Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel november 2015

perkembangan kebun perumahan akhir November 2015

Alhamdulillah, pada bulan november ini, hujan turun hampir setiap hari. Pokok pokok yang ditanam tumbuh dengan subur. Terung telunjuk Pokok terung telunjuk membesar dengan baik dan mula menghasilkan buah yang agak lebat. Namun, pokok terung telunjuk kita diserang pula oleh hama merah. Mungkin ada beberapa hari yang tidak hujan menyebabkan pokok mengalami stress. Tiada penggunaan racun serangga untuk menghalang serangan. InsyaAllah akan dibiarkan proses alami memulihkan pokok seperti menjaga pengairan. Ulam raja Alhamdulillah ulam raja subur ketika bulan November ini. Batang batang ulam raja juga besar berbanding benih yang ditanam dikampung. Kemungkinan sedikit baja dari air tapisan kolam ikan menjadi baja yang baik untuk pokok. Petola bantal Setelah lama tidak berbuah, akhirnya petola bantal berbuah lagi. Pokok masih lagi bertahan hampir lebih kurang dua tahun. Gambar akan diletakkan kemudian.

balik kampung 22 November 2015

Alhamdulillah dapat balik ke kampung dengan sedikit masa yang ada. Dapat menziarahi mak dan ayah di kampung. Walaupun masa terbatas dengan tugasan dan kerja kerja dapat juga menjenguk emak dan ayah di kampung. Minggu ini kak chik juga balik ke kampung dengan membawa masakan ikan baung masak lemak. Alhamdulillah dapat merasa juga ikan baung masak lemak selepas hampir beberapa tidak tahun tidak merasai masakan ikan baung. Keadaan kebun belakang rumah tidak dapat diurus dengan baik lagi. Hanya sempat menjenguk sekejap dibelakang rumah. Banyak pokok pisang yang perlu ditebang. Begitu juga dengan pelepah nyior yang banyak perlu dihimpunkan. Keadaan parit belakang rumah juga perlu dibersihkan kerana banyak sampah sarap yang terkumpul. Pokok terung telunjuk pula semakin banyak yang berbuah. Dapat juga dituai untuk dijadikan hidangan nanti bila balik dari kampung. Pokok petola ular juga mulai berbunga. Harap harap akan ada buah tidak lama lagi. Musim hujan begini, sesuai juga untuk memancin...

perkembangan kebun perumahan November 2015

Imej
Alhamdulillah, dengan kedatangan musim hujan ini. Pokok pokok dihalaman rumah kembali subur dan segar. Musim sekarang sesuai untuk memulakan penanaman sayuran jenis daun. Namun, faktor kekurangan masa membantutkan usaha menanam lebih banyak sayur. Pokok terung juga semakin subur dan membesar. Lebih menjadi berbanding tanaman pada tahun sebelumnya. Putik bunga pun sudah mula terhasil. InsyaAllah akan dapat menuai terung daripada kebun perumahan dalam dua minggu lagi.

balik kampung 1 November 2015

Imej
 Alhamdulillah, sempat juga balik ke kampung untuk menziarah emak dan ayah dikampung. Disamping itu, meninjau keadaan kebun kampung. Masa kali ini masih singkat tidak sampai beberapa jam sahaja berada di kampung. InsyaAllah minggu depan lebih banyak masa di kampung. Terung Alhamdulillah terung varieti telunjuk sudah mulai berbuah. Setelak beberapa bulan ditanam. Disamping itu, terung bulat mini yang sedap dibuat ulam juga dapat dituai kali ini. Pucuk putat Ketika meninjau kawasan belakang kebun, kelihatan pucuk muda pokok putat. Beberapa pucuk diambil untuk dijadikan sebagai ulam. Pucuk putat ini lebih dikenali sebagai putat nasi. Memancing Alhamdulillah, kali ini ada hasil daripada memancing. InsyaAllah pada masa hadapan, akan mengambil masa untuk membersihkan kebun yang kurang terurus buat masa ini kerana kekangan masa.