Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel petola ular

balik kampung 13 Disember 2015

Alhamdulillah didalam penghujung tahun 2015 ini, masih berkesempatan untuk balik ke kampung. Kekangan kerja semakin berkurangan sedikit. Cuma seminggu dua sahaja lagi perlu fokus menyiapkan kerja kerja utama. Selepas itu, boleh mula bantu ayah di bendang dan kebun kampung. Minggu ini berkesempatan menjenguk kebun dan memancing sekejap di kampung. Keadaan hujung minggu hujan lebat pada sebelah malam. Petola ular Buah petola ular begi cepat menghasilkan buah. Pada minggu lepas, buah hanya sebesar jari telunjung, tetapi pada minggu ini sudah mencapai saiz sekaki dan sedia untuk dituai. Makhluk perosak juga menjadi ancaman kepada buah petola ular dengan menebuk buah yang masak. Bahagian bawah petola akan menjadi lembik dan rosak. Memancing Alhamdulillah dapat memancing lagi pada hari minggu ini. Nasib kali ini lebih baik dengan dua ekor ikan haruan berjaya dipancing. Harap harap dapat memancing dengan lebih meriah apabila musim menuai padi tiba nanti. Ciku Buah ciku juga sedang leb...

balik kampung 5 Disember 2015

Imej
Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada hujung minggu lepas. Dapat menjenguk kebun sekejap sebelum sibuk dengan perancangan lain. Petola ular Petola ular sudah mulai berbuah. Buah sulung dibawa balik untuk dijadikan sup sayur insyaAllah. Terung Empat vareiti terung di kampung mengeluarkan hasil kali ini. Terung telunjuk paling banyak hasil. Manakala terung bulat menghasilkan saiz yang baik kali ini. Dalam pemerhatian, terung hijau belang diserang ulat manakala terung lain tidak diserang. Mungkin ada tarikan kepada terung hijau belang berbanding terung vareiti lain. Musim angin timur semakin tiba Suasana musim timur semakin tiba di kawasan utara. Langit sudah mulai kurang berawan. Apabila musim angin timur tiba nanti, waktu malam akan menjadi lebih sejuk dan kering. Padi di sawah menguning dan sedia untuk dituai. Waktu ini juga waktu terbaik untuk memancing ikan ikan sawah.

balik kampung 7 November 2015

Imej
Alhamdulillah, dapat balik lagi ke kampung. Kali ini hanya sempat jenguk jenguk kebun di kampung dan tuai sedikit hasil. Air sungai meningkat di belakang rumah akibat hujan dan air pasang. Jadi aktiviti memancing tidak dapat dilakukan. Terung Terung minggu lepas mencapai saiz yang agak besar bagi kategori terung telunjuk. Harap harap akan dapat menuai lebih banyak terung dalam sebulan lagi. Petola ular pula masih lagi bertatih untuk memanjat jaring di tepi pagar. Harap harap akan cepat membesar. Tak sabar hendak menunggu hasil petola ular pula. Petola bantal pula tumbuh sendiri dari biji benih buah yang tidak dikutip. InsyaAllah akan dapat merasa tuaiain petola bantal juga nanti.

perkembangan semaian timun, petola segi dan petola ular

Imej
Alhamdulillah, semaian sayuran dari jenis menjalar sudah dilaksanakan. Sekarang menanti untuk dipindahkan ke lokasi pembesaran. Beberapa pokok timun akan ditanam di sekitar kebun perumahan. Selebihnya akan dibawa pulang ke kampung. Petola segi juga akan cuba disimpan dua pokok bagi menggantikan petola bantal yang sudah tua. Pokok petola ular pula akan dibawa pulang ke kampung. Peratus percambahan Kadar percambahan penih petola segi dan timun memuaskan dengan peratus percambahan lebih 80 peratus. Manakala petola ular setakat ini kadar percambahan hanya 20 peratus atau satu biji yang bercambah dari lima biji yang disemai. Jangkamasa percambahan Benih timun dan petola segi bercambah tidak sampai 5 hari disemai. Manakala petola ular mengambil masa yang lebih lama sekitar 8 hari. Mungkin kulit benih petola ular lebih tebal berbanding timun dan petola segi. Tuaian hasil InsyaAllah tuaian dijangkakan bermula bulan november atau disember.

perkembangan kebun perumahan 8 September 2015

Alhamdulillah dapat menjenguk sebentar kebun perumahan Tomato beefsteak Benih benih kebanyakan rosak kerana bumbung tempat semaian bocor. Hujan lebat sejak beberapa hari ini. Habis semaian patah dan tercabut. Hanya dapat selamatkan dua anak benih setakat ini. Semaian petola biasa, petola ular dan timun Alhamdulillah semaian petola biasa dan timun sudah bercambah. Cambahan berlaku tidak sampai 5 hari. Masih menunggu semaian petola ular bercambah Pokok tin Pokok tin variety brown turkey menunjukkan tanda akan berbuah lagi. Semaian keratan tut pula diubah ke tempah yang lebih terang. Kucai Setakat ini semaian kucai masih belum bercambah Semaian kailan Benih kailan dari stok lama cuba dicambahkan. Jika bernasib baik akan bercambah. Terung Terung telunjuk yang disemai didepan rumah semakin sihat. Satu lagi pokok yang ditanama tidak begitu sihat kerana diganggu kucing. Cabai solok Cabai solok sedia untuk dituai. Setakat ini dibiarkan dahulu di pokok. Perancangan membaja InsyaAllah akan mena...