Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel polisterin

perkembangan tanaman dalam bekas polisterin

Alhamdulillah tanaman dalam bekas polisterin semakin menunjukkan perkembangan yang baik. Sekarang pokok cabai yang tumbuh sendiri dari sisa dapur sudah mulai berbunga. Kangkung yang ditanam sebelum ini pula sudah terlalu tua dan membesar sehingga terjuntai keluar dari kotak polisterin. InsyaAllah akan tambah lagi semaian herba seperti kesom kedalam bekas polisterin. Terdapat juga benih terung yang tumbuh dari sisa terung yang tidak sempat dimakan. InsyaAllah akan cuba dipindahkan benih terung ke tempat yang lebih baik untuk membesar. Didalam bekas polisterin juga terdapat perosak lintah bulan yang sudah mulai membiak dan memakan anak benih yang tumbuh. InsyaAllah akan cuba menghapuskan perosak supaya daun daun tidak dimakan perosak. Bekas polisterin yang terletak diluar disiram setiap dua hari jika perlu. Bekas polisterin boleh didapati dengan mudah di pasar malam. Kebiasaannya selepas habis pasar malam, bekas polisterin dibuang begitu sahaja. Penggunaan bekas polisterin dapat menjimat...

perkembangan sayuran dalam bekas polisterin

Imej
Nampaknya pertumbuhan sayur dalam bekas polisterin agak terbantut. Bayam masih lagi kecil walaupun sudah hampir beberapa minggu bercambah. Biasanya bayam sangat lasak dan mudah membesar walaupun kurang nutrien dan baja. semaian pada 16 Februari 2016 Kemungkinan kurang nutrien ataupun keadaan tanah tidak sesuai. Pencahayaan juga harus dilihat semua. Jika perlu, bekas polisterin diubah ke bahagian depan rumah yang mendapat cahaya matahari secara langsung. InsyaAllah akan cuba memperbaiki keadaan pada minggu depan.

perkembangan projek tanaman dalam polisterin

Projek penaman didalam bekas polisterin masih belum berjaya. Nampaknya perlu ditukarkan kepada tanaman lain selain benih salad. Mungkin benih salad sudah tidak bernas lagi. InsyaAllah akan cuba benih bayam dan kangkung pula. Harap harap akan berjaya kali ini.

perkembangan projek sayur dalam bekas polisterin 23 Februari 2016

Sayur salad yang diidam idamkan nampaknya masih belum bercambah. Kemungkinan tanah terlalu kering bila tanah diperiksa menggunakan jari. Sebelum mencuba benih baru, tanah dijirus sekali lagi dan bahagian atas ditutup dengan plastik untuk memastikan kelembapan tanah tidak cepat hilang. InsyaAllah akan biarkan sehari dua lagi. Jika masih tidak berjaya, akan cuba benih kangkung dan bayam pula.

perkembangan kebun dalam bekas polisterin

Alhamdulillah projek kebun dalam bekas polisterin sudah berjaya dimulakan. Saiz bekas polisterin yang digunakan ialah satu kaki lebar dan dua kaki panjang. Benih salad dipilih sebagai tanaman permulaan. Satu pek tanah hitam dan satu pek tanah top soil digunakan. Ini kerana tanaman salad tidak memerlukan medium penanaman yang dalam. Lorong lorong dibentuk menggunakan jari untuk ditabur dengna benih salad. Satu pek benih salad boleh digunakan sebanyak dua kali Air paip digunakan untuk menyiram buat kali ini. Adalah lebih baik air yang ditakung atau air daripada kolam ikan digunakan. InsyaAllah akan tambah satu akuarium tambahan dalam projek akan datang. InsyAllah akan cari lagi bekas polisterin terbuang untuk dijadikan bekas penanaman kerana ada lagi benih kangkung dan benih bayam untuk dicuba. Satu bekas polisterin pula akan digunakan untuk mewujudkan satu bekas kompos mini. InsyaAllah akan cari cacing untuk membantu mengurai sisa kompos. Gambar akan diletakkan kemudian.