Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2013

benih sayur dari siam

Alhamdulillah dapat mengunjungi sebuah kedai bunga di utara tanah air. Bagi yang mencari benih sayuran dari negara siam, bolehlah cuba mendapatkan daripada kedai bunga berhampiran pekan napoh. Beberapa jenis sayuran dijual seperti cili, kangkung, bendi dan kacang panjang. Harga jualan ialah RM 2.50 sepaket. Selain itu, terdapat pelbagai jenis pasu dan pokok bunga lain. Jika dari Changlun ke Alor Setar, kedai terletak sebelah kiri jalan sebelum sebuah satu kawasan taman kunjungan pelancong.

Berjaya mendebunga tembinkai susu

Alhamdulillah malam ini berjaya mendebunga tembikai susu, kebetulan terlihat bunga betina kembang mekar pada jam 10 malam. Pada masa yang sama terdapat satu kuntum bunga jantan yang juga sedang kembang mekar. Cepat cepat dipatahkan tangkai bunga jantan untuk disenyawakan dengan bunga betina. Moga moga usaha ini membuahkan sebiji buah tembikai susu sebagai satu eksperimen.

tembikai susu berbunga

Alhamdulillah, tembikai susu yang tumbuh dari kompos sudah berbunga. Pada mulanya, hanya bunga jantan yang keluar. Selepas beberapa minggu, bunga betina pula keluar. Namun, disebabkan tiada pasangan pokok lain, agak sudah untuk mendebunga bunga betina. Bunga betina yang terhasil menjadi layu. Sayang kerana tidak sempat untuk mendebunga. InsyaAllah akan jadi pelajaran untuk menanam tembikai susu lain kali.

raya korban 2013

Alhamdulillah raya korban disambut dengan sederhana tahun ini. Pengalaman menaiki bas sehari ke KL sebelum raya korban Pelbagai pengalaman tahun ini termasuk menunggu bas yang tidak kunjung tiba selama 5 jam. Seterusnya cerita pemandu bas yang sangat mengantuk. Alhamdulillah sempat melihat perlaksanaan ibadah korban disamping beberapa idea kebun semasa melihat kawasan perumahan. InsyaAllah akan dikongsikan nanti.

gerai pokok di lorong kulit

Imej
lorong kulit di Georgetown adalah antara tempat kunjungan ramai pada waktu hujung minggu untuk mendapat pelbagai peralatan terpakai. disamping itu terdapat juga kedai menjual pokok, buah buahan dan lain lain lagi. gerai pokok menjual pelbagai jenis pokok seperti pokok ros, herba rosemary dan lain lain lagi. Terdapat juga gerai yang menjual haiwan peliharaan seperti ikan, burung dan arnab. Antara lokasi wajib singgah jika ke Georgetown.

tuaian untuk masak sendiri di rumah.

Imej
Alhamdulilah, dapat menuai sedikit sayur yang masih berbaki untuk dijadikan lauk makan malam. Sawi Cina dijadikan sup sayur manakala daun limau purut dan daun kari digunakan untuk masak merah. Terung yang dituai disimpan terlebih dahulu. Hari berikutnya dapat merasa kailan dan omelette cendawan. Walaupun juadahnya ringkas dan mudah. Namun ada kepuasan tersendiri berbanding makan di kedai atau restoran. Bila berbincang dengan rakan dan jiran ramai yang menyatakan kepuasan masak sendiri. Memang tidak dapat dinafikan dengan masak sendiri kita lebih rasa puas hati terutama kebersihan proses penyediaan makanan. Gambar akan diletakkan kemudian.