perkembangan kebun perumahan akhir disember 2015
Alhamdulillah, pada akhir disember ini dapat juga menjenguk kebun perumahan. Buat masa ini, kebun agak tidak terurus dan tidak cantik dipandang. Kelihatan kawasan laman seperti semak samun sahaja. Kekangan masa menyebabkan projek membaiki dan mengindahkan kebun perumahan tergendala. Dari segi bajet sudahpun mencukupi untuk melakukan kerja kerja membaiki dengan sendiri. Cabai solok Alhamdulillah cabai solok sudah boleh dituai. Beberapa biji cabai solok diambil untuk dijadikan cabai kicap. Tomato king kong Akhirnya tomato king kong sudah mula membesar dengan baik. Harapan sangat tinggi untuk merasa tuaian daripada pokok tomato king kong. Hanya tiga pokok tomato yang berjaya membesar sehingga sedia untuk berbuah. Terung Terung telunjuk sudah tidak berbuah lagi. Pokok diserang oleh penyakit yang menyebabkan pucuk pokok terung tidak membesar. Petola bantal Petola bantal nampaknya sudah berbuah lagi. Namun, sudah terlambat untuk dituai sebagai makanan kerana sudah tua. Buah ...