Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2014

tanaman vertikal untuk kawasan perumahan

InsyaAllah akan mencuba kaedah tanaman vertikal untuk kebun perumahan.

Selain jimat ruang, banyak sayur yang dapat ditanaman nanti. Teknik pengairan automatik juga akan dicuba untuk mengurangkan masa menyiram dan memastikan tanaman sentiasa mendapat air terutama di musim kering yang akan tiba januari nanti.

Sebelum memulakan penanaman, benih benih sayur akan disemai dahulu. Jika boleh semaian benih disemai didalam bekas semaian.

cabaran menanam cili tahun 2015

InsyaAllah untuk tahun 2015 akan dijadikan tahun untuk menanam pelbagai vareiti cili.

Permasalahan dan perkembangan akan dikongsi. Setakat ini cita cita menanam pelbagai jenis cili masih belum berhasil. Ada benih yang tidak bercambah, ada yang diserang penyakit. Teknik penanaman organik akan digunakan. Tiada racun perosak berbahaya akan digunakan.

Mak dan tuk timah rasanya lebih berjaya dalam menanam cabai kampung. Pokok yang terhasil berbuah lebat dan tahan penyakit.

Benih benih baru sudah ditempah dan vareiti baru akan dibeli.

perkembangan kebun perumahan 24 November 2014

Imej
Alhamdulilah sedikit perkembangan kebun perumahan. Sekarang cuaca agak tidak menentu walaupun kebanyakan hari hujan, terdapat beberapa hari yang sangat panas terik dan tiada hujan. Kesannya, pokok terung dan ulam raja menjadi lalu. Daun pokok terung banyak yang gugur.

Diantara perkembangan lain minggu ini

1. Semaian cabai solok siam
Cubaan menyemai cabai solok siam, harap harap akan tumbuh



2. Timun panjang armenian
Timun panjang armenian dicuba dan semakin membesar. Harap harap dapat menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca tropika.

3. Zucchini
Zucchini nampaknya semakin membesar dan sudah hampir mengeluarkan bunga jantan. Bagaimanapun, ada pokok yang masih belum membesar dengan baik.

4. Petola bantal
Petola bantal sudah mengeluarkan bunga jantan dan betina. Harap harap bunga betina akan didebunga insyaAllah.

5. Terung mini belang siam
Anak Terung mini belang siam sebanyak 100 pokok sedia untuk ditanam, disedekah atau dijual

6. Tomato mini
Tomato mini sebanyak lebih kurang 100 pokok ju…

banjir di kampung

keadaaan banjir di kampung nampaknya tidak dapat dielakkan lagi. Air sudah memasuki bahagian belakang rumah.

Mak dan Ayah di kampung sudah mula mengemas barang barang di bahagian dapur. Harap dapat balik juga ke kampung dan eadaan banjir tidak akan lama kerana padi sudah ditanam dan sedang membesar.

Pokok pokok labu, petola bantal, terung dan lain lain kemungkinan tidak dapat diselamatkan. InsyaAllah bila banjir surut nanti, akan memulakan penanaman yang baru.

balik kampung dan kemas kebun perumahan akhir November 2014

Alhamdulillah dapat balik kampung minggu lepas. Cuaca hujan lebat sebelah petang sehingga berlaku banjir kilat di beberapa tempat.

Kebun di kampung sekarang lebih kemas kerana ayah sudah mencabut rumput rumput yang tumbuh.
Pokok labu nampak lebih subur. Pokok terung yang kurang productif akan cuba dibaja. Jika masih tidak produktif, kemungkinan akan diganti dengan benih yang baru.

Petola bantal di kampung juga masih belum dituai, saiz buah ternyata lebih besar dan panjang berbanding buah di kebun perumahan.

InsyaAllah akan membina batas sayur untuk tujuan penanaman sayuran jenis daun.

Buah markisa pula tidak begitu produktif. InsyaAllah akan cuba diberi baja supaya lebih banyak bunga dan buah terhasil.


tuaian petola bantal, 19 November 2014

Alhamdulillah dapat menuai beberapa petola bantal di belakang rumah. Pucuk petola bantal sudah mula meniti wayar telefon ke rumah jiran lagi. Jika dibiarkan, kemungkinan buah akan membesar dan wayar telefon menjadi berat dan penyambung boleh putus.

Buah buah dituai menggunakan galah yang dipasang dengan pisau pada bahagian hujung galah. Buah buah yang dituai jatuh keatas jalan dan pecah. Ini tidak menjadi masalah kerana buah akan digunakan untuk kegunaa sendiri. InsyaAllah akan cari cara lebih baik untuk menuai petola petola bantal.

Buat masa ini, tuaian kali ini masih belum sempat untuk dijadikan hidangan dan disimpan didalam peti sejuk.

Petola bantal dihadapan rumah juga sudah sedia untuk berbunga. Pokok dihadapan rumah sedang mencari ruang ruang tinggi untuk melepaskan pucuk dan bunga. Jadi pucuk pucuk baru, dihalakan ke satu tiang lampu. Apabila pokok petola bantal merasa ketinggian yang dicapai sudah sesuai. InsyaAllah bunga dan buah akan terhasil.

balik kampung 17 November 2014

Alhamdulillah dapat balik kampung minggu ini dalam jadual yang padat. Kali ini balik ke rumah tuk timah dahulu sebelum ziarah rumah mak.

Antara aktiviti kali ini:

Cabai kampung dan daun laksa
Cabai kampung tuk timah dituai kali ini. Hampir segenggam cabai kampung dibawa balik ke Pulau Pinang. Cabai kampung ini kurang pedas, jadi sesuai untuk dijadikan cabai kicap untuk dimakan bersama nasi dan sup.

InsyaAllah akan bawa balik bersama beberapa minggu depan anak benih pandan yang baru kerana benih yang dibawa balik sebelum ini tidak berjaya hidup

Tambun tanah
Ayah dikampung pula sibuk menambun tanah di reban ayam yang lama. InsyaAllah akan bantu ayah lagi untuk kerja menambun tanah. Mungkin kali ini, burung puyuh pula boleh dibela sebagai alternatif.

balik kampung 8 November 2014, petola, labu dan banjir

Alhamdulillah dapat balik kampung minggu lepas.

Dalam perjalanan menyelesaikan tugasan, dapat merasa air nira nipah berhampiran pekan Napoh. Sepanjang perjalanan dari Changlon ke Alor Setar mendung dan hujan renyai renyai turun di Alor Setar dan banyak kawasan berhampiran tebing sungai dan parit ditenggelami air.

Kawasan kebun belakang rumah tidak mempunyai saliran air yang balik. Jadi air banyak yang bertakung. Kesannya, benih benih labu yang berpotensi untuk membesar habis mati. Mungkin penanaman seterusnya, musim kering atau teknik penanaman atas batas dapat diusahakan.

Tuaian pertama markisa
Alhamdulillah buah markisa sudah boleh dituai. Tupai sudahpun makan dua biji buah markisa. Jadi buah buah yang sudah hampir masak di tuai.

Tanam pokok rambutan
Ayah ajak tanam pokok rambutan berhampiran rumah tuk. Tapak tanaman yang dipilih ialah bekas bangsal lembu ayah. Selepas selawat dan menanam, ayah bagi sedikit tazkirah berkaitan menanam pokok sebagaimana pesanan Nabi Muhammad.

Petola ban…

perkembangan kebun perumahan 10 November 2014

Imej
Alhamdulillah, dapat menguruskan sedikit kebun perumahan

Cambahan terung
Cambahan terung nampaknya sudah mula membesar. Ada hampir 100 anak pokok terung jenis bulat.




Terung telunjuk
Alhamdulillah terung telunjuk kini sangat produktif dan mengeluarkan hasil yang memberansangkan selepas dibaja dengan baja kompos yang dibuat sendiri. Permukaan tanah di letakkan rumput kering yang dicabut ditepi tepi kebun perumahan.



Zucchini
Benih zucchini sudah dipindahkan ke beberapa tapak. Ada yang membesar dengan baik dan ada yang masih belum membesar. Pencahayaan penting bagi zucchini dan sayuran daun. Seboleh bolehnya pokok ini mendapat cahaya matahari langsung atau sedikit redup.



InsyaAllah akan menyemai benih sayuran kailan dan petola segi pula dalam beberapa hari lagi. Bekas semaian baru perlu dibeli kerana bekas yang ada sudah rosak.

idea memindahkan anak pokok tomato ceri

Imej
InsyaAllah anak pokok tomato ceri yang banyak akan dipindahkan ke bekas yang lebih besar supaya dapat meneruskan tumbesaran dan berbuah.


Akan cuba menggunakan sebanyak mungkin bekas bekas terpakai sebagai medium tumbesaran. Di pasaran sebenyarnya terdapat kit tumbesaran pokok tomato. Hanya perlu tebuk lubang pada paket tumbesaran dan pindahkan anak benih.

Daripada pembacaan, benih tomato perlu di pangkas sulur sulur tepi untuk memastikan pokok galak berbungan dan buah masak.

air basuhan beras sebagai baja

Salah cara untuk membaja tanaman dialah dengan menggunakan air basuhan beras. Semasa membilas beras untuk memasak nasi, satu bekas asing digunakan untuk mengumpul air basuhan beras. Kalau di kampung, mak selalu siram kepada pokok cabai yang sangat produktif.

InsyaAllah boleh membantu menyuburkan lagi tanaman dengan menggunakan air basuhan beras.

balik kampung 1 November 2014, petola bantal, labu & markisa

Alhamdulillah dapat balik kampung minggu lepas,

keadaan dikampung sekarang ini sedang musim hujan dan petani pula sibuk menjaga pokok pokok padi yang baru berusia beberapa minggu. InsyaAllah jika tidak ada apa apa halangan, akan menolong ayah menabur baja di bendang.

Nostalgia lama lama mak dan ayah

Hujung minggu lepas kenduri di Alor Goncar, dalam perjalanan balik ayah dan mak menceritakan bagaimana keadaan kampung pada zaman 1959. Belum ada jalan tar kampung kecuali denai denai didalam hutan yang dilapik dengan batang nyior dan kayu. Semasa ayah masik kecil, tok wan akan mendokong ayah di belakang apabila hendak ke masjid. Mak pula baru sahaja berpindah ke kampung. Hutan kelam dibelakang rumah dan masih banyakkera di kawasan kampung.

Petola bantal
Petola bantal sudah berbuah, ada yang jadi buruk sebelum membesar. Harap harap akan terus subur dikala musim banjir ini.

Labu
Pokok pokok labu sudah ditanam di belakang rumah. Namun, air yang banyak di belakang rumah kemungkinan sudah men…

perkembangan kebun perumahan 2 November 2014, tomato ceri dan kailan

Alhamdulillah percubaan kali kedua menyemai tomato ceri berjaya. Kali ini, benih yang dibeli beberapa bulan dahulu digunakan.

Masalah sekarang ialah bagai mana hendak memindahkan benih yang begitu banyak bercambah.

Selain itu, insyaAllah akan menyemai benih kailan yang baru dibeli. Sudah hampir empat percubaan menanam kailan dilakukan, namun belum berjaya.