Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2018

balik kampung November 2018

Alhamdulillah dapat balik ke kampung untuk ziarah mak dan ayah. Masa dikampung masih lagi terhad. Perancangan awal untuk balik bercuti di kampung selama empat hari tertangguh kerana faktor cuti pasangan berbeza. Jadi masa yang dapat diluang dikampung pada masa ini sekadar sehari setengah. Masa yang ada digunakan untuk menyelesaikan perkara utama yang tertangguh dahulu seperti urusan cermin mata ayah, ambil ubat ubatan di klinik dan urusan pendaftaran bendang ayah untuk musim penanaman yang baru. Disamping itu, masa yang ada juga digunakan untuk bawa mak dan ayah berjalan jalan. Mak juga hendak melawat bendang milik mak di kawasan Air Hitam. Kebun pisang Kebun pisang sudah lama tidak dijenguk. Ada orang kampung yang datang mengambil pisang tetapi membayar pada harga yang rendah. Selain mengambil pisang, habis golok dan kasut but juga diambil dan tidak dipulangkan. Buah buahan seperti buah sawa(ciku) juga diambil sedangkan mak nak simpan untuk anak cucu yang hendak balik bercuti. R