Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2018

memancing ikan haruan 24 Mac 2018

Alhamdulillah minggu ini dapat meluangkan masa memancing dengan anak saudara. Kebetulan cuti kolej vokasional masih berbaki satu hari. Jadi sempatlah anak saudara mengikut aktiviti memancing kali ini. Seminggu sebelum ini, saya sudah memaklumkan kepada anak saudara yang aktiviti memancing mungkin diadakan. Jadi, saya kotakan janji supaya terubat sedikit gian memancing anak saudara. Aktiviti memancing haruan kali ini berlangsung di kawasan berhampiran taman pembelajaran hutan Air Itam, Sungai Dua. Waktu memancing bermula agak lambat kali ini, sekitar jam 9.30 pagi. Sebaiknya waktu memancing dimulakan lebih awal kerana matahari belum terik. Ketika waktu awal pagi, ikan haruan akan berkeliaran dan lebih mudah dipancing. Apabila matahari sudah semakin naik, ikan mula bersembunyi dibawah rumput rumpai. Namun, kami gagahi juga memancing dibawah panas terik dan cuba memujuk ikan haruan supaya memakan umpuan. Umpan yang digunakan kali ini ialah umpan tiruan yang meniru bentuk katak. Apabila

asam pedas ikan cencaru

Imej
Alhamdulillah, hasil memancing di laut setiap beberapa bulan memberi stok ikan cencaru untuk dimakan dirumah. Diantara resepi biasa yang disediakan daripada ikan cencaru ialah ikan cencaru belah belakang dan ikan cencaru goreng sambal. Saiz ikan cencaru yang di pancing biasanya saiz kecil atau sederhana. Jarang sekali mendapat saiz yang besar kerana ikan cencaru diantara ikan yang popular ditangkap oleh nelayan. Jika membeli ikan cencaru saiz yang besar, perlu berhati hati kerana sesetengah ikan cencaru saiz besar mempunyai bau hanyir yang sangat kuat. Cara menyimpan ikan cencaru yang dipancing ialah dengan membungkus 5-6 ekor ikan cencaru didalam beg plastik sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk. Ikan tidak perlu disiang. Kebiasaannya apabila sampai rumah selepas balik daripada memancing. Ikan terus diasing asingkan kedalam beg plastik dan dimasukkan kedalam bahagian sejuk beku. Dengan cara ini, hanya ikan cencaru yang hendak digunakan sahaja yang akan dinyah beku. Selebihnya masi

kek pisang nangka dan pisang awak 22 Mac 2018

Alhamdulillah pisang pisang yang dibawa balik dari kebun kampung kadang kadang terlebih banyak. Ada yang diberi kepada jiran. Kadang kadang simpan sedikit kerana hendak makan sendiri. Namun, kali ini, terlepas pandang buah pisang sudah ranum. Tempoh pisang hendak bertukar dari warna hijau ke kuning mengambil masa yang agak lama iaitu kira kira dua minggu. Mungkin kerana buah diambil lebih muda. Kalau hendak beri kepada jiran, rasa tak begitu sesuai kerana pisang ranum sudah tidak menarik dan kelihatan hitam. Kebiasaanya pisang yang masih hijau diberi kepada jiran. Sebelum ini, pisang yang dibawa balik dari kampung banyak dijadikan pisang goreng. Pisang goreng yang baru digoreng memang sedap. Cuma, banyak menggunakan minyak dan tidak sedap bila hendak dimakan apabila sudah sejuk. Buah yang ranum boleh dibuat cucur kodok, tetapi masih menggunakan minyak yang banyak. Jadi, pisang ranum akan dijadikan kek pisang kerana kurang menggunakan minyak dan lebih sedap dimakan samaada ketika b

cara buat lemang

Alhamdulillah, dapat belajar cara memasak lemang semasa hadir ke perhimpunan warisan haji din di Asun. Tenaga pengajar ialah seorang pengusaha lemang di Changloon yang sudah sepuluh tahun pengalaman membuat dan menjual lemang. Sedikit catatan sebagai memori untuk dicuba pada masa depan. Buluh Buluh yang dipilih ialah buluh lemang yang mempunyai ketebalan yang nipis. Setakat ini tidak jumpa buluh ini dikawasan bendang. Jadi, untuk membuat lemang pada masa depan, kemungkinan perlu memesan dari kawasan yang mempunyai buluh lemang. Daun pisang Daun pisang yang sesuai ialah daun pisang hutan. Ini kerana, pisang hutan mempunyai daun yang nipis. Jika daun pisang awak yang digunakan, daun perlu dilayur dahulu untuk melembutkan daun. Pulut Pulut yang sesuai digunakan ialah pulut susu gred 2. Ini kerana pulut susu gred 2 tidak terlalu mengembang. Pulut susu dengan gred 1 lebih sesuai untuk dijadikan ketupat. Beras pulut dibilas sekitar 4-5 kali. Beras pulut tidak perlu direndam semalaman.

ikan sepat kering

Imej
Alhamdulillah balik kampung sebelum ini dapat bawa anak anak saudara untuk memancing di kawasan parit. Kelihatan banyak ikan yang bermain di dalam parit. Namun, bila umpan dihulurkan tiada yang sudi menjamah. Rupa rupanya, ikan ikan yang bermain didalam air ialah ikan sepat. Patutlah tidak ada ikan yang menjamah umpan. Jika ada ikan haruan atau puyu, sudah pasti umpan sudah lama disentuh. Jadi, untuk mendapatkan ikan sepat dengan cepat, kaedah menjala digunakan. Jala yang digunakan ialah jala udang yang mempunyai mata pukat yang kecil. Ikan yang terperangkap didalam pukat lebih mudah dikeluarkan dari pukat. Namun, keburukannya ialah banyak sampah dan daun yang akan terlekat didalam pukat. Cukup dengan tiga kali tebar, berpuluh puluh ikan sepat berjaya dijala. Saiz ikan sepat tidaklah besar. Namun, cukup untuk menjadi penghibur dikala tiada ikan lain yang berjaya dipancing. Hari semakin gelap dan azan maghrib berkumandang. Jadi, kami bergerak pulang ke rumah. Selepas selesai solat m

jala udang di bawah jambatan kedua pulau pinang

Alhamdulillah dapat meluangkan sedikit masa untuk menjala udang di kawasan jambatan kedua pulau pinang. Lokasi kawasan menjala ialah di susur ke stesen TNB Batu Maung. Stesen TNB ini terletak disebelah jambatan. Aktiviti menjala dilakukan selama lebih kurang sejam. Tidak banyak hasil yang diperolehi, namun berapa puas kerana dapat melakukan aktiviti yang sudah lama tidak dilakukan. Waktu menjala udang sebaiknya ketika air laut bergerak pasang. Ini kerana, udang akan mula bergerak ke kawasan persisiran pantai. Kawasan tumpuan adalah kawasan berhampiran batu. Ini kerana, udang akan bergerak mencari makanan dikawasan berbatu apabila air mulai pasang. Terdapat banyak hasil sampingan dari pada aktiviti menjala udang seperti ketam dan ikan belanak. Jika saiz ketam dan ikan memuaskan, boleh dibawa balik untuk dijadikan hidangan. Banyak anak anak ketam yang masuk kedalam jala setiap kali jala ditebar. Nampaknya kawasan pantai ini menjadi tempat pembiakan ketam. Hasil menjala kali ini tid

percubaan sistem akuaponik di kebun perumahan

InsyaAllah pada bulan ini, akan menyiapakan sedikit projek akuaponik untuk kebun perumahan. Harap harap projek yang sudah lama tertangguh dapat menjadi realiti pada bulan ini. Keluasan tempat akuaponik sekitar 2x5 lebar dan 5 kaki tinggi. Alatan Alat untuk menyiram secara berkala sudah dibeli. Paip air untuk pengairan juga sudah ada. Perlu sebuah bekas plastik untuk dijadikan sebagai akuarium kecil untuk membela ikan. Pam air akan dibeli baru. Ikan Ikan yang akan dibela kemungkinan dari jenis ikan puyu dan tilapia. Ini kerana ikan ini tahan lasak. Kemungkinan akan menambah ikan keli juga kerana ikan keli boleh makan serba serbi dan tahan lasak. Tanaman Tanaman yang akan dipilih kemungkinan jenis kangkung kerana senang membesar dan dapat memberi hasil yang konsisten. InsyaAllah akan menambah tanaman lain yang mudah hidup dikawasan berair.

balik kampung 4 Mar 2018

Imej
Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu lepas Kebun pisang Tidak banyak aktiviti di kebun pisang pada minggu ini. Pisang dibahagian depan sudah diambil orang pada minggu lepas. Duit sudah diberi kepada ayah. Terdapat dua tandan pisang yang sudah boleh dituai. Dapatlah merasa pisang goreng pada hujung minggu ini insyaAllah. Kebun pisang masih memerlukan kerja kerja menebas supaya lebih bersih dan lapang. Memancing Aktivit memancing pada minggu ini tidak memberi sebarang hasil. Tekanan memancing di parit belakang rumah agak tinggi. Kerap pemancing luar datang memancing ikan haruan dibelakang rumah. Namun, sedikit terubat kekecewaan memancing kerana ada hasil daripada tempirai. InsyaAllah jika ada peluang, hendak cuba memancing ikan dikawasan kebun pisang pula. Benih kacang panjang Alhamdulillah benih kacang panjang yang disemai beberapa minggu lepas nampaknya sudah bercambah. Akan cuba mencari benih tambahan untuk disemai. Ayam piru ayah Aya