Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ulam raja

perkembangan kebun perumahan akhir November 2015

Alhamdulillah, pada bulan november ini, hujan turun hampir setiap hari. Pokok pokok yang ditanam tumbuh dengan subur. Terung telunjuk Pokok terung telunjuk membesar dengan baik dan mula menghasilkan buah yang agak lebat. Namun, pokok terung telunjuk kita diserang pula oleh hama merah. Mungkin ada beberapa hari yang tidak hujan menyebabkan pokok mengalami stress. Tiada penggunaan racun serangga untuk menghalang serangan. InsyaAllah akan dibiarkan proses alami memulihkan pokok seperti menjaga pengairan. Ulam raja Alhamdulillah ulam raja subur ketika bulan November ini. Batang batang ulam raja juga besar berbanding benih yang ditanam dikampung. Kemungkinan sedikit baja dari air tapisan kolam ikan menjadi baja yang baik untuk pokok. Petola bantal Setelah lama tidak berbuah, akhirnya petola bantal berbuah lagi. Pokok masih lagi bertahan hampir lebih kurang dua tahun. Gambar akan diletakkan kemudian.

semaian ulam raja di kampung

Imej
Alhamdulillah, benih benih ulam raja dari kebun perumahan dibawa balik ke kampung telah bercambah. Disamping itu, anak benih ulam raja yang tumbuh sendiri di tepi tepi jalan di depan rumah perumahan dicabut dan dibawa balik ke kampung. Cara penanaman semula cukup mudah, hanya menggunakan golok buka sedikit ruang tanah dan kambus bahagian akar. Bagi biji benih pula, tabur terus dikawasan yang hendak ditanam.

balik kampung 22 Ogos 2015

Alhamdulillah sempat balik ke kampung untuk menjenguk mak dan ayah serta keadaan kampung. Waktu masih lagi terhad, untuk hujung minggu ini sahaja, hampir 400 kilometer perjalanan menggunakan kereta ditempuh. Cabaran agak tinggi kerana memandu berseorangan, memandu pada awal pagi dan memandu didalam keadaan badan yang letih. Diantara perkembangan kebun perumahan Semaian rawak benih ulam raja Benih ulam raja yang dikumpul dibawa balik dan di tabur sepanjang pagar yang banyak mendapat cahaya matahari. Semaian kacang panjang dan timun Semaian kacang panjang dan timun tidak bernasih baik kerana terkena racun rumpai. Habis mati benih benih yang berusia beberapa minggu. Buah sulung dari timun juga tidak kesampaian untuk dituai. Cabai solok Pokok cabai solok hanya tinggal dua pokok setelah satu pokok mati. Apabila diselidiki, siput babi sudah memakan batang pokok cabai solok. Tenggek burung Ulaman tenggek burung nampaknya semakin merimpun. InsyaAllah akan petik pucuk pucuk yang masih muda. Me...

perkembangan kebun perumahan 15 Ogos 2015

Imej
Alhamdulillah, dapat mengemas sedikit kebun perumahan dalam kekalutan untuk balik ke kampung. Lobak merah Lobak merah nampaknya semakin membesar. Umbisi masih kecil tetapi daun lobak merah sudah semakin merimbun. Ulam raja Benih benih ulam raja yang dikutip semakin banyak. InsyaAllah boleh diedarkan kepada mereka yang berminat dengan kos minima. Automasi kebun Alhamdulillah beberapa barang untuk proses automasi kebun sudah tiba. Nampaknya dapat memulakan proses automasi selewat lewatnya bulan hadapan sebelum fenomena musim panas tiba. Mulberi Batang mulberi di pangkas untuk menggalakkan penghasilan buah. Daun mulberi yang masih muda dituai dan dijadikan hidangan sup. Batang mulberi direndam dahulu didalam air kerana kekurangan bekas untuk menyemai. Semai benih benih baru Benih benih cabai dan terung eksotik cuba disemai. Harap harap akan tumbuh. Untuk benih terung, benih disemai secara banyak didalam satu lubang kerana kesuntukan masa untuk menyemai didalam luba...

perkembangan kebun perumahan 12 Ogos 2015

Imej
Alhamdulillah dapat menjenguk kebun perumahan sebentar selama satu jam pada waktu petang Mulberi Mulberi diluar rumah menghasilkan beberapa biji buah yang sedang masak. Terus dipetik dan dimakan. Pokok perlu dipangkas lagi supaya tunas baru keluar. Tomota kingkong Tumbesaran tomato king kong masih lagi perlahan. Alhamdulillah berjaya mengubah semua anak benih ke pasu dan polibeg. Tomota disiram dengan baja ikan sebagai tambahan baja tumbesaran peringkat permulaan. Ulam raja Benih benih ulam raja dikutip dan dikumpulkan. InsyaAllah boleh diedarkan kepada rakan rakan nanti. Pokok tin Alhamdulillah pucuk buah semakin berkembang. Begitu juga dengan hasil tut ada yang berjaya. Vareiti BTM6 paling mudah untuk ditut dan cepat mengeluarkan akar. Benih eksotik tembikai Satu benih eksotik tembikai cuba disemai. Harap harap dapat bercambah.

perkembangan kebun perumahan 4 Ogos 2015

Alhamdulillah dapat menjenguk sekejap kebun perumahan walaupun masa singkat. Hujan turun lebat pada awal pagi. Jadi sebelum hari cerah terpaksa bergerak keluar kerja untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang. Pokok tin Alhamdulillah, pokok tin sudah ada tanda akan berbuah lagi. Putik putih buah baru kelihatan semakin membesar. InsyaAllah dalam sebulan lebih akan merasa buah tin segar. Semaian ulam raja Semaian ulam raja nampaknya masih bertahan seteleh dipindahkan daripada tepi jalan. Mungkin semaian sudah tahan lasak kerana tumbuh ditepi jalan dengan akar yang cetek sahaja. Tuaian bebuas Pucuk bebuas yang dituai untuk dijadikan ulam masih lagi bertahan didalam bekas plastik. Pucuk bebuas tidak disimpan didalam peti sejuk. Cuma perlu elakkan suhu panas. Kebun perumahan mungkin terpaksa dipindahkan sekejap untuk memberi laluan kerja membaiki paip air diluar rumah. Sebelum itu, perlu membuat laporan kerosakan kepada pihak bekalan air.

tuaian kebun perumahan 1 Julai 2015

Imej
Alhamdulillah dapat menuai beberapa sayuran dari kebun perumahan untuk digunakan semasa sahur. Tuaian kali ini ialah daun ulam raja, buah mulberi dan terung yang terbantut akibat serangan perosak. Selain itu, biji biji benih ulam raja dikumpulkan untuk disemai di kampung dan diberi kepada kak chak. Pokok bebuas pula sedang berbuah, beberapa ekor burung merbah kadang kadang hinggap untuk mengutip buah bebuas. Burung menjadi agen penyebaran benih pokok bebuas.

perkembangan kebun perumahan 17 April 2015

Alhamdulillah dapat mengurus kebun perumahan sedikit pada awal pagi jumaat. Diantara perkembangan Cili solok Cilik solok sedia untuk dituai. Rasanya sesuai untuk dijadikan masakan solok lada. Pokok pemunggal/ Moringa Keratan batang pokok moringa akan cuba untuk disemai. InsyaAllah jika keratan batang bercambah. Pokok akan disemai kedalam bekas yang lebih besar. Mulberi Pokok mulberi yang dipindah ke bahagian luar rumah menghasilkan buah yang manis. InsyaAllah akan cuba dibiakkan lagi keratan mulberi. Pokok tin Pokok tin masih belum berbuah. InsyaAllah akan cuba mengetut pokok tin kerana semakin rendang. Semai bayam merah Pokok bayam merah yang dituai untuk biji benih sudah boleh digunakan. Jadi biji benih ditabur kedalam bekas bekas yang masih kosong. Ulam raja Ulam raja semakin tinggi. InsyaAllah boleh dijadikan ulam minggu depan. Limau purut Alhamdulillah daun limau purut yang banyak dapat dikongsi dengan jiran untuk digunakan didalam masakan.

tuaian kebun perumahan 6 April 2015

Imej
Alhamdulillah sedikit tuaian daripada kebun perumahan sebelum pergi kerja hari. Ulam raja yang sedang membesar dan terung telunjuk yang segar dari hujan dimalam hari. Hasil yang segar dijadikan hidangan untuk makan tengah hari bersama nasi panas dan sambal belacan.

perkembangan kebun perumahan 27 Oktober 2014

Imej
Alhamdullillah sedikit perkembangan kebun perumahan Zucchini Alhamdulillah zucchini kali ini bercambah dengan baik. Benih diubah kedalam pasu pasu. Benih nampaknya tahan lasak dan tahan panas. Ulam raja Ulam raja mula berbunga apabila jarang dipetik pucuknya. InsyaAllah akan kutip biji benih yang terhasil untuk ditanam ditempat lain. Ulam raja ditanam dalam satu pasu sahaja, cukup untuk kegunaan ulam ulaman di rumah. Bunga ulam raja menarik perhatian lebah sebagai agen pendebungaan dan orang yang lalu lalang untuk mendekati keindahan ciptaan tuhan. Tuaian terung Alhamdulillah terung kali ini dituai lagi, seelok eloknya terung dituai dan terus digunakan kerana rasanya lebih sedap. Jika tidak rasanya jadi lebih pahit. Kali ini terung dicelur untuk hidangan tengah hari.

perkembangan kebun perumahan 29 Mei 2014

Alhamdulillah dapat menjenguk sedikit kebun perumahan. Kesibukan tugas menyebabkan aktiviti menjenguk kebun terhad kepada tengah malam dan juga awal pagi. Antara perkembangan Arnab Arnab telah terlepas sekali lagi daripada kandang. Bila balik kerja ternampak objek kecil dihadapan pintu, rupanya arnab telah terlepas. Habis barisan anak anak terung dimakan oleh arnab. Tidak banyak yang boleh dilakukan kecuali menangkap arnab dan pastikan pintu sangkar tertutup. Benih bendi dan timun terselamat daripada dimakan oleh arnab. Ulam raja Ulam raja terus produktif walaupun  sudah hampir setengah tahun tumbuh didalam pasu. Setakat ini tidak pernah berbunga kerana pucuk ulam selalu dijadikan ulam makan tengah hari pada hujung minggu. Bayam Bayam sudah tua tetapi pucuk masih boleh dituai. Banyak anak anak belalang yang berlindung dibawah rimbunan bayam tua. Timun jepun Alhamdulillah tuaian timun jepun terakhir dapat dibuat pada hari ini. InsyaAllah akan dijadikan sayur dalam san...

sedikit laporan tuaian minggu lepas

Imej
Sedikit laporan tuaian minggu lepas. Alhamdulillah, daun sambung nyawa dan daun ulam raja sempat dijadikan ulam makan tengah hari manakala timun dijadikan sayur dalam sandwich. Daun sambung nyawa dimakan daun sahaja manakala batang muda boleh disemai menjadi anak benih yang baru.

ulam raja bercambah

Imej
Alhamdulillah benih ulam raja bercambah setelah beberapa hari di tabur didalam bekas semaian. Benih dibeli dari kebunbahagiabersama.Bentuk benih yang memanjang agak ganjil. Apabila benih terkena air, akan pokok akan mula keluar dari salah satu hujung. Ulam raja sedap dimakan bersama budu. InsyaAllah akan letakkan ditempat yang lebih mendapat cahaya matahari. Menarik untuk melihat bunga bunga ulam raja nanti dan jadi sedikit penyeri laman rumah.