Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

tuaian kangkung pertama, 27 Jun 2012

Imej
Pertama kali tanam kangkung dalam bekas di luar rumah. Sebelum ini semaian tidak berjaya, mungkin sebab tidak sesuai ditanam kangkung dikawasan yang terlindung. Kangkung dapaat dituai dalam tempoh lebih kurang satu bulan. kangkung yang dituai kangkung sebelum dituai

buah ceri tanjung tokong

Imej
Buah ceri ini dapat semasa makan laksa di tanjung tokong. Kebetulan gerai laksa bawah pokok ceri. Jarang makan buah ceri sebab kurang suka.Tapi burung burung cukup suka buah ini.

benih tanaman percuma

Imej
baru baru ini semasa program Cleaner Greener and Safer peringkat JKKK Mayang Pasir. Jabatan Pertanian membuka gerai pameran. Orang ramai boleh mendapat benih tanaman percuma dengan hanya mengisi nama dan number telefon pada borang yang disediakan. Setiap pek benih percuma mengandungi benih kailan, sawi hijau, bayam, kangkung dan bendi. Jadi, jangan lepaskan peluang mengunjungi program Cleaner Greener and Safer di seluruh Pulau Pinang.

balik kampung awal jun 2012

Imej
minggu lepas sempat balik kampung untuk cuti yang panjang, Mohd Zahin seronok tengok mohd zahin semakin membesar, sudah dekat tiga bulan, berat dekat 7.5 kilo. Mohd Zahin dengan sepupu sepupu yang lain Tolong ayah tabur baja Ayah pula sedang nak tabur baja, jadi kami ramai ramai tolong ayah tabur baja di bendang. Ada beberapa proses hendak tabur baja, pertama petang sebelum hari menabur baja, kebiasaannya kita akan angkut baja dahulu ke petak sawah. Kali ini lebih 18 kampit baja sebatian campuran di gunakan. Baja ditutup dengan plastik untuk mengelakkan terkena hujan. Pada hari berikutnya, mesin menabur baja dibawa ke bendang. Proses menabur baja dimulakan, biasanya bermula dari tepi, kemudian baru ke tengah sawah. Baja baja akan ditambah apabila tong habis. Proses menabur baja akan dilakukan sekali lagi sebelum padi mula bunting. bg tam menabur baja berat mesin dan baja lebih kurang 30 kilo, memang memenatkan bg tam turun dalam bendang untu

percubaan menanam buah markisa

Imej
Buah markisa masak ranum Beberapa minggu lepas sempat membeli buat markisa, insyaAllah akan memulakan projek menanam buah markisa. Terdapat juga biji benih markisa yang dibeli. InsyaAllah akan cuba tanam juga.