balik kampung raya 2016
Alhamdulillah hampir seminggu lebih di kampung. Beberapa kerja kerja kebun telah berjaya dilaksanakan. Kulat sisir Hujan pada hari pertama hari raya Aidilfitri dan mendung pada hari kedua menyebabkan banyak kulat sisir yang tumbuh. Kebetulan, pokok mempelam yang tumbang sebulan yang lepas sudah dipotong dan menjadi medium yang sesuai untuk pertumbuhan kulat sisir. InsyaAllah akan cuba menuai lagi kulat sisir bila balik ke kampung. Kulat sisir yang dituai dibilas dengan air, dibersihkan sebelum dikeringkan seharian. Kemudian pada hari seterusnya, dapatlah merasa masak lemak kulat sisir. Terung telunjuk Terung telunjuk terus memberi hasil yang baik. InsyaAllaha akan cuba dibaja semula supaya pertumbuhan pokok lebih baik. Bersih kampung Alhamdulillah kebun kampung dibelakang rumah sudah berjaya dibersihkan kira kira 80 peratus. Tinggal sedikit sahaja lagi semak yang perlu dibersihkan. Kebun nampak lebih bersih dan cerah berbanding sebelum dibersihkan. Kerja pembersihan meme...