Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2015

perancangan kebun perumahan bulan mac 2015

InsyaAllah bulan depan akan melakukan beberapa automasi pada kebun perumahan, Automasi utama ialah sistem pengairan tanaman. Ini kerana bulan hadapan kebanyakan pokok tomato akan mengeluarkan hasil dan berbuah. Jadi perlu untuk menyediakan keperluan air yang mencukupi. Dengan mengadakan automasi, masa menguruskan kebun perumahan akan dapat digunakan dengan lebih optimum. Selain itu, teknik penanaman didalam bekas plastik juga akan dicuba. Tanaman yang akan dicuba ialah sayur sayuran jenis daun seperti bayam.

tuaian kebun perumahan semasa cuti raya cina, 21 Februari 2015

Imej
Alhamdulillah dapat mengurus kebun perumahan sedikit sebelum raya cina. Kebun nampak lebih kemas. Pokok petola bantal dibelakang rumah sudah dibersihkan perbandaran. Buah buah masih tergantung di atas wayar tiang telefon. Tidak banyak pembersihan yang dapat dilakukan dibelakang rumah kerana kesibukan tugas. Rasanya lebih mudah mengurus kebun perumahan pada satu bahagian sahaja pada satu masa. InsyaAllah pasu besar dibelakang rumah akan dipindahkan ke bahagian hadapan rumah. Tuaian kali ini ialah bunga, buah beberapa jenis daun dan pucuk seperti bunga zucchini, buah tomato ceri, daun cekur hitam, daun limau dan pucuk petola. Buah tomato ceri rasa sangat berbeza dengan buah tomato ceri yang biasa dibeli di kedai. Rasanya lebih manis dan kurang masam. InsyaAllah lebih banyak buah tomato ceri yang akan terhasil kerana ada stok benih yang sedang membesar. Pucuk pucuk dan daun disimpan dahulu untuk dijadikan masakan. Rasa puas hati kerana semua tuaian tidak menggunakan racun a

warna warna kebun perumahan, 18 Feb 2015

Imej
Alhamdulillah kebun perumahan agak menjadi buat masa ini dengan penyiraman konsisten walaupun cuaca panas pada masa sekarang. Tomato ceri tomato ceri mulai memunjukkan tanda tanda hendak masak. Buah mulai bertukar warna menjadi merah jambu. Mengikut gambar pada paket benih, buah tomato varieti hibrid ini berwarna merah jambu apabila masak. Pokok tomato ceri yang ditanam didalam bekas polisterin lebih besar dan belum berbunga. Putik putik pada sulur tepi di cabut. Putik ini tidak dibuang begitu sahaja, sebaliknya disemai kedalam bekas semaian baru. Terung Buah terung dibiarkan masak diatas pokok untuk dijadikan benih. Pokok terung akan diganti dengan pokok yang baru. Bayam, ulam raja dan selasih thai Bayam, ulam raja dan selasih thai hanya perlu ditanam sekali sahaja, selepas tanaman yang pertama, banyak anak benih yang akan terhasil sendiri. Jadi jimat kos untuk membeli benih tanaman. Gambar akan diletakkan kemudian

menyediakan kebun perumahan untuk cuti panjang

Kebun perumahan akan ditinggalkan selama beberapa hari sempena cuti raya cina. Jiran jiran masih ada disekeliling, cuma kerja menyiram elok dibuat sendiri. Disebabkan pasu pasu yang ringan dan boleh diubah, jadi tanaman akan diubah masuk ke dalam kawasan berpagar yang teduh. Bagi pasu yang besar dan berat, teknik sungkupan dengan plastik akan digunakan untuk mengurangkan kadar penyejatan air. Air akan disiram sebelum plastik disungkup. Dengan cara ini, dapat mengelakkan tanah menjadi kekeringan dan pokok mati. Ini penting terutamanya bagi pokok tomato ceri yang sedang membesar. Untuk cuti kali ini, benih benih tomato ceri, terung dan cabai solok akan dibawa balik ke kampung untuk tumbesaran. Teknik tanaman dalam tong sampah akan cuba dipraktikkan.

anak anak belalang dan pokok tin lagi

Imej
Nampaknya, anak anak belalang masih sukakan daun pokok tin. Buat masa ini dibiarkan sahaja daun daun pokok tin diratah belalang. Nampaknya, belalang ini hanya menyukai satu vareiti pokok tin. Vareiti lain tidak disentuh. Pokok pokok tin masih lagi belum berbuah walaupun semasa dibeli nampak seperti sudah sedia untuk berbuah. Ada yang menyatakan pokok tin tengah mabuk daun. Jadi, buat masa ini dibiarkan dahulu pembentukan daun. InsyaAllah jika ada masa terluang akan cuba mengetut pokok tin yang semakin tinggi.

status cambahan biji benih cili beli online

Alhamdulillah minggu ini dapat mengurus sedikit kebun perumahan. Biji benih yang dibeli dari online nampaknya tidak bercambah langsung. Biji benih direndam didalam air semalaman sebelum disemai dalam tisu lembap. Setelah hampir 5 hari, masih belum ada tanda percambahan. Malah biji benih menjadi busuk. Benih disemai selepas seminggu diterima. Benih kacang buncis yang dibeli sebelum ini juga dicuba untuk disemai. Nampaknya, hasil tetap sama dimana biji benih tidak bercambah dan menjadi busuk. Biji benih yang dibeli dari negara jiran tidak mengalami masalah ini. Boleh dikatakan cambahan benih dari negara jiran mencapai peratusan hampir 90 peratus.

percubaan menanam didalam tong sampah

InsyaAllah akan membeli beberapa tong plastik seperti tong sampah untuk memulakan projek penanaman di kebun perumahan dan kebun kampung. Dengan cara ini, lebih jimat masa untuk menanam dan tanaman akan selamat daripada banjir apabila musim hujan tiba kelak. Kerja kerja menyiram juga dapat dipermudahkan dan boleh dilaksanakan secara automasi kelak. Diantara perkara yang perlu difikirkan ialah dari segi kos dan penjagaan. Beberapa rekaan akan dicuba untuk memastikan projek ini berjalan lancar. Beberapa tong sampah yang tidak digunakan akan dijadikan tempat percubaan. Ketinggian tong sampah memudahkan kerja mengurus tanaman kerana tidak perlu membongkok.

percubaan menyemai benih benih cili eksotik

Alhamdulillah pesanan benih cili yang jarang ada di Malaysia sudah dibuat bulan lepas secara online dari peniaga online tempatan. Benih sudah mula di semai dan direndam. Harap harap akan bercambah dengan cepat. Dua teknik digunakan. 1. Rendam semalaman dan semai didalam bekas semaian Setakat ini masih belum ada tanda tanda hendak bercambah. Jika masih tidak bercambah, benih akan dikeluarkan dari bekas semaian dan diselidik untuk mengetahui punca tidak bercambah. 2. Rendam semalaman dan semai didalam bekas plastik berisi tisu basah Teknik semaian pada tisu basah membolehkan peratusan cambahan dapat dilihat. Cabaran dalam menyemai biji benih yang dibeli ialah kadang kadang benih langsung tidak bercambah. Kekecewaan akan terjadi kepada pembeli apabila mendapati benih yang diharap harap tidak bercambah. Ini akan menjejaskan perancangan penanaman. Jadi, pembeli boleh membeli sedikit dahulu benih yang hendak dicuba sebagai langkah berjaga jaga untuk memastikan benih yang dibeli

cara menyimpan petola bantal

Alhamdulillah, petola bantal masih banyak yang boleh dituai untuk dijadikan masakan. Namun, petola bantal perlu diurus dengan betul untuk mengelakkan buah menjadi berserat dan tidak dapat digunakan untuk masakan. Buah petola perlu dituai apabila sampai peringkat boleh dituai. Ketika buah petola boleh dituai, serat didalam buah masih belum terbentuk dan biji benih masih lembut. Kesibukan kerja menyebabkan buah yang dituai semasa hujung minggu tidak sempat dimasak dan terpaksa disimpan dahulu. Jika buah dibiarkan pada suhu bilik, serat akan mula terbentuk.  Untuk mengelakkan masalah ini terjadi. buah boleh dikupas dan dipotong. Kemudian buah boleh disimpan didalam peti sejuk. Dengan cara ini, serat tidak akan terbentuk dan buah petola dapat digunakan apabila hendak dimasak. Diantara resepi mudah petola bantal yang boleh dicuba ialah petola masak air dan petola tumis bersama sos tiram.

balik kampung 2 Februari 2015

Imej
Alhamdulillah dapat balik ke kampung minggu ini. Musim timur menjadikan waktu siang panas terik dan malam sangat sejuk. Pokok pokok perlu dijirus untuk memastikan pokok tidak mati kekeringan. Musim timur boleh dijadikan masa untuk menyiapkan tempat menanam sayur dan menyemai benih di kawasan teduh. Apabila musim hujan datang kelak, benih yang sudah membesar boleh dipindahkan ke kawasan tanaman yang sesuai. Cuti sekolah akan tiba lagi tidak lama lagi. InsyaAllah ramai cucu cucu mak yang akan balik ke kampung. Kesempatan cuti sekolah ini juga akan digunakan untuk menyiapkan batas tanaman dibelakang kampung. Batu bata akan dibeli untuk disusun menjadi batas batas kebun supaya mudah diurus dan mengelak daripada kejadian banjir apabila tiba musim hujan kelak. Diantara aktiviti balik kampung kali ini. Memancing haruan Alhamdulillah dua ekor ikan haruan berjaya dipancing. Dapatlah mak menyediakan masakan pindang untuk ayah. Ayah juga berminat untuk belajar teknik pancing