Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tempirai

balik kampung 14 Mac 2018

Alhamdulillah dapat balik kampung lagi pada minggu ini. Jadual masih lagi padat semasa balik kampung kali ini. Hanya sempat menjenguk kawasan kebun kampung dan menuai hasil sahaja. Tidak banyak aktiviti membersihkan kebun kampung yang dapat dibuat Bendi Bendi yang disemai sudah berusia hampir seminggu. Hujan yang mulai turun memberi harapan bendi akan tumbuh dengan baik Kebun pisang Kebun pisang sempat dijenguk untuk tempoh sejam. Pokok pisang yang berpenyakit ditebang. Manakala beberapa tandan pisang yang masak dituai. Terdapat beberapa tandan pisang yang elok telah ditebang oleh orang lain. Jadi, saya telah memesan kepada jiran supaya memaklumkan kepada orang yang masuk ke dalam kebun pisang supaya tidak mengambil lagi pisang. Sebelum ini, mengikut perjanjian, orang yang mengambil pisang akan menjual dan membayar harga pisang di rumah. Namun, sudah berkali kali pisang diambil, tiada bayaran yang sampai kepada ayah di rumah. Singgah pasar pagi kampung berjaya Pasar pagi kampu...

balik kampung 4 Disember 2016

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada minggu lepas. Cuti minggu ini agak padat dengan program seperti jemputan kenduri dan aktiviti riadah. Dapat juga menjenguk keadaan kebun walaupun sekejap sahaja. Bendi Alhamdulillah masih ada pokok bendi yang hidup daripada semaian sebelum ini di kampung. Pokok sudahpun mula berbuah. Harap harap pokok akan terus membesar. Terung Terung yang ada dikampung masih lagi mengeluarkan hasil. Terung panjang ungu juga semakin membesar. Namun, perlu diberi sokongan dan ditambah baja bagi mengalakkan lagi tumbesaran dan penghasilan buah. Tempirai Perangkap ikan yang dipasang kali ini kurang berhasil kerana banyak ikan yang berjaya keluar dari tempirai apabila parit dipenuhi air hujan akibat hujan lebat pada petang ahad. Namun, masih lagi memberi satu pengalaman baru bagi anak anak saudara yang pulang ke kampung. Petai dan gulai batang pisang Petai dibawa pulang oleh Bang Chik Man dari Baling. Disamping itu gulai batang pisang turut ditempah dari kampung d...

tempirai, perangkap ikan, 22 November 2016

Imej
Alhamdulillah balik kampung sempat menjenguk mak dan ayah di kampung. Sedikit kerja kampung seperti membuang pelepah kelapa dan memotong rumput yang panjang dibelakang rumah. Senang sikit mak nak membuang sampah. Setelah sedikit kerja kampung dibuat, sedikit lagi masa sebelum masuk waktu maghrib digunakan untuk mencari ikan darat. Percubaan pertama memancing ikan haruan kurang berhasil. Jadi, masa masa kecederaan sebelum maghrib digunakan untuk mengangkat tempirai yang dipasang di dalam parit hadapan rumah. Alhamdulillah sedikit hasil terdiri daripada ikan sepat ronggeng, sepat benua, puyu dan belut. Ikan yang kecil dilepaskan semula. Belut disimpan untuk dijadikan hidangan pada minggu minggu depan. InsyaAllah akan membuat tempirai lagi kerana agak efektif untuk menangkap ikan ikan didalam parit.