Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kobis bulat

perkembangan kebun perumahan 23 April 2016

Alhamdulillah, sedikit masa hujung minggu dapat diluangkan untuk mengemas kawasan kebun perumahan. Disamping itu, aktiviti santai seperti memancing dapat juga dilaksanakan sebelum balik ke kampung. Bersih halaman rumah Halaman rumah yang semak samun dibersihkan. Pokok petola bantal yang menjalar ke pokok pokok yang lain dipangkas supaya nampak kemas. Anak benih bayam sudah mula bercambah sendiri selepas hujan beberapa hari  yang lalu. Ranting mulberi dipangkas dan disemai kembali. Rizom cekur dikumpulkan didalam satu bekas supaya dapat disemai lagi Anak benih kobis bulat Anak benih kobis bulat dipindahkan ke dalam pasu pasu panjang. Agak terlewat pemindahan beih kobis. Harap harap masih ada benih yang akan dapat membesar. Memancing Alhamdulillah dapat juga memancing sekejap ketika awal pagi. Seekor ikan haruan berjaya dipancing sebelum matahari semakin panas. Sungai sudah tidak sebersih dahulu lagi kerana dipenuhi sampah sarap seperti plastik yang dibuang kedalam sungai.

perkembangan kebun perumahan 17 April 2016, semaian kobis bulat bercambah

Alhamdulillah, semaian kobis bulat yang dimulakan minggu lepas sudah bercambah. Semaian perlu diubah ke bekas tanaman yang sesuai. Kangkung dan bayam didalam bekas polisterin Kangkung dan bayam didalam bekas polisterin tidak menjadi. Kangkung yang terhasil sangat kecil dan mula diserang hama merah. Manakala bayam pula terlalu padat. InsyaAllah akan memulakan tanaman baru di kawasan yang ada lebih banyak cahaya. Musim hujan Hujan sudah mula turun di kawasan Pulau Pinang. Jadi aktiviti penanaman lebih mudah kerana kurang perlu menyiram tanaman. InsyaAllah akan gembur dan bajakan kembali tanah didalam pasu pasu yang tersimpan dikawasan rumah. Gambar akan diletakkan kemudian.