perkembangan kebun perumahan 21 Februari, tuaian petola bantal, cabai solok, pancing haruan
Alhamdulillah, pada hujung minggu ini jadual sangat padat. Terpaksa berjaga awal pagi untuk menyiapkan tugasan. Ternyata satu pengalaman yang bermakna untuk bangun awal dan melihat keadaan awal pagi sebelum subuh. Petola bantal Petola bantal setelah lebih kurang seminggu dapat dituai. Belum pasti dapat dimakan sehinga dikupas nanti. Jika terlalu berserat, mungkin akan dijadikan sebagai kompos. Pokok tin green jordan Pokok tin green jordan telah menjadi layu kerana pokok tidak sempat disiram ketika cuaca panas terik selama tiga hari. Putik putik buah banyak yang gugur. Nampaknya, pokok perlu diubah kekawasan yang lebih teduh Tut pokok tin Alhamdulillah sudah selesai mengetut dan memindahkan pokok yang ditut ke dalam pasu. InsyaAllah selepas sebulan bolehlah dipindahkan pokok ke tempat yang lebih sesuai. Memancing Alhamdulillah ada rezeki memancing pada minggu ini. Ikan haruan dan keli menjadi habuan. InsyaAllah akan dijadikan hidangan tengah hari dan dibuat ikan ke...