Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2015

imbasan projek kebun kampung sepanjang tahun 2015

Alhamdulillah tahun 2015 hanya tinggal beberapa jam lagi sebelum tahun 2016 menjelma. Pengalaman berkebun bertambah lagi dengan pelbagai eksperimen. Tanaman yang berjaya Cabai solok ( buah yang banyak ) Terung ( pelbagai  vareiti berjaya tuaian ) Ulam raja ( mudah diurus ) Pokok tin ( berjaya menghasilkan buah ) Petola ular ( berjaya menghasilkan buah ) Petola segi ( vareiti hibrid dengan hasil yang memberansangkan ) Petola bantal ( mudah tumbuh dan diurus ) Mulberi ( sudah boleh merasa hasil tuaian ) Daun pandan ( akhirnya pokok berjaya ) Tanaman yang kurang berjaya Timun ( menghasilkan buah namun terlalu sedikit ) Lobak merah ( hanya hasil ubi yang kecil, tidak boleh dituai ) Kucai ( Langsung tidak tumbuh ) Bayam ( habis dimakan perosak ) Tomato ( belum mendapat hasil ) InsyaAllah pada tahun 2016 banyak vareiti sayuran akan dicuba Diantaranya: Bendi Terung panjang hijau Lobak merah cubaan kali ke dua Timun mini Cabai solok Sayuran daun seperti kailan, kangkung, bayam, sawi bunga Kaca

perkembangan kebun perumahan akhir disember 2015

Imej
Alhamdulillah, pada akhir disember ini dapat juga menjenguk kebun perumahan. Buat masa ini, kebun agak tidak terurus dan tidak cantik dipandang. Kelihatan kawasan laman seperti semak samun sahaja. Kekangan masa menyebabkan projek membaiki dan mengindahkan kebun perumahan tergendala. Dari segi bajet sudahpun mencukupi untuk melakukan kerja kerja membaiki dengan sendiri. Cabai solok Alhamdulillah cabai solok sudah boleh dituai. Beberapa biji cabai solok diambil untuk dijadikan cabai kicap. Tomato king kong Akhirnya tomato king kong sudah mula membesar dengan baik. Harapan sangat tinggi untuk merasa tuaian daripada pokok tomato king kong. Hanya tiga pokok tomato yang berjaya membesar sehingga sedia untuk berbuah. Terung Terung telunjuk sudah tidak berbuah lagi. Pokok diserang oleh penyakit yang menyebabkan pucuk pokok terung tidak membesar. Petola bantal Petola bantal nampaknya sudah berbuah lagi. Namun, sudah terlambat untuk dituai sebagai makanan kerana sudah tua. Buah

balik kampung cuti 25 Disember 2015

Imej
Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada cuti panjang bersempena Maulidur Rasul dan cuti Krimas pada tahun ini. Kesempatan ini digunakan untuk membuat kerja kampung. Bersih kebun dan tali air Kebun kampung yang dinaiki semak samun dapat dibersihkan. Banyak rumput dan anak pokok yang tumbuh di kawasan kampung. Mesin rumput digunakan untuk memotong rumput dan anak pokok. Jika dibiarkan lebih lama, anak anak pokok perlu dibersihkan menggunakan parang dan golok. Parit yang dipenuhi oleh rumpai dan kangkung juga dibersihkan supaya aliran air lebih baik. Pindah dan baiki reban ayam Ayah ingin memulakan balik projek membela ayam. Reban ayam yang ada diubah ke bahagian yang belakang rumah. Kerja mengubah reban ayam memerlukan ramai tenaga kerja. Alhamdulillah, dengan ramai anak, menantu dan cucu yang balik bercuti, aktiviti mengubah reban ayam dapat dilaksanakan. Memancing Alhamdulillah aktiviti memancing oleh anak saudara yang balik bercuti ke kampung berjaya dilaksanakan.

perkembangan kebun perumahan 22 Disember 2015

Alhamdulillah dapat menjenguk kebun perumahan buat seketika. Tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan. Kerja yang paling penting ialah menyiram tanaman kerana cuaca sekarang sangat panas dan kering. Selain itu, kerja kerja mengemas kebun perumahan juga perlu dilakukan supaya kelihatan lebih teratur dan bersih. Pokok tin Pokok buah tin vareiti green jordan pula mulai berbuah. Pokok tin dari varieti green jordan agak lambat pembesaran berbanding vareiti yang lain. InsyaAllah akan cuba menjaga kelembapan tanah untuk memastikan buah berjaya masak dan tidak gugur dimusim kering ini. Pokok tin dari varieti BTM pula perlu ditut kerana terlalu tinggi dan nampak tidak begitu sihat. Cabai solok Tanaman cabai solok sedia untuk dituai. InsyaAllah akan dijadikan sebahagian daripada hidangan nanti. Didalam bekas tanaman cabai solok juga disemai benih bayam. Harap harap dapat dituai dalam masa sebulan. Benih baru Benih beberapa sayuran baru dipesan termasuk vareiti zucchini yang kelihatan sesuai un

balik kampung 20 Disember 2015

Alhamdulillah, pada pengakhiran tahun ini masih sempat ziarah balik ke kampung. Beberapa aktiviti dilakukan. InsyaAllah, pada minggu depan lebih banyak kerja yang dapat dilakukan kerana cuti panjang. Musim sekarang sudah menunjukkan permulaan musim angin timur yang kering. Tuaian terung Alhamdulillah, terung pelbagai vareiti dapat dituai lagi. InsyaAllah akan dijadikan hidangan bila pulang ke Pulau Pinang. Cuci parit Parit yang tersumbat didepan rumah akhirnya berjaya dicuci. Saluran paip yang tersumbat akibat sampah sarap berjaya dibersihkan. Akhirnya air didalam parit kembali surut. Kali ini, terpaksa turun kedalam air sehingga basah habis pakaian untuk mencari bahagian parit yang tersumbat. Memancing Alhamdulillah, rezeki semakin banyak sekarang ini kerana musim menuai padi sudah hampir tiba tidak lama lagi. InsyaAllah pada minggu hadapan akan melakukan kerja membersih kebun kampung yang penuh dengan lalang dan pelepah nyior yang perlu dikutip. Disamping itu, akan mengambil pisang d

perkembangan kebun perumahan 15 Disember 2015

Imej
Alhamdulillah kebun perumahan pada masa ini sedang menghasilkan beberapa hasil baru. Ada tanaman yang berjaya dan ada yang kurang berjaya. Pokok tin Buah pokok tin varieti BTM yang diharap harap untuk dituai akhirnya layu dan jatuh ketanah. Akibat kesibukan tugas, pokok tidak dapat disiram selama beberapa hari. Buah akhirnya kecut. InsyaAllah akan cuba memasang sistem pengairan automatik yang sudah lama terbantut. Pada masa yang sama, buah tin vareiti Masui Dauphine pula sedang terbentuk. Harap harap dapat dituai buah vareiti ini insyaAllah. Pokok cabai solok Cabai solok mula mengeluarkan pucuk pucuk yang baru. Dan bersam sama dengan pucuk yang baru bunga dan akhirnya buah cabai solok yang baru. Disamping itu, pokok bayam hijau yang tumbuh sendiri didalam bekas yang sama akan dapat dituai beberapa minggu lagi. Terung telunjuk Buah terung masih lagi banyak untuk dituai malah sedang berbuah lagi. Buah yang sesuai untuk dituai apabila dipicit terasa seperti spring kerana is

balik kampung 13 Disember 2015

Alhamdulillah didalam penghujung tahun 2015 ini, masih berkesempatan untuk balik ke kampung. Kekangan kerja semakin berkurangan sedikit. Cuma seminggu dua sahaja lagi perlu fokus menyiapkan kerja kerja utama. Selepas itu, boleh mula bantu ayah di bendang dan kebun kampung. Minggu ini berkesempatan menjenguk kebun dan memancing sekejap di kampung. Keadaan hujung minggu hujan lebat pada sebelah malam. Petola ular Buah petola ular begi cepat menghasilkan buah. Pada minggu lepas, buah hanya sebesar jari telunjung, tetapi pada minggu ini sudah mencapai saiz sekaki dan sedia untuk dituai. Makhluk perosak juga menjadi ancaman kepada buah petola ular dengan menebuk buah yang masak. Bahagian bawah petola akan menjadi lembik dan rosak. Memancing Alhamdulillah dapat memancing lagi pada hari minggu ini. Nasib kali ini lebih baik dengan dua ekor ikan haruan berjaya dipancing. Harap harap dapat memancing dengan lebih meriah apabila musim menuai padi tiba nanti. Ciku Buah ciku juga sedang leb

balik kampung 5 Disember 2015

Imej
Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada hujung minggu lepas. Dapat menjenguk kebun sekejap sebelum sibuk dengan perancangan lain. Petola ular Petola ular sudah mulai berbuah. Buah sulung dibawa balik untuk dijadikan sup sayur insyaAllah. Terung Empat vareiti terung di kampung mengeluarkan hasil kali ini. Terung telunjuk paling banyak hasil. Manakala terung bulat menghasilkan saiz yang baik kali ini. Dalam pemerhatian, terung hijau belang diserang ulat manakala terung lain tidak diserang. Mungkin ada tarikan kepada terung hijau belang berbanding terung vareiti lain. Musim angin timur semakin tiba Suasana musim timur semakin tiba di kawasan utara. Langit sudah mulai kurang berawan. Apabila musim angin timur tiba nanti, waktu malam akan menjadi lebih sejuk dan kering. Padi di sawah menguning dan sedia untuk dituai. Waktu ini juga waktu terbaik untuk memancing ikan ikan sawah.