Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2016

perkembangan kebun perumahan 28 Ogos 2016

Imej
Alhamdulillah hujung minggu ini dapat digunakan untuk mengurus sedikit kebun perumahan. Cuaca mendung sahaja pada hujung minggu ini. Semaian terung Biji benih terung hijau yang disemai minggu lepas dengan berhati hati dan cermat sekali nampaknya tidak tumbuh. Beberapa kemungkinan yang menyebabkan biji benih tidak tumbuh seperti benih direndam terlalu lama didalam air, biji benih tamat tempoh ataupun biji benih diserang oleh kulat. Disebalik itu, biji benih terung telunjuk yang hanya ditabur diatas tanah kompos dan tidak terjaga sangat pula telah bercambah. Alhamdulillah ada juga pengubat hati bila semaian yang diharap harapkan tidak tumbuh. Menjala ikan Kesempatan balik kerja pada hari jumaat pula digunakan untuk menjala ikan di batu kawan bersama rakan. Beberapa ekor ikan tilapia dan udang telah berjaya ditangkap menggunakan jala di kawasan terusan kecil. Diterusan utama pula, suasa menjala seperti pesta kerana banyak ikan dan penjala. Disebabkan peti ais tidak berfungs

perkembangan kebun perumahan 23 Ogos 2016

Imej
Alhamdulillah, masa hujung minggu yang lepas sempat meluangkan masa mengurus kebun perumahan. Semai benih terung Benih terung yang direndam dua hari lepas dipindahkan ke bekas tanaman. Harap harap dapat tumbuh. Pek benih kali ini tidak dirawat dengan racun kulat. Jadi kemungkinan benih diserang kulat agak tinggi. Jumlah benih yang dibekalkan dalam pek benih agak banyak. Hampir 200 anak benih boleh disemai. Projek penyiraman automatik Alhamdulillah projek penyiraman automatik telah disiapkan untuk penyiram lebih kurang sepuluh pasu tanaman. Ini termasuk pasu yang berada diluar rumah. Ujian penyiraman automatik telah dijalankan dan penyiraman berjalan lancar. Pasu tanaman Pasu pasu untuk projek penanaman sayuran jenis daun sedang disediakan. InsyaAllah akan perkayakan dengan bahan organik dahulu sebelum disemai dengan biji benih. Projek yang tertangguh Tugasan mengetut pokok tin belum dapat dilaksanakan.

perkembangan kebun kampung, 20 Ogos 2016

Imej
Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu lepas. Timun mini Nasib benih timun mini yang dipindahkan ke kampung tidak baik. Kesemua benih yang dipindahkan mati. Kemungkinan besar kerana faktor cuaca kerana hampir seminggu tidak hujan di kampung. Strategi seterusnya ialah penaman terus ke batas tanaman. Pokok kantan Pokok kantan masih lagi bertahan. Keadaan redup di bawah teduhan pokok mempelam mengelakkan daripada rizom pokok kantan yang ditanam minggu lepas menjadi kering. Batas kebun Batas untuk penanaman di kampung ditambah baik. Tanah merah baru ditambah keatas batas. Namun masih perlu diperkayakan dengan bahan organik sebelum dimulakan dengan penanaman. InsyaAllah akan cuba menambah tanah bakar dan baja tahi ayam. Bersih kebun Projek membersih kebun tergendala kerana mesin pemotong rumput rosak. InsyaAllah akan cuba beli mesin yang baru dengan bajet pada bulan depan. Tuai rebung madu Rebung madu dituai daripada pokok pokok buluh madu untuk dijadik

perkembangan kebun perumahan, 18 Ogos 2016

Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun perumahan Semai benih terung Benih terung dari vareiti hijau "speed" dan telunjuk disemai. Harap harap akan bercambah dalam masa seminggu. Semai benih kacang kelisa Benih stok lama kacang kelisa disemai. Harap harap akan tumbuh. Semai benih kobis Benih kobis yang tarikh luput akan tamat pada bulan disember 2016 disemai. Harap harap akan bercambah kerana percubaaan sebelum ini gagal. Pangkas pokok belalai gajah Pokok belalai gajah yang tumbuh sehingga menutup alamat rumah dipangkas. Keratan batang belalai gajah dibawa balik ke kampung untuk diedarkan. Bersih bekas tanaman terung telunjuk Bekas tanaman yang ditanam dengan terung telunjuk sebelum ini sudah dibersihkan. Pokok terung telunjuk yang sudah tidak produktif dan sakit dicabut. InsyaAllah akan perkayakan tanah dengan baja organik sebelum ditanam semula. Beberapa kerja membersih kebun perumahan perlu dilakukan lagi. Kebun perumahan belum lagi nampak kemas. Bumbung perlu ditukar

prestasi penanaman terung telunjuk

Imej
laman terung telunjuk yang selalu mak datang kutip seminggu sekali Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah hampir dua tahun terung telunjuk yang ditanam dikampung menghasilkan buah buah untuk kegunaan sekeluarga. Puas hati menanam terung telunjuk. Hasil yang banyak dan berterusan selama hampir dua tahun. Buah yang lebih diberi kepada jiran jiran. Terung telunjuk sedap dimasak ataupun dipanggang. hasil terung yang begitu baik Saiz buah terung telunjuk bergantung kepada penyiraman dan jumlah hujan yang turun. Apabila air mencukupi, saiz buah terung menjadi lebih besar. Apabila pokok sudah membesar dan akar sudah jauh kedalam tanah, aktiviti menyiram hanya perlu dilakukan apabila perlu sahaja. Bunga terung selalunya didebunga oleh lebah tukang pada awal pagi. Pokok terung telunjuk juga tahan lasak dan kurang diserang penyakit. Pokok juga boleh dipindahakan ke tempat penanaman baru tanpa memerlukan penjagaan yang rapi. Jika dicabut dan ditanam ditempat lain juga, pokok terung

balik kampung 14 Ogos 2016

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada minggu ini. Hanya masa sekitar dua jam pada waktu petang ahad dapat digunakan untuk tujuan berkebun. Potong rumput sekeliling rumah Rumput rumput yang tumbuh di sekeliling rumah dipotong supaya laman rumah nampak kemas. Ayah sudah tidak larat lagi untuk memotong rumput kerana cepat letih sejak kebelakangan ini. Ayam piru Ayam piru yang ayah beli ketika bulan puasa dahulu sudah hampir berusia dua bulan. Keadaan anak ayam nampak sihat dan membesar dengan baik. Timun mini Semaian timun mini dipindahkan ke batas tanaman. Terdapat dua tempat penanaman. Satu kawasan batas terletak berhampiran rumah dengan tanah yang gembur. Satu lagi kawasan penanaman adalah batas tanah merah. Batas tanah merah menjadi sarang semut merah. Harap harap dapat memperbaiki tanah supaya semut merah tidak lagi bersarang dikawasan batas kerana semut merah menyebabkan afid mudah membiak. Tanaman kantan Pokok kantan yang diambil dari rumah tok timah dibawa balik ke kampung. K

perancangan kebun kampung ogos 2016

InsyaAllah hujung minggu bulan ogos akan digunakan sepenuhnya untuk menyiapkan kebun kampung supaya nampak lebih kemas dan dapat memenuhi keperluan sayuran untuk beberapa bulan akan datang. tanam bendi Permintaan daripada anak saudara untuk tanam bendi. Sayuran kegemaran anak saudara. InsyaAllah akan cuba tanam di kampung bila balik nanti. Ada benih bendi yang dibeli masih belum disemai. Batas tanaman perlu disediakan dahulu. siapkan pagar ayam Pagar ayam perlu disiapkan segera supaya ayam ayam piru yang dibela dapat dilepaskan ke kawasan yang lebih luas. InsyaAllah akan menambah stok anak ayam piru pada bulan ini. ubah sayur keladi Sayur keladi yang tumbuh perlu diubah ke kawasan yang lebih luas supaya lebih banyak sulur yang akan keluar. Batas tanaman kesum Daun kesum sesuai ditanam berhampiran kawasan parit. InsyaAllah tepi tepi parit akan dibersihkan dan ditanam dengan daun kesum. Apabila tanaman sudah mulai membesar, kawasan tanaman tidak perlu disiram lagi. Berdasarkan permer

perkembangan kebun perumahan 10 Ogos 2016

Imej
Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun perumahan. Timun mini Alhamdulillah timun mini masih lagi bercambah. Peratus percambahan hampir 100 peratus. Semaian benih benih lama akan diteruskan untuk mengurangkan stok benih. Rizom bungan kantan Rizom bunga kantan yang dibawa dari kampung telah dipindahkan kedalam pasu. Sebanyak tiga pasu pokok bunga kantan terhasil dari rizom bunga kantan yang dibawa balik. Penyiraman automatik Alhamdulillah penyiraman automatik berjalan baik. InsyaAllah akan tambah lagi paip supaya dapat menyiram pasu pasu yang diluar rumah secara automatik.

apam lenggang buah kelapa laut masak

Kebetulan melalui kawasan yang mempunyai beberapa pokok kelapa laut yang ditanam ditepi jalan. Buah buah yang masak jatuh dan mereput begitu sahaja. Dulu dulu emak selalu pesan jika berjalan ditepi sawah kalau jumpa buah kelapa laut yang gugur untuk dibawa balik ke rumah. Buah kelapa laut yang masak mempunyai aroma yang menarik. Isi dibawah kulit buah menjadi lembut. Kebiasaannya pada bulan puasa, teras biji ( kernel ) buah yang dijadikan sebagai minuman. Namun, mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa isi buah kelapa laut yang masak juga boleh diproses menjadi perisa makanan. Isi buah kelapa laut yang masak berwarna oren kekuningan. Buah akan dibuang kulit dan isi dimasukkan kedalam satu bekas untuk disaring bagi mendapatkan pati. Pati buah ditapis dengan menggunakan kain putih. Pati buah bersifat melekit pada kain putih dan menyukarkan proses penapisan. Jadi selepas isi buah dicampur dengan air dan dituang keatas kain putih yang diletak pada satu bekas atau baldi. Campuran dibiark

inspirasi kebun

Imej
Alhamdulillah baru balik dari melawat saudara di Selangor. Kagum dengan keadaan kebun yang seluas beberapa ekar begitu subur dan terurus. Terdapat pelbagai jenis pokok buah buahan seperti durian, pulasan, rambutan dan nangka. Pokok pokok tersebut sudah mula mengeluarkan hasil. Lebihan hasil ada yang dijual dan mencapai jualan sehingga ribuan ringgit Disamping itu banyak tanaman sayuran yang ditanam disekeliling kebun seperti bendi, terung bulat, petola, tebu dan timun. Tanaman semuanya nampak sihat dan subur. Tak perlu lagi membeli di pasar. Terdapat juga ternakan ayam, kambing dan lembu di kawasan kebun. Ternakan lembu begitu menjadi dan terdapat beberapa ekor lembu yang baru beranak. Permulaan keluarga saudara dari keluarga yang susah dan daif dan akhirnya berjaya menjadi inspirasi disamping memberi keinsafan tentang keluasan rezeki Allah SWT. Penghijrahan mereka sehelai sepinggang pada usia muda ke kota besar untuk mengubah kehidupan keluarga. InsyaAllah akan cuba menjadik

ikan duri,rebung madu dan udang

Imej
Alhamdulillah ada sedikit hasil dari laut dan juga dari kebun kampung yang akan dijadikan hidangan tengahhari. Ikan duri yang dipancing hujung minggu lepas masih elok digunakan. InsyaAllah boleh dijadikan masakan kicap ataupun dibuat kari. Umpan cacing laut yang ditangkap pada petang jumaat digunakan untuk memancing ikan duri. Alhamdulillah tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan beberapa ekor ikan duri. Rebung madu pula dituai ditepi parit di kawasan kampung. Rebung rebung muda boleh dituai dengan mematahkan perlu rebung yang masih lembut. Mak membuang kulit rebun dan miang rebung. Kemudian dirincik halus sebelum direbus. Sedikit gula dan garam diletakkan semasa merebus rebung yang dirincik. Sedap dimakan sebagai ulaman ataupun dimasak sebagai kari. Jala udang Disamping itu, berkesempatan juga belajar menjala udang. Masih lagi perlu berlatih membuat tebaran jala yang kemas. Waktu yang sesuai untuk menjala udang ialah ketika air laut bergerak pasang. Diantara kawasan

pasu herba untuk kebun perumahan

Imej
Alhamdulillah pasu herba berjaya dilaksanakan di kawasan kebun perumahan. Didalam satu pasu terdapat beberapa jenis herba seperti ulam raja, sambung nyawa, kaduk dan cekur. Pokok ulam raja memerlukan jumlah air yang banyak untuk hidup subur. Seboleh bolehnya disiram setiap dua hari sekali. Pasu panjang digunakan sesuai untuk diletakkan dikawasan perumahan beringkat seperti flat. Bagi kawasan perumahan yang ada semburan asap oleh jabatan kesihatan, herba perlu direndam dan dibasuh dahulu sebelum digunakan untuk memastikan tiada sisa semburan pada herba yang akan dimakan. Kelebihan ulam ulaman ini ialah tuaian akan dapat dilakukan berkali kali dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.

perancangan bulan Ogos 2016

InsyaAllah untuk bulan Ogos akan cuba siapkan beberapa projek kebun kampung Aquaponic InsyaAllah akan siapkan perancangan projek aquaponic. Sedikit modal perlu dikeluarkan untuk mendapatkan satu tangki fiber yang sesuai. Semaian benih Benih benih sayuran akan disemai. Tumpuan kepada benih yang cepat memberikan hasil dahulu dan benih benih yang hampir luput tarikh akhir semaian. Bela burung puyuh InsyaAllah akan cuba membela beberapa ekor burung puyuh sebagai percubaan. Pembekal anak burung puyuh sudah dikenal pasti. Disamping itu, akan membeli beberapa ekor anak ayam belanda untuk ayah.

balik kampung 31 Julai 2016

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi. Kerja kerja menebas kampung masih banyak yang perlu dilakukan. Buat masa ini, masa suntuk tak sempat nak melakukan perkara perkara yang tertangguh. Hampir seminggu hujan tidak turun di kampung. Timun jepun Pokok timun jepun yang ditanam sudah tidak menghasilkan buah lagi. Jadi, pokok dibuang dan akan digantikan dengan benih yang baru. Terung Buah terung telunjuk masih lagi produktif. Namun, sudah ada tanda tanda pokok semakin dimakan usia seperti mulai diserang penyakit. InsyaAllah akan cuba semai anak benih baru bagi menggantikan pokok terung sekarang. Serai Bekalan serai dirumah sekarang ini hanya dibeli dari pasar. Jadi, serai ditanam dikawasan belakang rumah. Pisang Pisang yang ditanam dikawasan belakang rumah sudah banyak yang mulai berbuah. Ada yang mulai hendak tumbang dan perlu diletakkan pancang bagi mengelakkan pokok pisang patah dan rebah ke tanah. Disamping itu, tandan pisang juga selalu menjadi sasaran pencuri pisang.