Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2017

perkembangan kebun perumahan 25 Jan 2017

Imej
Alhamdulillah beberapa projek kebun perumahan sedang berjalan

Akuaponic
InsyaAllah akan membeli satu akuarium untuk menyimpan ikan di kebun perumahan.




Kangkung
Benih kangkung yang bercambah tidak begitu membesar dengan baik. Kemungkinan kurang nutrien didalam tanah. Tanah didalam bekas polisterin didapati cepat kering. InsyaAllah akan cuba tambah lapisan tanah baru dan tambah baja yang bersesuaian.

Ketumbar jawa
Benih ketumbar jawa yang dibeli dari pasar akan cuba disemai. Sekurang kurangnya akan ada bekalan herba segar dari kebun perumahan.

Cambahan benih lama
Alhamdulillah benih sawi hongkong yang sudah hampir 3 tahun masih lagi bercambah. Benih disemai begitu sahaja didalam bekas polisterin cabai. Pada hujung minggu lepas, hujan lebat turun dikawasan perumahan. Didapati benih benih mulai bercambah. Harap harap benih akan berjaya membesar.

Dahan pokok belinjau
Kebetulan terlibat dengan aktiviti gotong royong. Terdapat pokok belinjau yang sangat besar telah tumbang ke tanah. Satu dahan k…

balik kampung 14 Januari 2017

Alhamdulillah dapat balik kampung pada 14 Januari 2017. Cuaca tidak mementu kebelakangan ini. Seminggu sebelum balik ke kampung, hujan lebat terjadi dan banjir melanda kawasan kampung. Pada minggu ini pula, cuaca kering dan hampir seminggu tidak hujan.

Padi
Padi sudah mula dituai dikawasan sekitar gunung keriang. Bendang ayah masih belum dituai. Mungkin seminggu lagi sudah sesuai untuk dituai. Suasana bendang pada ketika ini sangat cantik sebelum padi dituai.

Benih benih terung
Benih benih yang ditanam banyak yang mati ketika banjir melanda. Malah benih terung yang dibeli dari pasar malam juga habis luruh daun akibat terendam didalam air banjir. Harap harap tunas baru akan keluar. Nampaknya bulan ini perlu menyemai lebih banyak benih.

Petola bantal
Alhamdulillah dapat menuai terung bantal buat kali pertama tahun ini. Buahnya sudah berserat, namun masih boleh digunakan.

Buah jambu air

Buah jambu air sudah mula berbuah dengan lebat. Sedap dimakan sahaja ataupun dicicah dengan garam belacan.

resepi kek pisang awak dari kebun kampung

Alhamdulillah pisang awak yang dibawa balik dari kampung sudah masak ranum. Mak akan membekalkan kepada anak anak nya sedikit pisang untuk diperam dan dibawa balik. Kebiasaanya pisang yang dibawa balik diberi kepada jiran dan juga staff tempat kerja. Namun kali ini pisang disimpan untuk dimakan dirumah.

Pisang awak biasanya dijadikan sebagai goreng pisang. Kadang kadang jika ada masa dibuat menjadi kek pisang, pengat pisang, pisang rebus ataupun serawa pisang.

Kali ini pisang yang masak ranum dijadikan kek pisang. Bahan bahan tambahan seperti roti dan juga bijirin sarapan ditambah dalam adunan kek pisang kali ini sebagai satu usaha menghabiskan makanan yang ada di rumah. Sayang jika dibiarkan rosak begitu sahaja. Tekstur kek pisang juga lebih menarik dengan kehadiran bijirin didalam kek pisang. Oven elektrik digunakan untuk membakar kek pisang pada suhu 200 darjah celcius.

Kulit pisang tidak dibuang begitu sahaja. Sebaliknya, kulit pisang dijemur di dalam bekas dikawasan ampaian untuk d…

perkembangan kebun perumahan, semaian kangkung 11 Januari 2016

Alhamdulillah kangkung yang ditanam menghasilkan bunga dan biji benih. Pokok masih bertahan walaupun sudah hampir enam bulan ditanam.

Biji benih yang terhasil dibiarkan masak dan mengering. Kemudian biji benih disemai semula kedalam petak semaian untuk  menghasilkan kangkung baru. Dari pemerhatian, kangkung tidak dimakan oleh perosak seperti lintah bulan. Jadi, penjagaan kangkung lebih mudah tanpa perlu risau serangan perosak.

Tanah perlu dibiarkan lembap untuk merancakkkan lagi pertumbuhan benih kangkung. Kompos boleh ditambah bagi membantu mengekalkan kelembapan tanah. Harap harap dapat menuai kangkung pada bulan hadapan.

serangan perosak pada pokok tin, 10 Jan 2016

Perosak dari kumbang menyebabkan pokok tin di kebun perumahan menjadi layu dan mati. Perosak kumbang bertelur pada batang pokok dan larva kumbang memakan bahangian tengah pokok tin.

Buat masa ini, larva larva dikumpulkan dan dihapuskan. Mungkin perlu tingkatkan kebersihan kebun perumahan bagi mengelak serangan berulang.

ladang pucuk putat

Imej
Alhamdulillah hujung minggu lepas ada sedikit masa yang dapat diluangkan untuk berjalan jalan. Kali ini tempat yang dilawati ialah hutan pembelajaran di Air Hitam, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.








Tempat ini bersebelahan dengan sungai dan dijaga oleh jabatan perhutanan. Terdapat pokok yang sesuai untuk tanah yang bergenang seperti pokok nipah dan juga putat. Terdapat usaha menanam pokok putat secara komerial untuk mendapatkan ulaman pucuk putat.

Pokok putat ditanam didalam kelompok kelompok perdu yang dipangkas pada paras dada. Pengunjung boleh melihat fasa fasa penuaian pucuk putat. Ada pokok yang baru dipangkas dan apa juga yang sudah merimbun kembali menjadi hutan.

Terdapat banyak khasiat pucuk putat. Pucuk putat sedap dimakan bersama nasi ataupun dipotong nipis dan dimakan bersama laksa.

Disamping itu, terdapat tarikan seperti titi gantung yang wajib dicuba.

Terfikir juga kalau dapat buat konsep yang sama di kampung.

tuaian dari kampung, awal januari 2017

Imej
Alhamdulillah sedikit hasil dari kebun kampung. Ada yang dibawa balik ke Pulau Pinang. Diantaranya ciku, pisang dan juga telur itik.



Tuaian kacang bendi dan terung telunjuk dari pokok. Puas hati walaupun sedikit kerana hasil usaha sendiri.







Ulam putat diambil dari bahagian belakang kebun. Terdapat juga pisang yang mulai masak di belakang kebun. Harap harap masih bertahan dan tidak dicuri orang.



Mak cerita bagaimana tok nyang Kama dulu dulu suka buat cucur buah ciku. Tak pernah cuba lagi merasa cucur buah ciku. Buah ciku yang masak dipotong dan dicelup tepung sebelum goreng. InsyaAllah kalau ada masa boleh cuba.



Terdapat juga petola bantal yang berbuah. Namun, sudah terlambat untuk dituai kerana buah sudah berserat. InsyaAllah akan tunggu hasil yang seterusnya.

hasil hasil dari kebun perumahan, 5 jan 2017

Imej
Alhamdulillah kebun perumahan memberi hasil yang dapat digunakan untuk hidangan berbuka puasa.



Sedikit cabai dan ulam sambung nyawa. Disamping itu, terdapat daun kaduk yang dimasak bersama telur dadar.

InsyaAllah akan menambah lagi set pasu tanaman herba di kebun perumahan.

permulaan kebun kampung 2017

Alhamdulillah kebun kampung melangkah ke tahun baru. Cuti awal tahun digunakan untuk beberapa aktiviti kampung seperti menebas kebun ayah dan menyemai benih baru.

tut pokok seralat
anak benih pokok seralat sudah mula bercambah. InsyaAllah akan dapatkan bekas polibeg untuk mengalihkan benih benih pokok seralat

bersih kebun perumahan

sedikit masa diluangkan untuk mengemas kebun perumahan. Ranting ranting rimbunan pecah beling dan belalai gajah dipangkas. Rasa sayang untuk membuang begitu sahaja rimbunan herba yang ada. Namun, masa begitu suntuk untuk menyediakan tempat menyemai herba.

bersih kolam ikan
masih lagi ada ikan didalam kolam yang mati. Kali ini ikan keli pula. Kemungkinan mati akibat stress terperangkap diruang penapis air kolam yang sempit dan cetek.

memancing
ikan ikan sawah semakin mudah untuk dipancing. Pemandangan sawah padi juga semakin menarik dengan padi mulai tunduk dan cuaca dingin diawal pagi. Amat menarik dan mendamaikan untuk menyusuri kawasan sawah pada awal pagi. Pada…