balik kampung 31 Julai 2016
Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi. Kerja kerja menebas kampung masih banyak yang perlu dilakukan. Buat masa ini, masa suntuk tak sempat nak melakukan perkara perkara yang tertangguh. Hampir seminggu hujan tidak turun di kampung. Timun jepun Pokok timun jepun yang ditanam sudah tidak menghasilkan buah lagi. Jadi, pokok dibuang dan akan digantikan dengan benih yang baru. Terung Buah terung telunjuk masih lagi produktif. Namun, sudah ada tanda tanda pokok semakin dimakan usia seperti mulai diserang penyakit. InsyaAllah akan cuba semai anak benih baru bagi menggantikan pokok terung sekarang. Serai Bekalan serai dirumah sekarang ini hanya dibeli dari pasar. Jadi, serai ditanam dikawasan belakang rumah. Pisang Pisang yang ditanam dikawasan belakang rumah sudah banyak yang mulai berbuah. Ada yang mulai hendak tumbang dan perlu diletakkan pancang bagi mengelakkan pokok pisang patah dan rebah ke tanah. Disamping itu, tandan pisang juga selalu menjadi sasaran pencuri pisang....