Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2014

petola bantal belakang rumah, akhir jan 2014

Imej
Alhamdulillah petola bantal sudah pun membesar dan boleh dituai. Sudah ada tiga buah petola bantal. Dua buah pertama hanya bersaiz sejengkal. Buah seterusnya lebih panjang. InsyaAllah akan menuai buah yang besar dan tinggalkan buah yang kecil sebagai benih. Kawasan belakang rumah kurang mendapat cahaya matahari Tali nilon tebal digunakan sebagai tempat petola memanjat untuk sampai ke bahagian bumbung. Pokok akan dipangkas sedikit kerana sudah masuk bumbung rumah jiran.

perancangan balik kampung raya cina 2014

insyaAllah jika ada rezeki dan dapat balik kampung, beberapa perancangan sudah dibuat perhimpunan keluarga di kampung lembah, asun perhimpunan keluarga yang sudah lama tidak diadakan. InsyaAllah akan ada pelbagai aktiviti menarik untuk mengeratkan silaturrahim bawa balik pancang buluh Pokok pokok yang menjalar di taman perumahan memerlukan pancang. buluh cina dan juga buluh biasa boleh digunakan sebagai panjang. baiki reban ayam reban ayam akan dibaiki, jika ada kesempatan akan cuba cari benih anak ayam dari penaga. semai benih timun varieti mini, labu, selasih thai insyaAllah akan semai beberapa jenis benih untuk mewujudkan laman sayur dan herba di kawasan perumahan.

perkembangan kebun, tatsoi, timun white wonder dan pak choi

Imej
Alhamdulillah kebun kawasan perumahan masih ada sedikit hasil, Tat soi hanya satu yang mencapai saiz yang membanggakan, peratus cambahan agak kurang, agak lama juga baru mencapai saiz ini. Timun rupa rupanya mengeluarkan bunga jantan dahulu. Bunga betina belum keluar. Pokok secara keseluruhan nampak subur. Anak semaian pak choi pula semakin galak tumbuh. Jenis ini agak tahan cuaca panas apabila besar nanti. Disiram dengan air dari sistem penapisan kolam ikan sebagai baja dan juga ditabur dengan baja kompos cacing. Selain itu, benih kangkung benih kongsi tanamsendiri.com batch baru masih ada, jadi cepat cepat ditabur dan dilapis sedikit tanah dan siram sebelum pergi kerja. Biji benih maman juga dicuba dalam satu bekas lain. InsyaAllah jika ada rezeki dapat merasa jeruk maman.

rumpai laut sebagai baja

Ada tempat berdekatan dengan pantai tumpuan ramai yang selalu terdapat rumpai laut yang terdampar ketika air surut. Rupa rumpai laut ini seperti koay teow hijau. Jika ada gambar saya akan tunjukkan. Setelah mengetahui terdapat kegunaan rumpai laut sebagai baja. InsyaAllah akan cuba kutip rumpai laut dan dijadikan sebagai bahan sungkupan. Terdapat juga baja rumpai laut yang dijual di kedai pertanian. Ada juga yang dijadikan sebagai baja untuk tanaman padi.

kacang panjang di kampung sedia dituai

Alhamdulillah bila telefon mak di kampung, kacang panjang yang nampak tiada harapan sebelumnya berjaya mengeluarkan sedikit hasil. Mirza anak saudara yang tolong pindahkan anak kacang panjang dari bekas semaian ke tepi pagar belakang rumah. Mak tunggu cucu mak balik dan suruh Mirza tuai sendiri kacang panjang. InsyAllah akan menanam lagi kacang panjang dari beberapa varieti. Dalam kesibukan hendak ke kerja hari ini, sempat menyemai biji benih bendi. Harap harap masih sedia untuk tumbuh. Semaian semula sawi juga dibuat, harap harap masih boleh tumbuh insyaAllah.

timun white wonder mula berbunga dan perancangan hujung minggu

Alhamdulillah timun white wonder mula berbunga. Pokoknya tidak setinggi mana, hanya baru dua kaki. Mungkin kerana varieti ini datang dari tempat musim sejuk.Tidak pasti samaada bunga ini akan menghasilkan buah atau tidak. Didalam keadaan sekarang yang panas terik dan sejuk diwaktu malam, pokok dipastikan menerima siraman pada waktu pagi. Baja dan kompos ditambah untuk memastikan pokok mendapat bekalan nutrien yang cukup. Semaiaan awal ke pasu penting bagi memastikan akar cepat terbentuk. Beberapa pokok yang lewat disemai masih lagi kecil dan batang sebesar lidi sahaja. Jika ada rezeki dapatlah merasa timun. InsyaAllah akan menyemai beberapa varieti timun lagi seperti timun mini. InsyaAllah jika ada rezeki akan melawat gunung jerai ahad ini bersama mak, ayah dan keluarga kak chik. 

semaian peria dan sawi Januari 2014

Alhamdulillah sempat menyemai peria dan sawi semalam. Harap dapat tumbuh dan menghasilkan buah dan sayur. Benih lobak putih nampaknya sudah lama dan tidak bercambah lagi. InsyaAllah akan dibeli benih baru. Jika berhasil lobak putih akan dibuat inti popia basah.

Ulam sambung nyawa

Alhamdulillah, dalam minggu ini sempat mendapatkan benih ulam sambung nyawa. Dulu memang ada stok benih di kampung. Namun, apabila banjir besar melanda, habis ulam mati tak dapat diselamatkan. Ulam ini sedap dimakan dengan sambal belacan. Ulam ini juga menjadi kegemaran perosak seperti siput babi. Jadi, siput hendaklah di musnahkan untuk mengelakkan daun ulam tidak dapat dituai. InsyaAllah akan bawa pulang ke kampung untuk ditanam bersama daun kaduk. Akan dikongsi juga cara membuat baja sendiri dari campuran tahi ayam dan tanah.

Perkembangan kebun minggu akhir januari 2014

Alhamdulillah sempat membelek kebun beberapa hari ini. Cuma dirasakan masih banyak yang perlu dilakukan. Antara aktiviti Sembur larutan sabun basuh ke pokok terung sarawak Larutan sabun yang disembur nampaknya bukan sahaja memusnahkan perosak, malah pokok sendiri. Daun menjadi layu dan hitam. Nampaknya terpaksa melakukan proses mengurangkan perosak dengan cara manual. Tuaian kacang panjang. Kacang panjang sudah dapat dituai dari pokok kedua. Rasanya pokok kacang panjang perlu ditanam balik Sawi Pak choi bercambah Alhamdulillah sawi pak choi bercambah. InsyaAllah akan ditanam lagi didalam bekas pasu yang lain. Petola berbuah lagi Pokok petola dibelakang rumah berbuah lagi. Kali ini memanjat pula ke bumbung rumah jiran. Akan dipangkas sedikit. Buah kali ini lebih besar dari buah sebelumnya. Selesai mengubah semaian timun Semaian timun terakhir diletak dibelakang rumah. Harap pokok masih mampu membesar. Tatsoi sedia untuk dituai Tatsoi tunggal sedia dituai dengan daun

aktiviti kebun cuti thaipusam

Alhamdulillah dapat beriadah dengan berkebun waktu petang. Antara aktiviti yang dilakukan Menambah kompos kepada pokok Kompos dari tahi arnab dan juga sisa kebun seperti batang sayur nampaknya sudah sedia untuk ditabur ke kawasan tanaman. Kompos disimpan didalam bekas pasu besar dan dicampur tanah sudah hampir setahun. Jadi rasanya sesuai untuk diletakkan kedalam pasu pasu pokok. Menyembur pokok terung sarawak dengan bancuhan sabun basuh pinngan dan air Pokok terung sarawak sudah berbunga, namun banyak serangga bena yang menghisap daun dan tangkai bunga. Bunga tidak lekat buah. Jadi kesempatan cuti hari ini digunakan untuk cuba mengurangkan serangan serangga perosak. Memindahkan anak pokok timun Anak pokok timun terakhir sudah dipindahkan ke dalam satu pasu yang sebelumnya ditanam kacang panjang. Anak panjang tidak membesar dan sebagai ganti anak pokok timun diletakkan. Agak terlewat meletakkan anak pokok timun ini yang nampak terbantut tumbesaran. InsyaAllah akan menyemai

rumput israel kering untuk arnab

Alhamdulillah, ketika memancing minggu lepas terjumpa banyak rumput israel di kawasan tempat memancing. Disebabkan bekas plastik yang sepatutnya diisi ikan masih kosong. Jadi rumput rumput dikutip dan dibawa balik. Rumput yang masih basah dibiarkan kering tanpa dijemur dibawah cahaya matahari. Sekadar diletak ditempat terbuka. Cuaca kering sekarang mempercepatkan proses pengeringan. Arnab arnab dapat menerima makanan baru ini sebagai ganti rumput timothy import yang mahal harganya. Rumput israel berbatang liat berbanding timothy. Jadi dapatlah mengurangkan belanja menjaga arnab. InsyaAllah dengan ini boleh menambah stok arnab dari baka giant pula jika ada rezeki. Gambar akan diletak kemudian kerana kamera masuk bengkel.

aktiviti sempena cuti malidurrasul

Selawat dan salam keatas junjungan besar Rasulullah yang menjadi rahmat kepada sekalian alam. Alhamdulillah semalam sempat memanfaatkan untuk beberapa perkara. Bang Tam ziarah rumah Bang Tam yang balik dari Kuala Lumpur sempat singgah ke rumah untuk makan tengah hari. Alhamdulillah ada beberapa ekor ikan yang baru dipancing dimasak untuk makan tengah hari. Kepala ikan siakap dibuat gulai. Ikan cermin digoreng tepung. Manakala ikan merah dibuat sup. Untuk ulaman diambil ulam raja, pucuk kaduk dan pucuk cekur hitam. Alhamdulillah dapat merasa ulaman segar untuk makan tengah hari. Tuai bayam bayam sudah melepasi umur yang sesuai untuk dituai. Hama merah sudah mula menyerang daun. Bena pula menyerang sistem akar. sempat dituai untuk makan malam. Menyemai benih benih Benih kangkung disemai menggantikan benih lobak kampung yang tidak tumbuh. Selain itu, semaian lemon basil dan pak choi baharu juga disemai. InsyaAllah jika ada rezeki dapatlah merasa dalam masa sebulan lagi

balik kampung 12 Jan 2014

Imej
Alhamdulillah sempat balik kampung minggu ini, tidak banyak aktiviti dapat dilakukan kerana ada tugas lain, sekarang musim timur sudah bermula dikawasan utara. Pada waktu malam angin akan bertiup kencang dan cuaca kering tanpa hujan. aktiviti yang sempat dibuat siram pokok bunga antara aktiviti wajib setiap petang di kampung ketika musim angin timur. Kebiasaanya air diambil dari parit yang jarang kering kecuali kemarau yang panjang. memancing haruan alhamdulillah dapat memancing haruan bagi tahun ini. Dapatlah seekor setelah memancing sejak waktu pagi. Paras air dibendang agak tinggi kerana padi baru bunting. InsyaAllah bulan depan apabila padi mulai masak acara memancing lebih menarik. periksa kacang panjang di kampung Kacang panjang di kampung diserang bena hitam. InsyaAllah akan cuba kurangkan kesan serangan dengan semburan campuran minyak dan sabun. pokok pecah beling anak pokok pecah beling yang sudah sekian lama terendam didalam bekas air dibawa pulang ke kaw

kacang panjang sudah boleh dituai

Imej
Alhamdulillah, kacang panjang sudah boleh dituai. Namun agak terlewat kerana kacang panjang sudah kembung dan tidak rangup lagi. Satu tangkai disimpan sebagai stok benih baru. Rasanya masih sedap, dimasak bersama nasi goreng. Ada pokok kacang yang baru berbunga. InsyaAllah dalam seminggu lagi dapat memetik kacang panjang yang baru.

cara bela cacing untuk kompos

Imej
jika dulu dulu ramai yang menyertai industri bela cacing untuk mendapatkan baja cacing dan berharap mendapat keuntungan. sekarang rasanya industri ini agak perlahan. Namun potensi masih besar bagi yang ingin membantu menghasilkan baja berkualiti dan menyelamatkan alam sekitar. sebelah kira ialah baja tahi cacing, sebelah kanan ialah sepaket cacing yang dibeli dari kedai akuarium kelihatan cacing dan baja yang terhasil Tips tips memulakan aktiviti membela cacing untuk kompos 1. beli cacing di kedai pancing, murah harga dlm RM 2.50 sepaket. Boleh beri RM 10 untuk 4 paket. 2. sediakan pasu besar, lapik pasu besar dengan pelapik pasu. 3. masukkan tanah dan campuran kompos sekadar separuh pasu 4. sirap air supaya tanah dan kompos basah 5. masukkan cacing 6. masukkan makanan dan sisa kebun. Elakkan makanan dari jenis tulang, daging dan lemak. Makanan yang boleh diberi seperti sisa lebihan nasi, pasta, roti berkulat dan lain lain. 7. tutup dengan penutup besar agar menutu

timun white wonder bercambah

Imej
Alhamdulillah, beberapa benih timun white wonder bercambah. Lima daripada lebih 20 benih yang disemai bercambah. InsyaAllah akan ditanam dan dibesarkan dengan beberapa cara. Paling penting mengikut pembacaan ialah mengubah pokok seawal mungkin. Kemudian pokok timun segera dibesarkan untuk mengelakkan buah pahit. InsyaAllah akan mencuba tanaman kaedah hidroponik juga bagi satu pokok timun. Jika boleh larutan hidroponik akan diganti dengan larutan organik.

cambahan terung telunjuk

Imej
Alhamdulillah biji benih terung telunjuk yang sangka tidak dapat diselamatkan bercambah dengan banyak. Cambahan ini pada mulanya direndah dalam air sekadar untuk membasahkan benih sahaja selama beberapa hari. Ada hari yang air kering kerana cuaca panas. Beberapa benih yang awal bercambah dipindah kedalam petak semaian. Benih benih lain dimasukkan dalam pasu ini, tidak sangka banyak pula anak benih terung telunjuk yang tumbuh. InsyaAllah akan dibesarkan supaya kuat dan sedia untuk ditanam di kawasan luar.

bayam selepas empat minggu

Imej
Alhamdulillah, selepas hampir empat minggu, bayam yang disemai sudah sedia untuk dituai. Ada yang sudah semakin keras. Bayam akan dicabut dan ini membolehkan bayam lain tumbuh. InsyaAllah akan menikmati bayam masak air.

ulam raja bercambah

Imej
Alhamdulillah benih ulam raja bercambah setelah beberapa hari di tabur didalam bekas semaian. Benih dibeli dari kebunbahagiabersama.Bentuk benih yang memanjang agak ganjil. Apabila benih terkena air, akan pokok akan mula keluar dari salah satu hujung. Ulam raja sedap dimakan bersama budu. InsyaAllah akan letakkan ditempat yang lebih mendapat cahaya matahari. Menarik untuk melihat bunga bunga ulam raja nanti dan jadi sedikit penyeri laman rumah.

ikan kaloi dalam kolam

Imej
Alhamdulillah ikan kaloi dalam kolam nampak semakin besar dan sihat. Kedalaman kolam cuma dua kaki. Terdapat tempat untuk ikan berteduh dibawah para kayu. Jadi mungkin ikan lebih kurang stress. Ikan kaloi ini hanya jinak jinak merpati. Selalu menunggu makanan ditabur ke dalam kolam. Untuk mengambil gambar terpaksa umpan dengan dedak ikan. Ikan kaloi tidak memerlukan pam oksigen untuk bernafas. Sebaliknya memerlukan ruang terbuka untuk menyedut udara. Pam digunakan untuk mengalirkan bahan kumuhan ikan keluar dari kolam. Jika tidak kolam akan menjadi hijau. Antara makanan yang boleh diberi selain dedak ikan ialah lebihan nasi, buah dan kangkung. Untuk menjimatkan kos, kangkung yang tumbuh meliar boleh dijadikan sebagai makanan ikan kaloi. Selain itu, ikan kaloi mudah dijaga tetapi tidak mudah berkawan dengan ikan ikan yang lain.

perancangan kebun tahun 2014

Alhamdulillah bertemu lagi dengan tahun 2014, insyaAllah beberapa perancangan sedang diatur diantara projek 1. bela ikan siakap 2. belajar tanam cendawan 3. kebun timun 4. mencari kedai kedai menjual benih 5. mencari benih benih eksotik 6. mengurangkan pembelian sayur diluar dan lebih kepada tanam sendiri 7. bela ayam kampung 8. bela burung puyuh/ merpati 9. bela arnab jenis flemish giant 10. tambah koleksi ikan kaloi 11. tingkatkan pengeluaran kompos cacing. Projek projek ini memerlukan lebih banyak perancangan. InsyaAllah akan memulakan dengan projek yang mudah dan murah dahulu.