Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2015

perkembangan kebun perumahan 31 April 2015

Imej
Alhamdulillah kebun perumahan semakin mengeluarkan hasil. Musim panas sudah hampir penghujung. Hujan lebat sudah mula turun semakin kerap. Ulam raja Diantara hasil yang sedia untuk dituai ialah ulam raja. Penyiraman yang konsisten setiap dua hari berjaya mengelakkan pokok pokok ulam raja layu dimusim cuaca kering. Tomato ceri Tomato ceri mula mengeluarkan hasil lagi. Namun, masih banyak bunga tomato yang tidak lekat buah. InsyaAllah akan cuba membuat pendebungaan bantuan pada pokok tomato ceri walaupun erdapat banyak serangga pendebungaan di kawasan kebun. Petola bantal Banyak bunga jantan petola bantal yang mekar diawal pagi. Namun, bunga betina masih belum kelihatan. Harap harap bunga betina akan keluar tidak lama lagi. Cabai solok Cabai solok sudah mula lekat buah. InsyaAllah dalam dua minggu lagi akan sedia untuk dituai. Mulberi Pasu mulberi akan cuba dipindahkan ke kawasan terbuka supaya mendapat cahaya matahari penuh. Mulberi jiran sangat rajin berbuah wa

balik kampung 22 Mar 2015 & perkembangan kebun perumahan

Imej
Alhamdulillah dapat balik kampung pada minggu ini. Ada sedikit kesempatan waktu untuk menjenguk mak dan ayah di kampung. Antara aktiviti minggu ini di kampung Proses pendaftaran bantuan baja MADA Bantuan baja padi dari MADA disalurkan setiap awal musim. Pesawah perlu datang ke pejabat MADA dan mengisi borang. InsyaAllah bekalan baja akan dihantar pada permulaan musim menanam di rumah. Memancing Alhamdulillah dapat memancing sekejap dirumah. Seekor ikan haruan menjadi rezeki untuk mak dan ayah merasa masakan ikan haruan. Tak sempat nak memancing lebih lama kerana kekangan masa. Jenguk kebun Hanya sempat melihat anak pokok petola yang sedang galak membesar dibelakang rumah. Harap harap akan ada hasil untuk dinikmati. Selain itu, cabai solok juga ada yang sedang subur dan membesar. Masih banyak kerja yang perlu dilakukan di kebun kampung. Aktiviti di kebun perumahan Tuai pucuk petola bantal Banyak pucuk petola bantal yang terhasil. Pucuk pucuk dihimpun dan disi

perancangan kebun perumahan untuk hujung minggu, 21-22 Mac 2015

InsyaAllah akan melakukan beberapa aktiviti kebun pada hujung minggu ini 1. kemas laman rumah anak benih yang sudah tidak sihat akan dilupuskan. rasan sayang juga kerana anak benih sebelum ini begitu sihat. Disebabkan kesuntukan masa, penyediaan tapak kebun tidak dapat dilaksanakan,  anak benih tidak dapat ditanam dan dipindahkan untuk membesar. Akhirnya layu didalam bekas semaian. 2. semai anak benih baru anak benih terung yang dibeli secara online nampaknya gagal bercambah. Sebaliknya dijangkiti kulat. InsyaAllah akan menyemai anak benih terung baka hibrid dari pek yang baru dibeli. 3. pindah anak benih bunga tongkeng pasu besar dibelakang rumah akan dialih ke kawasan hadapan rumah. Pasu ini akan ditanam dengan anak benih bunga tongkeng. 4. semai anak benih salad dan timun percubaan menyemai anak benih salad pinang dan timun yang dibeli. Harap harap akan masih boleh bercambah.

perkembangan kebun perumahan, 14 mac 2015

Alhamdulillah, dapat mengurus sedikit kebun perumahan dikala hujung minggu penuh dengan aktiviti dan kekurangan waktu untuk rehat. Tomato ceri Buah tunggal yang masih ada di pokok di tuai. Warna sudah kemerah merahan dan rasanya masam masam manis. Rasa manis melibihi rasa masam. Petola bantal Pucuk pucuk petola bantal dituai untuk dijadikan sayur dalam masakan. Cabai solok Anak benih cabai solok yang masih dapat diselamatkan dari serangan penyakit mula dipindahkan ke bekas tanaman yang masih kosong. Mulberi Pokok mulberi mulai berbuah kembali, harap harap akan menghasilkan lebih banyak buah. Kompos Sisa sayuran dari dapur dikompos didalam pasu kompos. Sisa sayuran dikumpul dahulu didalam satu bekas plastik sebelum dikompos. Terung semaian baru benih terung yang dibeli dari penjual online dibuat. Harap harap bercambah insyaAllah. Selasih thai Anak benih selasih thai telah dipindah ke pasu yang lebih besar. Namun, keesokan harinya pokok yang masih kecil sudah tiada.

perancangan kebun perumahan bulan mac dan april 2015

InsyaAllah akan melaksanakan beberapa projek kebun perumahan untuk bulan mac sehingga april. Sedikit modal diperlukan untuk melakukan automasi pengairan tanaman. InsyaAllah akan dapat mengumpul modal pada hujung bulan ini. Tanam timun Beberapa varieti timun akan ditanam. Semaian akan disasarkan untuk projek kebun perumahan dan kebun di kampung. Tanam sawi dan sayuran daun InsyaAllah akan memulakan tanama sawi dan sayuran daun didalam bekas pasu bertingkat

perkembangan kebun perumahan: cili solok mula berbunga

Alhamdulillah, perkembangan terbaru dari kebun perumahan ialah cili solok mulai berbunga. Moga moga cepat lekat buah insyaAllah. Banyak lagi benih benih cili solok yang disemai namun tidak dapat di pindahkan ke pasu kerana kekurangan tempat untuk menanam. Benih benih ini pula sekarang kelihatan tidak sihat lagi dan diserang oleh kutu trip, iaitu serangga putih kecil yang menyebabkan pokok menjadi terencat. Petola Bantal Selain daripada cili solok, petola bantal pula kembali berbuah. Apabila balik dari kerja sempat mengamati pokok petola, kelihatan buah yang sudah hampir sedia untuk dituai. Tidak sedar bila ada bunga betina kerana tidak begitu menonjol. Selasih thai dan misai kucing juga sedia untuk ditanam ke kawasan halaman rumah. Benih baru bunga tongkeng bagi menggantikan pokok bunga tongkeng yang mati akhirnya berjaya didapati dari pusat semaian di Tasek Gelugor. InsyaAllah akan dipindah ke pasu yang lebih besar.

semai tomato ceri dari keratan sulur

Alhamdulillah dapat mengemas kebun perumahan sedikit walaupun kesibukan kerja. Waktu menyiram biasanya dilakukan pada waktu tengah malam apabila pulang dari kerja. Namun, ada juga pokok yang terlepas dari rutin meyiram. Baru baru ini, anak benih pokok tomato ceri yang disemai sebelum ini sudah mati kerana kekurangan air. Sayang kerana benih tomato ini tidak dapat dipindah ke bekas penanaman. Alhamdulillah, keratan sulur tomato ceri dari pokok yang sedang membesar beberapa minggu lepas nampak sudah boleh dipindah ke tempat penanaman. Salah satu cara untuk menggandakan jumlah tanaman tomato ialah dengan menggunakkan keratas sulur. Dengan cara ini, dapat menjimatkan tempoh menyemai tanaman tomato yang baru. Sulur tomato boleh dipatahkan dengan menggunakan tangan dan disemai didalam bekas semaian. Pastikan air cukup. InsyaAllah dalam beberapa hari sulur akan mengeluarkan akar. Gambar akan diletakkan kemudian.

pokok tomato ceri diserang penyakit

Nampaknya pokok tomato ceri diserang penyakit yang menyebabkan daun menjadi kuning dan pertumbuhan pucuk menjadi terbantut. Tidak pasti sebab dan cara penyakit ini merebak. Harap harap pokok tomato ceri masih mampu menghasilkan buah. InsyaAllah akan cuba mencari cara mengurangkan serangan penyakit terhadap pokok tomato ceri. gambar akan diletakkan kemudian