Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sayur

projek tanaman sayur bertingkat

InsyaAllah sedang merancang rak bertingkat tanaman sayur untuk kebun perumahan. Kawasan hadapan rumah mendapat cahaya matahari yang cukup, sesuai untuk penanaman sayuran jenis daun. Antara tanaman yang boleh dicuba ialah sawi, lobak putih, bayam, kangkung, kailan serta herba herba seperti pudina. Benih akan cuba disemai ataupun dibeli keratan dari pasar. Kemungkinan juga, bekas air minuman yang tidak digunakan lagi boleh dijadikan sebagai pasu. Kebiasaannya, setiap minggu ada sahaja bekas minuman yang dibuang begitu sahaja. Selain itu, satu tong akan dijadikan sebagai kolam ikan bagi membela ikan keli. Makanan yang tidak habis boleh dijadikan sebagai makanan ikan keli. Sayang jika sisa makanan yang masih elok dibuang begitu sahaja tanpa dijadikan sesuatu yang lebih baik.

perkembangan sayuran dalam bekas polisterin

Imej
Nampaknya pertumbuhan sayur dalam bekas polisterin agak terbantut. Bayam masih lagi kecil walaupun sudah hampir beberapa minggu bercambah. Biasanya bayam sangat lasak dan mudah membesar walaupun kurang nutrien dan baja. semaian pada 16 Februari 2016 Kemungkinan kurang nutrien ataupun keadaan tanah tidak sesuai. Pencahayaan juga harus dilihat semua. Jika perlu, bekas polisterin diubah ke bahagian depan rumah yang mendapat cahaya matahari secara langsung. InsyaAllah akan cuba memperbaiki keadaan pada minggu depan.

perancangan kebun bulan mac

InsyaAllah pada bulan ini akan memulakan semaian tanaman baru. Harap harap musim panas akan berakhir pada akhir bulan ini. Semoga hujan turun dengan lebih konsisten pada bulan April insyaAllah. Diantara tanaman yang akan dicuba Tanaman jangka masa pendek ( 1-2 bulan ) Salad Bayam Kailan Kangkung Sawi bunga Tanaman jangka masa sederhana ( 2-4 bulan ) Timun Tomato Labu air Bendi Kacang panjang Kacang buncis Tanaman jangka panjang ( 4 bulan- 6 bulan ) Terung Petola bantal Cabai Kacang kelisa Lain lain InsyaAllah akan cuba dapatkan benih ayam belanda dan rumput napier untuk dibawa balik ke kampung Selain itu, aktiviti memancing akan diteruskan

Pasu pasu sayur direhatkan

Imej
Disebabkan keadaan cuaca yang panas dan kering luar biasa ketika ini, pasu pasu sayur di pindah ke kawasan berbumbung. Banyak sayur yang tidak sempat dituai dan layu setelah tidak sempat disiram dua hari. sayur sayur dan rumpai ditempatkan di tempat teduh

Sayur awal syawal 1434h

Imej
Alhamdulillah tanaman sayur pada beberapa bulan lepas sudah boleh di tuai. Hujan yang kerap sepanjang cuti hari raya menggalakkan pertumbuhan. Sawi cina yang ditanam di tempat terbuka paling galak tumbuh. Kailan pun semakin membesar dan mencapai saiz sedia tuai. Pokok terung semakin sembuh daripada serangan penyakit selepas disembur penghalau serangga dan mula mengeluarkan pucuk baru. Perosak yang masih ada dimusnahkan supaya tidak membiak.

percubaan menanam sayur dan cili di Flat

InsyaAllah akan memulakan percubaan tanaman sayur dan cili di Flat. Beberapa pasu panjang berharga RM 10 sudah dibeli. Tanah akan disediakan asing sebelum ditanam. Strategi menanam cili di perumahan pangsapuri diharap dapat menghasilkan cili cili yang bebas serangan serangga yang mengakibatkan penyakit seperti kerekot daun. Percubaan menanam juga akan bereksperimen dengan tanaman secara gantung. Dari segi pencahayaan pula. tempat tinggal ini mempunyai jumlah limpah cahaya yang banyak dari pagi sehingga petang.

ulaman di riau, terung telunjuk, timun dan basil

Imej
baru balik dari riau Alhamdulillah dapat melihat penggunaan terung telunjuk sebagai ulam di Sumatera. ulaman segar dimakan bersama sambal Dapat juga melawat sebuah kawasan penanaman terung telunjuk di Sumatera Barat, disebuah perkampungan jauh dari kota. Tapi tak sempat tangkap gambar. Walaupun jauh dari kota, penduduk kampung maju dalam pertanian tradisi, malah melakukan sistem perladangan integrasi ( penternakan ayam, penternakan ikan, penanaman sayur ) InsyaAllah akan letakkan beberapa gambar lagi gambar dari Riau mengenai tanaman.

keadaan kebun laman rumah, mid sep 12

Imej
Alhamdulillah hujan sejak beberapa hari ini membantu pertumbuhan sayur sayuran dan pokok. kangkung dan lobak putih yang mula merimbun  Cadangan supaya pokok cabai yang terbantut diganti dengan anak benih yang baru. Pokok sudah lama, tetapi tidak mahu membesar lagi. Perosak tanaman belalang kunyit, nanti jadi makanan ikan kaloi Ada beberapa perosak yang saya jumpa di halaman rumah iaitu belalang kunyit. Belalang kunyit sangat menggemari daun limau purut. Selain daripada belalang, ulat beluncas juga menggemari daun limau. Hama merah Pokok bunga telang pula diserang oleh hama merah. Habis daun pokok gugur. Saya sembur dengan Malathion. Tuaian sayur hijau tuaian sayur yang terbantut pertumbuhan Sayur hijau yang terbantut pertumbuhan sudah pun dituai. Antara sebab utama pertumbuhan terbantut ialah kerana semaian yang sangat rapat. Sayur ini dijadikan makanan ikan kaloi sahaja.

gambar sayur sayuran terbaru

Imej
kailan pada september 2012  Kailan nampak lebih sihat bila diletak bawah teduhan. Sebelum ini, kailan diletakkan diluar dibawah cahaya matahari terik, batang kailan menjadi merah. InsyaAllah boleh kut merasa sayur kailan dalam seminggu dua lagi.Alhamdulillah berjaya tanam kailan setelah berkali kali mencuba. Sebab utama cubaan awal tidak berjaya kerana biji benih tidak mahu bercambah. sawi yang disemai dahulu Sawi yang ditanam sebagai percubaan dari biji benih sumbangan jabatan pertanian. Cambahan sangat baik. Sekarang kerap di siram dan dibaja sebab ditanam rapat rapat.