Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kacang kelisa

balik kampung 24 April 2016

Imej
Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada hujung minggu lepas. Kejadian ribut pada hari selasa menyebabkan dahan pokok mempelam vareiti epal patah. Ayah dengan kudrat yang masih ada memotong ranting ranting yang kecil. Jadi, pagi ahad digunakan untuk memotong dahan mempelam supaya dapat diangkut dan dibersihkan. Terung Terung masih lagi berbuah lebat. Nampaknya terung perlu dituai setiap minggu. Jika lebih daripada seminggu, buah terung sudah mulai bertukar dari warna hijau ke warna kuning. Alhamdulillah, banyak terung yang berjaya dituai. InsyaAllah pada minggu depan, celah celah antara batas terung dapat disemai dengan bayam ataupun lobak hijau. Anak anak terung pipit yang tumbuh liar akan dijadikan pokok penanti. Benih pokok yang sedang dicambah sekarang akan dicantum pada pokok terung pipit nanti. Kacang kelisa Benih kacang kelisa yang disemai sebelum ini dibawa balik ke kampung. Lubang digali dan benih dipindahkan. Harap harap ada benih yang akan berjaya hidu...

perkembangan kebun perumahan, 20 Mac 2016

Alhamdulillah, benih kacang kelisa yang disemai minggu lepas sudah mula bercambah. InsyaAllah akan dipindah kedalam polibeg yang lebih besar. Benih zucchini pula langsung tidak bercambah. Akan cuba menyemai buat kali ketiga menggunakan medium tanah yang berbeza. InyaAllah pada minggu ini akan cuba menyemai benih salad dan sawi bunga. Bahagian depan rumah perlu dibersihkan kerana pokok petola bantal sudah menjalar ke pokok limau purut dan pokok mulberi.

perkembangan kebun perumahan 13 Mac 2016

Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun perumahan pada hujung minggu ini. Cuaca sangat panas menyebabkan banyak tanaman yang kekeringan. Sawi renek Sawi renek yang sedia dituai mengalami kekeringan yang teruk. Sebahagian tanaman didalam pasu menjadi rosak dan tidak dapat dituai. Ada beberapa pokok sawi renek yang dapat dituai. InsyaAllah akan dituai untuk dijadikan sayur dalam masakan minggu ini. Petola bantal Pokok petola bantal rupa rupanya sudah berbuah lagi. Namun sudah terlewat untuk dituai kerana  sudah terlalu tua. Bayam dan kangkung Pertumbuhan bayam dan kangkung yang ditanam didalam polisterin agak perlahan. Kemungkinan kedudukan bekas tanaman yang tidak mendapat cahaya matahari penuh membantutkan pertumbuhan bayam dan kangkung. Benih zucchini Benih baru zucchini yang dibeli beberapa bulan lepas sudah disemai. Namun, masih belum ada tandan tanda percambahan. Jadi, semaian baru dibuat Benih kacang kelisa Kacang kelisa vareiti merah dan hijau daun tirus disemai. H...

kacang kelisa mula berbuah

Imej
Alhamdulillah, kacang kelisa dikampung sudah berbuah setelah hampir 7 bulan proses menanam. Antara tips penanaman kacang kelisa yang boleh dikongsi: 1. tanam satu lubang sebiji sahaja, atau pisahkan pokok. Moga cepat mendapat tuaian kacang kelisa. bunga kacang kelisa yang berjaya menjadi buah alhamdulillah, pokok semakin segar kacang kelisa yang semakin membesar

perkembangan kacang kelisa

Imej
Alhamdulillah kacang kelisa yang dalam perancangan untuk di pangkas dan ditanam baru mula berbunga.  Tapi bunga masih belum mahu lekat buah. Harap harap ada serangga yang dapat membantu pendebungaan. InsyaAllah akan diberi lebih banyak baja supaya lebih subur. bunga kacang kelisa pada peringkat awal kudup bunga yang semakin membesar bunga kacang kelisa pada awal pagi, akan lebih berkembang pada tengah hari bunga yang tidak disenyawa akan jatuh ke tanah

benih kacang kelisa

Imej
Assalamualaikum, Alhamdulillah benih kacang kelisa sudah pun di semai, percubaan kali pertama dengan 2 pasu pokok, InsyaAllah nanti saya akan letak gambar terbaru pokok kacang kelisa yang saya semai, Mungkin akan terpaksa pindah pasu kerana pokok semakin cepat membesar benih kacang kelisa pemberian tuk timah