Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2014

Perkembangan kebun perumahan 28 Feb 2014

Imej
Alhamdulillah kebun perumahan masih lagi mengeluarkan hasil dalam cuaca panas sekarang ini. Air perlu dijaga supaya mencukupi. Antara perkembangan dan perancangan Timun perlu diubah Anak pokok timun sudah perlu diubah. Ada cambahan baru yang bercambah. InsyaAllah akan dibawa balik ke kampung dalam minggu depan. Semaian kohlrabi, kobis Semainan kolhrabi, kailan dan kobis sudah boleh dimulakan. InsyaAllah akan membeli kompos semaian dan bekas semaian. Tuaian timun white wonder Timun whitewonder sudah mencapai saiz yang sesuai. InsyaAllah akan dituai semoga semakin berbunga. Sungkupan timun dengan kulit kacang tanah Kulit kacang tanah dijadikan bahan sungkupan bagi pasu timun. Pokok timun kecil tetapi daun sangat hijau. Tuai benih bayam Bayam sudah tua dan menghasilkan biji benih. Benih akan dikumpulkan untuk penanaman seterusnya. Pasu akan direhatkan dahulu dan dibaja semula.

kekabuh menyerang tanaman timun

Pokok timun nampaknya telah diserang oleh kekabuh timun. Seranggan ini merosakkan daun dan juga memakan bahagian bunga. Serangga ini boleh dikutip dengan mudah dengan tangan untuk dimusnahkan. Waktu malam boleh dijadikan waktu untuk mencari dan memusnahkan perosak ini kerana kurang terbang berbanding sewaktu siang. Serangga ini berengkerang tapi tidak keras. Mudah dimusnahkan dengan tangan. Alhamdulillah beberapa semaian timun baru semakin membesar. Beberapa polibeg lagi perlu disediakan. Setakan ini benih paling cepat bercambah ialah timun susu. Pada masa ini juga. masih lagi menunggu semaian labu air bercambah.

kursus kebun 22 Feb 2014

Alhamdulillah sempat menghadiri kursus berkebun pada 22 Februari yang lalu bersama isteri di Ipoh. Pelbagai tip berkebun dikawasan rumah yang dikongsikan oleh penceramah Qadijah Natural Farm. Kesemuanya sangat praktikal bagi kegunaan kebun di kawasan rumah. InsyaAllah akan cuba diamalkan untuk mendapatkan hasil yang baik dengan kos yang murah dan tanpa menggunakan racun perosak kimia. Bagi mereka ingin mencuba kursus ini, boleh ikuti jadual di http://www.organikmalaysia.com/. Harga kursus yang ditawarkan sangat berpatutan dan banyak lagi diskaun yang diberi.

balik kampung 23 Feb 2014

Alhamdulillah sempat singgah ke kampung selama dua jam. Mak masak bihun sup untuk tengah hari. Cuaca sekarang masih lagi panas. Malah, rasanya lebih panas daripada minggu minggu sebelumnya. Padi di bendang sudah dituai dan kebanyakan bendang bendang juga kering. Tinjau tinjau di kawasan rumah, pokok terung dari baling benih Tok Yam masih lagi mengeluarkan hasil. Pokok ini juga berjaya menghadapi serangan serangga dengan jayanya. InsyaAllah akan cambahkan lagi pokok terung ini kerana mutu buah dan daya tahan penyakit. Ibu ayam juga sudah beberapa ekor yang turunkan anak dari reban. Ada lebih kurang dua belas ekor anak ayam sekarang ini yang berusia kurang dari sebulan. Pokok pokok getah pula disekitar changlun sudah mengeluarkan pucuk baru. Mungkin pokok pokok ini sudah dapat merasakan musim hujan akan datang tidak lama lagi. Sebagai buah tangan, mak bekalkan pisang dan juga mempelam telur dari pokok tepi rumah tuk. InsyaAllah akan balik lebih lama minggu hadapan.

timun white wonder berbuah dan laporan semaian

Alhamdulillah timun white wonder sudah berbuah di kawasan yang tidak disangka sangka. Timun tidak dibuat sebarang para, cuma dibiarkan menjalar dan menjajah kawasan tanaman lain. Ada sulur yang rosak dilenyek tayar kereta. Timun yang terhasil dekat dengan permukaan tanah dan tersorok diantara rimbunan daun timun. Saiz buah kecil sahaja, mungkin akan dijadikan stok benih. Bunga timun betina yang cuba didebungakan secara manual pula tidak menjadi. Begitu juga bunga bunga timun lain yang jelas kelihatan ditepi tepi pasu. Laporan semaian Labu air sudah disemai Timun batu baru disemai semalam Timun baka tempatan OP sudah seminggu disemai dan tiada tanda tanda bercambah. Benih chayote pula layu diserang serannga pada bahagian akar rasanya Tanah som jawa terlalu basah kerana bahagian bawah saliran tidak dibuka. Gambar akan diletak kemudian.

sehari satu semaian

benih benih sayur masih banyak yang belum disemai. banyak lagi yang baru sampai dan belum dicuba. InsyaAllah bulan depan ada lagi benih baru yang akan dibeli. kawasan rumah taman yang terhad tidak memungkinkan semua benih ditanam. Kebun di kampung akan menjadi tempat semaian kekal. Pokok terung lebih sesuai untuk ditanam diatas tanah berbanding didalam pasu atau polibeg. Pokok tidak akan berkembang lebih daripada saiz polibeg. Seboleh bolehnya pasu yang besar supaya pokok boleh membesar dengan baik. InsyaAllah setiap hari akan cuba buat semaian baru. Waktu malam akan direndam benih benih dan pada waktu pagi benih akan disemai sebelum pergi kerja.

pecah beling dan bebuas

Imej
Alhamdulillah pokok pecah beling dan bebuas semakin sihat dan membesar. Pokok pecah beling senang tumbuh dari keratan. Keratan boleh direndam dahulu didalam air sehingga keluar akar atau dicucuk terus. Daun pecah beling boleh dijadikan ubat dan juga boleh diberi sebagai makanan tambahan ayam. bebuas Pokok bebuas pula sudah mula merimbun. Pucuk pucuk baru yang keluar boleh dijadikan ulam. InsyaAllah akan cuba dapatkan lagi anak pokok bebuas. Pokok bebuas mudah tumbuh di kawasan belukar.

aktiviti hujung minggu tengah februari 2014

Alhamdulillah pertengahan februari 2014 berjaya melaksanakan beberapa aktiviti kebun meletak daun semambu pada pokok cili pear Cili pear diserang oleh whitefly, usaha meletakkan daun semambu sekeliling pokok untuk menghalau white fly. Harap harap berhasil insyaAllah. mengubah semaian timun jepun semaian timun jepun sudah dipindah kedalam bekas polibeg yang sebelum ini ditanam dengan kacang panjang. ikan keli goreng bela sendiri dapat merasa ikan keli goreng yang dibela dari saiz satu inci. ikan keli diberi makan dedak sahaja. dibela dalam bekas timba. Alhamdulillah tidak berbau hanyir. Untuk menyiang ikan keli dengan mudah, taburkan garam pada ikan. beli stok tanah tanah top soil sudah dibeli, benih benih terung telunjuk akan diubah dalam masa terdekat. Apabila musim hujan tiba, pokok akan dialih ke kebun di kampung.

perkembangan som jawa dan thai basil

Imej
Alhamdulillah som jawa yang disemai dari biji benih semakin membesar. Anak benih disemai agak rapat rapat. InsyaAllah akan diubah kedalam beberapa pasu. Thai basil pula yang disemai dari keratan batang yang diambil dari lebihan makan ulaman di kedai nasi campur. Keratan direndam didalam bekas air sehingga keluar akar. Kemudian baru dipindah kedalam pasu bertanah. Putik bunga yang keluar akan diketip supaya lebih banyak pucuk baru yang keluar. InsyaAllah akan dapat merasa ulam thai basil selepas ini. Percubaan semaian thai basil dari biji benih belum pernah berjaya. Ada satu varieti baru akan dicuba. Semoga masih bernas.

perkembangan labu siam dan tuaian pak choi untuk makan malam

Imej
Alhamdulillah labu siam sedang berkembang dengan baik. InsyaAllah pokok akan dibawa balik ke kampung untuk dijadikan sebagai tanaman pada bahagian kolam ikan. Pak choi pula sudah boleh dituai. Dapat menuai sedikit selepas solat maghrib untuk dijadikan sebagai makan malam. Semaian timun tempatan Timun varieti tempat sudah direndam. InsyaAllah apabila bercambah nanti akan dibawa balik ke kampung. Mengubah anak terung telunjuk InsyaAllah akan cuba mengubah anak pokok terung telunjuk kedalam polibeg. Apabila sudah besar akan dipindahkan ke kawasan kampung. 

burung burung yang singgah kebun taman perumahan

terdapat dua jenis burung yang singgah kebun taman perumahan. salah satunya ialah "tailor bird", sejenis burung kecil yang membuat sarang dengan menjahit daun menjadi sarang. satu lagi ialah burung kelicap "spider hunter", burung ini memang benar benar memburu labah labah. Pernah melihat burung ini berlegar legar dihalaman sebelum menyambar labah labah dari sarangnya. Susah untuk mengambil gambar burung burung ini kerana burung ini pemalu dan akan cepat cepat beredar bila terlihat kelibat orang.

timun tak lekat buah

Imej
setakat ini timun masih belum lekat buah. banyak juga serangga yang datang menghinggap bunga bunga timun pada waktu tengah hari. pada masa ini banyak bunga betina yang keluar. Cubaan menggunakan putik kapas untuk mengambil debungai jantan untuk disenyawa kedalam bunga betina seperti tidak berjaya. InsyaAllah harap ada yang akan lekat buah. Buat masa ini, satu anak benih timun jepun pula sudah bercambah. InsyaAllah akan cuba siapakan polibeg yang sesuai untuk tumbesaran timun jepun pula.

aktiviti hujung minggu awal februari 2014

Imej
Alhamdulillah sepanjang minggu ini pelbagai aktiviti menarik dilakukan dengan kesempatan masa yang ada antaranya memancing Alhamdulillah dapat memancing udang sebentar pada waktu pagi. Hanya ikan belukor sahaja yang sudi memakan umpan. Walau bagaimanapun kalau sudah rezeki, ada uncle yang mengberi seekor udang galah yang dipancingnya. menuai hasil beberapa hasil tanaman dituai, seperti daun kailan dan juga daun tat soi. Daun kailan pada batang yang berbunga sedikit pahit tetapi masih boleh dimakan. Daun tat soi sudah diserang afid. Jadi daun dituai untuk dimasak. menjenguk kebun kawasan perumahan kebun kawasan perumahan banyak kerja yang perlu dilakukan. Bayam yang sudah tua akan ditentukan nasib secepat mungkin. Biji benih sudah mula terhasil dari bayam yang ditanam.

keadaan kampung musim angin timur

Imej
Waktu sekarang adalah musim angin timur. Cuaca sangat kering tanpa hujan. Langit menjadi cerah pada waktu malam. Bintang bintang kelihatan dengan jelas pada waktu malam. langit yang cerah pada waktu malam pokok mempelam pauh depan rumah tuk pada waktu malam Pada musim ini juga, pokok mempelam sekitar rumah mula berbunga. InsyaAllah akan dapat merasa pelbagai vareiti buah mempelam beberapa bulan lagi. Ada yang boleh dimakan mentah, ada yang boleh dibuat jeruk, ada yang sedap dimakan apabila masak. Dulu dulu kak chik yang rajin tumbuh garam belacan untuk dimakan dengan buah mempelam jenis epal. Memamg tak boleh berhenti makan walaupun pedas apabila sudah mula makan mempelam cicah garam belacan. Keadaan awal pagi minggu lepas semasa raya cina sangat sejuk. Boleh jadi cuaca mencecah sekitar 20 darjah celcius sahaja. Sejuknya sampai terasa ke tulang. Sawah padi sekarang kebanyakannya dalam proses untuk dituai. Sawah bendang berwarna kuning keemasan. Cantik bila diliha

aktiviti di kampung raya cina 2014

Imej
Alhamdulillah banyak aktiviti dikampung yang berjaya dibuat antaranya Hari keluarga  di Asun Hari keluarga berjaya mengumpulkan sanak saudara dari serata semenanjung ke Kampung Lembah, Asun. Pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti makan makan, memancing dan mengeratkan silaturrahim dikalangan keluarga besar ini. Semoga ikatan silaturahim semakin berkembang. Balik rumah tuk timah Dapat singgah dirumah tuk timah. Alhamdulillah semua sihat.  Disamping itu sempat juga memancing ikan di kawasan ampang jajar. Sempat juga melihat semaian daun kesum kecil dan juga bunga kantan yang kembang. kesum daun kecil, mudah hidup ditepi kawasan lembap BBQ Aktiviti BBQ makan malam bersama ahli keluarga. InsyaAllah akan diteruskan lagi pada masa cuti raya puasa pula Angkat reban ayam Reban ayam berjaya diubah ke belakang sedikit. Tenaga kerja pelbagai lapisan cucu, menantu dan anak anak berjaya mengalihkan reban ayam. InsyaAllah boleh memulakan projek penternakan ayam yang baru

aktiviti kebun sempena hari raya cina

Imej
Tuai petola bantal Alhamdulillah sempat menuai petola bantal untuk dibawa balik ke kampung sempena cuti hari raya cina. Sayur petola ini dijadikan masak air bersama udang seperti resepi petola segi yang biasa. Rasanya hampir sama cuma rasa petola segi lebih digemari. Pindah pokok timun Disamping itu sempat pokok timun yang ditanam didalam bekas polibeg diubah ke tempat yang lebih lapang. Harap harap ada serangga yang akan mendebebungakan bunga betina timun. Pokok juga didapati masih mampu bertahan tanpa siraman selama hampir dua hari. Namun, sebagai persediaan, pokok harus disiram beberapa kali untuk memastikan polibeg benar benar basah. Pasu tambahan juga boleh ditambah pada bahagian polibeg untuk membolehkan lebih banyak air diserap pokok. Semai labu siam Labu siam atau chayote boleh disemai dengan membelah buahnya dan mengambil biji benih didalam. Harus berhati hati untuk memastikan biji benih tidak tercedera. Biji benih boleh disemai terus ke tanah atau direndam