Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2010

kenduri Aen di Sekinchan, 24 Julai 2010

Imej
Ada kenduri Aen, anak pak tam di Sekinchan, Selangor pada 24 Julai 2010,

ahli ahli keluarga turun dari kedah untuk meramaikan majlis,
sebelah malam pula, kami pergi menjamu selera di ikan bakar sungai besar, Anna belanja,

Anna menyewa rumah "homestay", Alhamdulilah bersebelahan sahaja dengan surau taman di Sungai Besar, Selangor.






durian dan tempoyak

Imej
musim durian di Pulau Pinang selalunya bermula dari awal bulan enam sehingga bulan ogos,
mula mula sekali, buah durian kampunglah yang mula sekali ada dipasaran,

antara varieti durian kampung yang terkenal ialah durian kucing tidur, susu. Ada yang jenis berasid tinggi dan ada yang manis. SubhanaAllah penciptaan pelbagai jenis varieti durian kampung.




Kebiasaannya kami akan membeli lebih sedikit untuk dibuat tempoyak. Buah yang mulai masam di asingkan dari biji dan ditimbuk dan ditambah garam. Biarkan pada suhu bilik sehingga gelembung udara mula terbentuk diantara lapisan tempoyak. Tempoyak sudah siap dan anda boleh simpan didalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian.

Motivasi dan ketam masak cabai 10 Jul 10

Imej
Minggu 10 Julai 2010, saya dan linda terlibat motivasi "Anda Bijak Jauhi Zina" di MRSM Kepala Batas, saya sampai selepas program bermula, sempat membeli sedikit ketam semasa singgah dipasar,


ketam ketam ini siap disiang dan mengikut saya ke program motivasi, jadi selepas program motivasi kami bergegas pulang kerana ketam perlu dimasak cepat supaya tidak rosak