Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kerabu mempelam

udang padang goreng kunyit

Alhamdulillah balik kampung minggu lepas sempat merasa menu masakan yang sudah jarang di sediakan menggunakan udang padang. Pada masa dulu, udang padang sangat mudah didapati di kawasan bendang dan tali air. Namun kini, udang padang sukar ditemui kerana penggunaan racun yang banyak. Cara mendapatkan udang padang ialah dengan cara menangkul. Tangkul dibuat daripada buluh dan kain jarang seperti kain kelambu. Dulu dulu, arwah mak Cik Lebar kerap datang pada waktu tengah hari untuk menjual udang padang setelah menangkul udang pada waktu pagi. Udang padang yang dijual dibungkus didalam daun pisang untuk mengekalkan kesegaran. Minggu lepas, kak chik dapat membeli udang padang yang dijual di pasar pagi ahad Anak Bukit. Udang  yang dijual agak kecil tetapi kami berpuas hati kerana kuantiti yang dapat beli cukup untuk sekali hidangan. Cara penyediaan udang padang untuk masakan adalah mudah. Hanya perlu dibilas, dicampur kunyit dan garam. Kemudian, udang dimasak didalam minyak yang sediki...