Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2018

percubaan memasak beras rebus

Alhamdulillah sudah hampir sebulan mencuba beras rebus. Harga beras rebus mahal sedikit dari harga beras putih. Tetapi tidak semahal beras premium seperti beras siam dan beras basmathi. Tidak banyak pilihan beras rebus yang dapat dibeli. Hanya terdapat beberapa jenama sahaja yang dijual di pasaraya. Beras rebus didalam paket 10 kilogram lebih berbaloi dibeli berbanding paket 5 kilogram. Harga bagi paket 10 kilogram lebih menarik dan murah. Pada mulanya, agak keberatan untuk membeli paket 10 kilogram kerana takut tidak habis. Namun, setelah hampir sebulan menggunakan beras rebus. Nampaknya sangkaan ini meleset. Jumlah sukatan air memasak beras rebus sama seperti memasak beras biasa. Sebaik baiknya tidak terlalu banyak air supaya nasi yang dimasak tahan lama dan tidak mudah basi. Beras rebus yang dimasak mengeluarkan sedikit aroma yang agak kuat. Nasi dari beras rebus berwana perang pudar. Saya membilas beras rebus sebanyak tiga kali sebelum dimasak. Berbanding beras biasa yang dibilas

pancing ikan haruan di tempat baru

Imej
Alhamdulillah cuti hujung minggu dapat diluangkan untuk memancing ikan. Rancangan asalnya ialah untuk membersihkan ruang rumah. Tapi rancangan ditukar kerana tidak sempat hendak meluangkan banyak masa untuk membersihkan rumah. Awal pagi adalah masa terbaik untuk memancing ikan haruan pada masa ini. Musim timur menyebabkan langit tidak berawan. Cuaca akan menjadi cepat panas dikawasan yang terbuka. Jadi, waktu petang kurang sesuai untuk memancing ikan haruan kerana haba masih tinggi. Ikan haruan kurang menggemari suhu yang panas. Jadi, dijangkakan awal pagi lebih sesuai kerana suhu masih dingin. Namun, masa memancing juga lebih terbatas pada musim timur kerana cuaca cepat panas.  Pada waktu awal pagi, dalam jam 7.30 pagi saya mula bergerak mengesan kawasan memancing ikan haruan di sekitar bendang berhampiran sungai perai. Kebanyakan padi sudah dituai pada masa ini. Jadi, ikan tertumpu kepada kawasan parit dan lopak didalam bendang. Terdapat kabus dipermukaan air sungai kerana suh

balik kampung awal Februari 2018

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu ini. Sempat juga untuk melakukan aktiviti di kebun kampung. Kebun pisang Aktiviti menebas rumput di kebun pisang sudah 60 peratus siap. InsyaAllah hanya satu sesi lagi diperlukan untuk menebas rumput rumput di kebun pisang. Seterusnya, parit perlu dibersihkan supaya perjalanan air hujan lebih lancar. Pancing ikan Aktiviti memancing ikan diteruskan memandangkan cuaca baik sekarang ini. Alhamdulillah seekor ikan haruan berjaya dipancing dan dijadikan ikan kering. Tanam bunga kantan InsyaAllah akan cuba mendapatkan benih bunga kantan untuk ditanam di kebun pisang. Akan cuba tanam dikawasan yang kurang risiko banjir kerana pokok kantan akan mati bila terendam dalam air bagi tempoh yang lama. Siapkan rak kayu didalam stor Ayah sudah seminggu cuba menyiapkan rak kayu untuk menyimpan barang barang pertukangan seperti tukul dan gergaji. Cuma, ayah sudah tidak mempunyai kudrat untuk memotong kayu dan papan lapis. Jadi, waktu pet