perkembangan kebun perumaha, 5 April 2016, memulakan penanaman semula sawi renek
Sawi renek Sawi renek yang disemai sebelum ini tidak begitu menjadi. Jadi sawi renek baru di semai. Semoga semaian kali ini lebih berhasil. Berat hati juga untuk menggembur tanah yang sudah ada beberapa cambahan sawi renek. Namun, semaian semula dilakukan memandangkan semaian tidak akan memberi hasil yang memuaskan. Tangkap lintah bulan Lintah bulan rupanya rupanya banyak berlindung dibawah daun daun kering yang dijadikan kompos bagi pokok terung. Pada pagi hari, didapati beberapa ekor lintah bulan bersembunyi disitu. Kesemua dikumpul dan dimusnahkan. Zucchini Semaian zucchini dipindahkan ke bahagian luar rumah supaya mendapat jumlah matahari yang cukup. Pembajaan dilakukan menggunakan baja organik yang dibeli. Namun baja tersebut agak kuat kerana daun semaian menjadi layu apabila terkena baja organik.