perkembangan kebun perumahan 2 Mei 2016
Alhamdulillah dapat menguruskan kebun perumahan sedikit dengan waktu yang ada Semaian Semaian biji benih terbaru dibuat diantaranya 1. Cabai solok panjang 2. Cabai solok bulat 3. Salad merah 4. Ketumbar jawa 5. Holy Basil dan Purple Basil 6. Lobak putih InsyaAllah akan menyemai beberapa pokok kacang buncis. Benih akan dibiarkan menjalar ke pokok petola bantal nanti. Buah tin Buah tin vareiti green jordan masih belum lagi masak, hairan juga sudah berbulan bulan masih lagi keras. Bayam Bayam tumbuh dengan sendiri. Percubaan untuk membaja menggunakan baja organik rupanya tidak boleh dilakukan ketika bayam masih kecil. Anak pokok bayam yang masih kecil akan mengalami kelecuran dan mati. Menjala udang, mencari kepah dan memancing Alhamdulillah sempat juga menyertai aktiviti menjala udang di batu kawan. Keadaan air mati sangat sesuai untuk menjala udang. Udang berkumpul dikawasan yang berbatu dan tepian pantai. Dapatlah sedikit untuk dijadikan sebagai lauk makan tengah hari. Disamping itu, a...