Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kenduri

balik kampung 18 Ogos 2018

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada minggu lepas. Masa yang diluangkan agak terbatas kerana terpaksa balik semula ke Pulau Pinang pada malam sabtu. Beberapa aktiviti sempat dijalankan di kampung dan banyak lagi kerja kerja di kampung yang tertangguh. Bersih halaman dan belakang rumah Rumput "kemucut" semakin panjang di belakang rumah. Jadi, mesin rumput digunakan untuk memotong rumput bagi memudahkan emak menyidai kain dan membuang sampah. Ayah pula mulai mengemas bahagian bangsal belakang rumah. Banyak kayu kayu lama yang dibuang dan dibakar. Pancing Aktiviti memancing sempat dijalankan, namun tidak sempat memancing lama. Alhamdulillah ada juga hasil. Aktiviti memancing di sungai besar terpaksa ditangguhkan dahulu kerana kekurangan masa. InsyaAllah balik kampung sekali lagi, saya akan cuba memancing ikan tilapia dan belida di sungai besar. Kenduri Banyak panggilan kenduri pada hari sabtu. Saya hanya makan nasi pada kenduri yang pertama. Kenduri kedua hanya...

jalan jalan kebun kampung bukit pinang

Imej
Alhamdulillah, sempat ke kenduri di bukit pinang kedah ahad lepas bersama mak dan ayah. . Juga keluarga kak chak dan bang chak dari KL. Kemudian ke rumah Mak Su di Jitra. Sempat melihat kebun kampung di bukit pinang seorang penduduk di sana berhampiran tempat kenduri. Ditanam kangkung dalam baris baris. Terdapat baris yang baru ditanam dan ada yang sudah besar. Tanah juga kelihatan hitam dan subur. Cukup baja dan air di penghujung musim angin timur. tanaman kangkung dalam  beberapa fasa pertumbuhan kangkung yang sedia dituai

balik kampung 14 Jan 2012

Imej
kali ini ada kenduri di rumah Tok Cik Din di Mergong. Tok Cik Din kenduri anak yang terakhir. Anak lelaki Tok Cik Din ada yang bekerja di JPJ Suka Menanti. kak Chik datang terus dari Perlis sebab ada program bersama menteri di sekolah. Lin dengan Mak berjalan ke kenduri Kak Chik, Luqman yang baru potong rambut   sawah padi berdekatan rumah tok cik din suasana kenduri dari jauh Bang Tam pun balik dari KL. Jadi meriah rumah mak dan ayah dikampung dengan anak cucu selama dua hari. Alhamdulillah sempat meluangkan masa yang tidak sebanyak mana bersama mak dan ayah dikampung. InsyaAllah lebih banyak masa dapat berada dikampung menjelang hari raya cina.

balik kampung 20 November 2010

Imej
Balik kampung kali ini kami singgah di kenduri pak su iaitu adik bongsu pak mentua di kompleks hijau kuning. Mak, ayah dan ana juga datang sekali ke kenduri ni. Lauk pauk kebanyakannya dimasak sendiri. Hari Ahad 21 November banyak kenduri kahwin di kampung dan juga di Jitra. Kami sempat pergi ke tiga kenduri sahaja. jemputan gendang silat untuk kenduri kahwin baru balik dari kenduri di simpang empat dekat alor melintang Aktiviti dirumah tak banyak cuma bersih bersih rumah dahulu selepas banjir. Alhamdulillah peti ais dan mesin basuh baru sudah dibeli kerana yang lama sudah rosak. jannah dan akbar di rumah tok dan tok wan buah jambu yang masak selepas banjir tidak diserang lalat buah, mungkin sebab lalat buah tak dapat serang kerana banjir

kenduri Aen di Sekinchan, 24 Julai 2010

Imej
Ada kenduri Aen, anak pak tam di Sekinchan, Selangor pada 24 Julai 2010, ahli ahli keluarga turun dari kedah untuk meramaikan majlis, sebelah malam pula, kami pergi menjamu selera di ikan bakar sungai besar, Anna belanja, Anna menyewa rumah "homestay", Alhamdulilah bersebelahan sahaja dengan surau taman di Sungai Besar, Selangor. Bg Tam dan Kak Ida semua ahli keluarga yang hadir Selepas habis makan dan nak balik Luqman sudah tak larat.. Mak dan cucu cucu mak Key chain kecil beli semasa mesyuarat untuk anak anak saudara, tak cukup nanti cari lagi