balik kampung 8 April 2018
Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu lepas. Masa suntuk turun membersih kebun pisang. Jadi, kebanyakan masa digunakan sekitar kawasan rumah sahaja. Ayam kampung Alhamdulillah ayam kampung yang dibela ayah semakin membesar. Makanan ayam sudah boleh dicampur dedak dan nasi putih yang tidak habis. Buat masa ini, tiada lagi ayam yang mati akibat penyakit. Disamping itu, terdapat anak ayam kampung yang baru menetas. InsyaAllah akan cuba mendapatkan anak ayam piru untuk ayah supaya masa terisi dan keinginan untuk membela ayam piru akan tertunai setelah anak anak ayam piru yang dibela sebelum ini habis mati. Ayah juga sedang membuat reban ayam baru untuk membela ayam. Walaupun usia sudah lanjut dan tenaga sudah kurang, namun ayah tetap meneruskan usaha membuat reban ayam baru. Ikan tilapia dan memerang Kolam ikan tilapia di tepi rumah telah diceroboh oleh memerang. Beberapa ekor ikan telah dimakan oleh memerang. Tidak pasti berapa ekor memerang yang terlibat. Harap harap m...