Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel jan 2015

kemas kebun perumahan, 25 Jan 2015

Imej
Alhamdulillah, hujung minggu lepas dapat juga melakukan sedikit projek mengemas kebun perumahan. Walaupun masih banyak perkara yang perlu dilakukan, namun sedikit sebanyak kebun perumahan ada perubahan. 1. Pokok tin Pokok tin masih belum berbuah, sebaliknya banyak pucuk baru yang keluar. Akan cuba letakkan baja dan nutrient untuk menggalakkan pokok tin berbuah. 2. Daun belalai gajah Daun belalai gajah di pangkas supaya nampak lebih kemas. InsyaAllah akan menyemai keratan yang dipangkas. 3. Tomato ceri Beberapa anak benih tomato ceri dipindahkan ke bekas pasu panjang yang kosong dihadapan rumah. Ini juga bertujuan mengelakkan kucing menjadikan bekas pasu kosong sebagai tandas. Kotak polisterin kosong diisi dengan tanah dan diisi dengan beberapa anak benih tomato ceri. 4. Terung Anak benih terung dipindahkan ke dalam bekas pasu yang kosong. 5. Ulam raja anak benih ulam raja yang tercabut semasa mencabut rumput rampai di pindahkan ke bekas pasu pangjang yang masih ko...

perkembangan kebun perumahan, 23 Jan 15

Imej
Alhamdulillah sedikit perkembangan kebun perumahan 1. Tomato ceri Alhamdulillah tomato ceri mula lekat buah. Namun, terdapat serangga pula yang menyerang bahagian akar pokok. Akan cuba kawal dengan cara manual dan pindah pokok tomato ceri ke pasu yang lebih besar. 2. Petola bantal Tuaian petola bantal ke 4 di laman depan rumah. Tuaian dibuat ditengah malam selepas balik dari kerja. 3. Terung Kemungkinan tuaian kali ini adalah tuaian terakhir. Pokok terung sudah nampak kurang sihat. Buah yang tinggal akan dibiarkan masak dan dijadikan stok benih. Akan cuba tambah tanam pokok terung yang baru