Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kemas kebun perumahan

perkembangan kebun perumahan 10 Januari 2016

Imej
Alhamdulillah, kerja kerja mengemas kebun perumahan hampir selesai. Pokok herba sudah habis dipangkas. Daun daun yang kering dikumpulkan dan akan dibuang ke tong perbandaran. Pokok tin green jordan Buah pokok tin green jordan sangat menjadi sekarang. Hampir lima putik buah sedang membesar. Harap harap akan terus membesar dan masak. Cabai solok Pokok cabai solok didalam bekas polibeg sedang berbunga dengan lebat. Harap harap akan banyak yang menjadi buah. Manakala, pokok cabai solok didalam bekas polisterin pula sudah tidak produktif lagi. Kemungkinan akan diganti dengan cambahan bayam bagi satu musim sebelum ditanam dengan benih lain. Pasu  Pasu pasu sudah dikumpulkan dahulu dikawasan teduh kerana cuaca sangat panas sekarang. Keadaan ruang luar rumah nampak lebih kemas Memancing Alhamdulillah dapat memancing di kawasan perumahan yang dekat dengan sungai dan kawasan sawah padi. Ikan haruan berjaya dipancing dan dikurung didalam baldi. Namun, ikan berjaya melomp...

perkembangan kebun perumahan minggu lepas, 4 Mei 2015

Imej
Alhamdulillah beberapa aktiviti dapat dilakukan di kebun perumahan pada minggu lepas sempena cuti hari wesak yang jatuh pada hari isnin. Walaupun agak keberatan meninggalkan kebun di kampung, namun kebun perumahan juga perlu diberi perhatian supaya kemas. Diantara perkembangan terbaru: 1. Bersih sangkar arnab Arnab arnab yang ada di rumah taman sudah diberikan kepada pemilik yang baru. Kekangan masa menyukarkan penjagaan arnab. Tinja arnab yang masih ada dikumpulkan untuk dijadikan kompos. 2. Tomato ceri Tomato ceri yang banyak berbuah telah lewat dituai. Akibatnya buat menjadi terlalu ranum dan pecah. Buah buah yang rosak dijadikan makanan ikan kaloi yang sedia menanti. 3. Petola bantal/ Petola pulut Petola bantal akhirnya sudah lekat buah dan sedang membesar. InsyaAllah akan dapat menuai pada hujung minggu ini. 4. Semaian salad Nampaknya semaian salad tidak bercambah walaupun mengguna medium tanaman yang baik. InsyaAllah akan mencari benih yang lebih sesuai. ...

kemas kebun perumahan, 25 Jan 2015

Imej
Alhamdulillah, hujung minggu lepas dapat juga melakukan sedikit projek mengemas kebun perumahan. Walaupun masih banyak perkara yang perlu dilakukan, namun sedikit sebanyak kebun perumahan ada perubahan. 1. Pokok tin Pokok tin masih belum berbuah, sebaliknya banyak pucuk baru yang keluar. Akan cuba letakkan baja dan nutrient untuk menggalakkan pokok tin berbuah. 2. Daun belalai gajah Daun belalai gajah di pangkas supaya nampak lebih kemas. InsyaAllah akan menyemai keratan yang dipangkas. 3. Tomato ceri Beberapa anak benih tomato ceri dipindahkan ke bekas pasu panjang yang kosong dihadapan rumah. Ini juga bertujuan mengelakkan kucing menjadikan bekas pasu kosong sebagai tandas. Kotak polisterin kosong diisi dengan tanah dan diisi dengan beberapa anak benih tomato ceri. 4. Terung Anak benih terung dipindahkan ke dalam bekas pasu yang kosong. 5. Ulam raja anak benih ulam raja yang tercabut semasa mencabut rumput rampai di pindahkan ke bekas pasu pangjang yang masih ko...

perancangan kemas kebun perumahan akhir Disember 2014

InsyaAllah jika masa mengizinkan, akhir Disember 2014 akan digunakan untuk mengemas kebun perumahan. Antara kerja yang akan dilakukan. 1. Tukar bumbung lutsinar Bumbung plastik lutsinar sekarang sedang mereput dan pecah. Kemungkinan akan ditukarkan dengan bumbung lutsisar baru. Alternatif lain ialah bumbung kaca yang tidak akan reput. 2. Kebun bahagian depan perlu dikemaskan. Pasu pasu panjang yang tidak digunakan akan di simpan atau disemai dengan benih baru. Pokok pokok herba perlu di pangkas supaya nampak lebih kemas dan cantik dipandang. 3. Sistem pengairan tanaman akan cuba di buat automasi. Buat masa ini, masih mencari alternatif terbaik. Cuaca sudah semakin menuju ke musim kering. Permukaan tanah didalam pasu besar mungkin boleh dilitupi dengan plastik untuk mengurangkan kesan penyejatan air.