuk pusingan kali ini beberapa varieti ingin ditanam. Bulan disember dicadangkan sebagai bulan intensif untuk memulakan penanaman. 1. cili solok 2. cili kulai 3. cili wangi 4. kapsikum sebelum persediaan menanam, perlu selesaikan masalah bekas bekas penanaman dahulu. InsyaAllah semoga dapat pengalaman baru dari menanam pelbagai varieti. Cambahan akan dibawa pulang ke kampung bila ada kelapangan.

kenangan kebun tuk timah: kacang kelisa, kangkung, kaduk, belimbing buluh

Imej
kebun tuk timah sudah tinggal kenangan, tempat sudah tiada lagi, tanah yang subur pun tak ada lagi. Bertahun  diperlukan supaya tanah menjadi subur. belimbing buluh yang sedap dibuat sambal kalau dulu selalu merasa masakan nasi goreng dengan kacang kelisa dan kangkung. Kalau tengah hari ada juga ulam belimbing buluh dengan cabai. kebun kampung tuk timah, laman daun kaduk dan belimbing buluh Antara resepi yang menarik tuk timah masak ialah kepah masak air dengan daun kaduk. Laman daun kaduk tuk timah luas dan redup, tak putus putus bekalan daun kaduk terutama di musim hujan.

tuaian hujung minggu, 4 November 2012

Imej
beberapa tuaian dari pasu pasu sayur. Alahmdulillah sawi dan kailan dituai untuk makan tengah hari. sawi dan kailan untuk makan tengah hari hujan lebat kira kira 15 minit apabila sampai dirumah pasu sayur yang digenangi air Untuk makan malam pula, lobak putih dituai, Alhamdulillah cukuplah untuk makan dua orang. Kalau di kampung tuk timah dulu, selalu tuk timah akan tuai kangkung waktu pagi untuk di buat nasi goreng dan juga untuk makan tengah hari. lobak putih yang dipotong dadu dan dimasuk dalam nasi goreng kangkung dan daun lobak Lebihan daun lobak yang rosak dan kulit lobak yang dikupas diberikan kepada ikan kaloi.

cara makan buah tin ala kampung

Imej
baru baru ini sempat ke kampung kawan di baling, melihat pokok tin, bagi orang kampung buah muda boleh dibuat gulai. sesuatu yang baru didengar. Jadi boleh cuba nanti bila pokok sendiri sudah berbuah,  ataupun boleh diambil dari tempat tempat umum seperti masjid yang menanam buah tin jika ingin cuba. pokok tin yang baru dibeli, dibiarkan ditempat teduh dahul Kebetulan ada anak pokok yang boleh dibeli. InsyaAllah anak benih ini akan cuba ditanam di kampung. Pokok tin boleh dibiakkan dengan cara keratan tut.

cabai kampung mak

Imej
cabai kampung mak semakin menjadi, banyak buah yang segar dan besar. cabai yang besar, sedap kalau buat cabai kicap insyaAllah akan kutip untuk buat benih juga. cabai kampung ini nampaknya menjadi kegemaran burung merbah juga. Kadang kadang terdengar bunyi burung merbah, mungkin keseronokan bila terjumpa cabai yang sudah masak merah menyala. cabai yang merah, menanti untuk dipetik atau dimakan burung

sayur sawi layu

semasa cuti raya korban yang lepas, sayur sawi dipindah ke tempat teduh dan terlindung,  dan disiram. Pada sangkaan pokok sawi dalam pasu kecil akan kekal segar selama tiga hari tanpa perlu disiram lagi. Terkejut bila balik dari kampung pokok sawi kecut teruk, sudah habis semua daun terkulai. Alhamdulilah selepas satu siraman pokok kembali segar seolah olah tidak pernah layu. InsyaAllah akan dituai untuk ramuan sup ringkas dengan isi ikan ebek yang dipancing bulan lepas.

pokok bendi mula berbunga

Imej
Alhamdulillah, pokok bendi emas sudah mula berbunga, walaupun tinggil baru sekaki lebih sudah mula untuk berbunga. Pertumbuhan dua pokok bendi di halaman rumah memberansangkan. Pokok bendi yang ditanam dalam polibeg berjaya mengatasi pertumbuhan pokok bendi yang ditanam dalam pasu plastik. bendi emas mula berbunga, gambar sebelum terbantut akibat tidak disiram 3 hari Namun, pokok bendi yang ditanam dalam bekas panjang agak terbantut. Bila diperiksa, seperti menagih supaya diletakkan di tempat yang lapang dan dalam bekas yang lebih besar.