Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2017

pisang goreng tiga jenis, 29 Disember 2017

Imej
Alhamdulillah pisang pisang dari vareiti pisang awak nipah, pisang awak dan pisang nangka yang dibawa balik dari kampung sudah sedia untuk digoreng. Selepas empat hari didalam beg plastik. Kulit pisang bertukar dari warna hijau kepada warna kuning kecuali bagi pisang nangka. Pisang nangka yang dibawa balik sudah agak ranum dan ada yang bertukar menjadi warna hitam. Namun, isinya masih lagi sesuai untuk dibuat pisang goreng.



Tepung yang digunakan ialah tepung goreng cap tangan. Tepung goreng ini sangat popular dikawasan utara. Harganya yang murah dan di pek mengikut beberapa saiz. Jadi, boleh pilih pek yang hendak dibeli mengikut kesesuaian pengguna. Bahan utama didalam tepung cap tangan ialah tepung gandum. Saya tidak gemar menggunakan tepung goreng jenama lain yang popular dipasaran dari jenama terkenal kerana banyak menyerap minyak goreng.

Bancuhan tepung tidaklah terlalu cair dan terlalu likat. Sedikit garam ditambah bagi membangkit rasa. Gunakan air paip atau air sejuk untuk membu…

cuci kebun cuti krismas 25 Disember 2017

Alhamdulillah cuti hari krismas pada 25 Disember tahun ini digunakan untuk melakukan kerja kerja di kebun. Nampaknya rumput dan semak samun sudah meninggi. InsyaAllah akan melakukan kerja kerja menebas rumput tidak lama lagi.

Buat masa ini, kerja yang dapat dilakukan ialah menebang pokok pisang yang sudah masak. Alhamdulillah kali ini, dapat menuai pisang awak nipah. Tuaian ini boleh dikira sebagai bonus kerana pokok pisang ini agak terlindung dari pandangan. Kehadiran buah langsung tidak disedari. Rupa rupanya bila sudah hampir masak baru perasan ada pisang awak yang hampir masak.

Pisang awak nipah yang ditanam dikawasan tanah bendang tidaklah sesubur pisang awak nipah yang ditanam dikawasan berbukit. Buahnya tidak begitu manis. Rasanya sedikit tawar apabila dibuat pisang goreng.

Disamping pisang awak nipah, pisang awak dan pisang nangka turut dapat dituai dari kebun kampung kali ini.

Pokok pokok yang berpenyakit ditebang dan dikumpulkan. Harap harap penyakit pokok pisang tidak akan me…

tuaian pisang awak dan nostalgia pisang kelat raja

Alhamdulillah dapat menuai pisang awak bila balik melawat kampung pada awal disember dahulu.

Ada jiran kampung yang menjadi pemborong pisang. Jiran kampung yang prihatin juga ada memberitahu terdapat orang yang masuk mengambil pisang dengan berpura pura hendak membeli pisang. Pada pandangan ayah, biarlah orang mengambil buah pisang, niatkan sebagai sedekah. Saya setuju juga supaya kita tidak terlalu berasa terkilan jika bertandang ke kebun dan melihat pisang sudah ditebang orang lain.

Menjadi rezeki saya kali ini masih terdapat pisang yang sudah sedia untuk dituai. Jadi, selepas selesai kerja menebas kebun pisang, pisang yang hampir masak di tebang dan dihantar ke tempat pemborong pisang. Berat dua tandan pisang awak mencecah 20 kilogram. Dengan harga seringgit bagi satu kilogram. Sebanyak RM22 ringgit dibawa pulang. Terasa sayang juga hendak menjual pisang kerana buah pisang yang sangat cantik pada pandangan saya. Jika dibuat goreng sendiri di rumah pun sedap.

Namun, masih terdapat be…

kebun kampung dan banjir

nampaknya kebun di kampung menghadapi masalah banjir yang semakin kerap setiap tahun. Kemungkinan besar masalah akan berlarutan selagi projek tebatan banjir di kawasan alor setar tidak siap. Kelewatan kontraktor menyiapkan projek tebatan banjir menyebabkan banyak kawasan yang dilanda banjir berulang kali. Banjir sudah berlaku setiap bulan bermula bulan september yang lepas.

Bagi tanaman pula, pokok pisang tidak dapat bertahan dikawasan yang selalu digenangi air. Tanah yang basah menyebabkan bakteria penyakit mudah merebak. Pokok pokok pisang berhampiran dengan parit habis terbantut dan berpenyakit. Jika sebelum ini, pokok begitu sihat, banjir yang berulang kali menyebabkan pokok mati.

Nampaknya buat masa ini, perlu beralih kepada tanaman lain yang sesuai dengan tanah digenangi air seperti pandan dan keladi.