Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2011

buah jambu surau

Imej
di surau tempat kami tinggal terdapat pokok jambu mini, buahnya kecil kecil sahaja, elok dan jarang diserang lalat buah, jika terlalu ranum, buah ini akan merekah, buah jambu yang sedap

balik kampung 13 Mac 2011

Imej
minggu lepas balik kampung, kebetulan cuti sekolah, banyak orang yang buat kenduri kahwin termasuk Pak Njang dan Mak Njang untuk Siti. Kami juga pergi kenduri di Perlis. Bang Chak, Bang Long dan Bang Tam pun balik juga kenduri kali ini. Tengah bersiap juga untuk kenduri Ana, nak tengok langsir, cat rumah dan lain lain lagi. cucu cucu mak dan ayah depan rumah tok nek memancing pula, harisin dapat ikan besar semalam seronok main jongkang jongket juara memancing semalam tekun memancing semula musim timur ni langit selalu cerah siput pun boleh pancing :D