Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2017

balik kampung 3 Jun 2017

Imej
Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu ini untuk berbuka puasa bersama mak dan ayah di kampung. Program kebajikan Pagi sabtu dihabiskan masa dengan program kebajikan di kuala kangsar yang dianjurkan tempat kerja. Alhamdulillah program bantuan berjalan dengan lancar dan golongan sasaran yang memerlukan bantuan dapat dibantu. Dalam perjalanan balik sempat singgah di RNR Bukit Gantang untuk membeli buah buahan. Untuk mendapatkan buah jambu batu yang berkualiti, pengunjung disarankan untuk memilih sendiri buah yang hendak dibeli. Buah jambu yang dijual siap bungkus biasanya mengandungi campuran buah yang mempunyai biji dan buah tanpa biji. Selain itu, kualiti buah sukar untuk ditentukan apabila sudah dibungkus. Kebun perumahan Masa sebelah tengahhari pula sempat singgah ke kebun perumahan. Pokok cili padi masih berbuah dengan lebat. Sistem pengairan automatik masih berfungsi dengan baik. Pokok lemak ketam atau tebengau sudah mula mengeluarkan pucuk baru setelah