Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2014

aktiviti hujung minggu 31 Mei 2014

Imej
Alhamdulillah dapat menikmati hidangan tengah hari dari tanaman yang ditanam sendiri. Pucuk ulam raja, selasih thai dan daun kaduk sebagai ulam. Ulam dicicah dengan sambal bersama yang dicampur dengna mempelam pauh. Petola bantal yang baru dipetik pula dijadikan masak air. Alhamdulillah buah petola masih mudah dan belum berserabut isinya. kaduk, ulam raja dan selasih daun limau purut, daun kari dan petola bantal Ikan kitang pula dari hasil yang dipancing sebelumnya semasa memancing di Yan, Kedah. Ikan ini sedap dimasak goreng dan dimakan panas panas. petola masak air dengan labu dan bayam. Bayam dari kebun perumahan ikan kitang masak tiga rasa, daun limau purut dan serai dari kebun perumahan

perkembangan kebun perumahan 29 Mei 2014

Alhamdulillah dapat menjenguk sedikit kebun perumahan. Kesibukan tugas menyebabkan aktiviti menjenguk kebun terhad kepada tengah malam dan juga awal pagi. Antara perkembangan Arnab Arnab telah terlepas sekali lagi daripada kandang. Bila balik kerja ternampak objek kecil dihadapan pintu, rupanya arnab telah terlepas. Habis barisan anak anak terung dimakan oleh arnab. Tidak banyak yang boleh dilakukan kecuali menangkap arnab dan pastikan pintu sangkar tertutup. Benih bendi dan timun terselamat daripada dimakan oleh arnab. Ulam raja Ulam raja terus produktif walaupun  sudah hampir setengah tahun tumbuh didalam pasu. Setakat ini tidak pernah berbunga kerana pucuk ulam selalu dijadikan ulam makan tengah hari pada hujung minggu. Bayam Bayam sudah tua tetapi pucuk masih boleh dituai. Banyak anak anak belalang yang berlindung dibawah rimbunan bayam tua. Timun jepun Alhamdulillah tuaian timun jepun terakhir dapat dibuat pada hari ini. InsyaAllah akan dijadikan sayur dalam sandwic

perkembangan kebun perumahan 27 Mei 2014

Alhamdulillah sempat meninjau kebun perumahan walaupun sangat sibuk sekarang ini. Petola bantal Petola bantal yang sudah lama tidak berbuah akhirnya berbuah kembali. Bila buah dijumpai, saiz buah sudah sangat sesuai untuk dituai. InsyaAllah akan dijadikan masak air. Harap harap akan berbuah lagi. InsyaAllah akan cuba baja lagi pokok petola bantal. Belalang dan perosak lain Belalang nampaknya masih banyak dan terdapat dalam pelbagai peringkat pembesaran. Belalang makan daun sambung nyawa, daun bayam dan daun sayuran lain. Belalang yang berjaya ditangkap dijadikan makanan ikan kaloi. Petola bantal dihadapan rumah pula masih belum berbuah dan kini diserang larva kekabuh. Dibiarkan sahaja kerana pokok tidak produktif. Timun Timun terakhir akan dituai insyaAllah esok. Tinggal sebiji timun jepun sahaja lagi. Selepas ini tanah akan direhatkan dan diperkayakan sebelum tanaman baru dimulakan. Kemungkinan aktiviti tanaman akan dikurangkan kerana sudah hampir bulan puasa dan dijangkak

projek kampung jun 2014

InsyaAllah ada beberapa projek untuk kampung. Dengan bermulanya cuti semester dan bulan puasa, banyak masa boleh diberikan untuk membuat projek di kampung. Antara: cari benih kacang pemunggai ( moringa ) di kebun tuk timah dahulu ada benih pokok pemunggai yang produktif. Dulu dulu tuk timah dapat buat gulai dan lebihan boleh dijual di pasar. Harap harap pokok masih ada. Apa yang diperlukan ialah keratan batang ataupun anak pokok cari benih pokok putat pokok putat dibelakang rumah perlu diperbanyakkan. Jika bulan puasa nanti boleh dijadikan bahan nasi ulam. Ada beberapa jenis pokok putat di kawasan kampung. Kebanyakannya tumbuh sendiri dan tersebar apabila berlaku banjir dan tumbuh ditepi tepi parit. bersih parit parit perlu dibersihkan supaya lebih kemas dan tidak tumbuh lalang. Akan cuba untuk memulihkan kembali parit ini, dulu dulu penuh dengan ikan dan udang. Sekarang sudah tidak banyak ikan yang hidup. Kemungkinan disebabkan oleh kekurangan nutrien dan juga kedudukan ya

perkembangan kebun 22 Mei 2014

Imej
tanaman salad belum berjaya setakat ini sudah banyak kali cuba menanam benih salad pelbagai jenis. Namun tidak ada satupun yang tumbuh. Kemungkinan benih yang disemai sudah lama. Mungkin juga ada semut atau serangga yang menghabiskan benih benih ini apabila disemai. InsyaAllah akan cuba lagi kali ini dalam keadaan yang lebih terkawal supaya punca benih tidak tumbuh dapat dikenal pasti. semaian timun baru semaian satu paket timun yang sesuai dijadikan jeruk sudah dibuat. InsyaAllah akan tengok bagaimana hasilnya. Disamping itu, benih timun jepun juga akan disemai. perancangan membuat pasembor insyaAllah timun timun yang banyak akan cuba dibuat pasembor. Akan cuba dapatkan resepi mudah membuat kuah pasembor.

perkembangan kebun perumahan 20 Mei 2014: bendi, zucchini dan timun

Alhamdulillah dapat membuat beberapa semaian pada hari sabtu yang lepas. Benih bendi dan zucchini yang baru diterima disemai kedalam bekas semaian. Benih nampaknya sudah bernas kerana sudah mulai bercambah pada hari isnin selepas tiga hari disemai.  Benih bendi akan dibawa balik ke kampung manakala benih zucchini akan dipindah ke bekas tanaman yang sesuai. Timun pula sedia untuk dituai lagi. Timun biasa nampaknya sudah sampai ke pengakhiran jangka hayat. Berbuah dua kali dan sudah nampak tanda tidak akan berkembang buah lagi. Mungkin bekas tanaman yang lebih besar diperlukan untuk timun jenis biasa. Manakala Timun jepun pula masih aktif untuk berbuah. Sudah banyak buah timun jepun yang dituai. Sekarang sedang fikirkan cara untuk habiskan timun. InsyaAllah akan cuba buat lagi buat nasi lemak. Semaian baru timun akan dibuat, kali ini dari vareiti yang sesuai untuk dibuat jeruk. Gambar akan diletakkan kemudian

balik kampung 17 Mei 2014

Imej
Alhamdulillah berkesempatan balik kampung minggu ini. Musim buah mempelam sekarang masih berlangsung. Banyak buah mempelam yang menjadi terutama mempelam pauh depan rumah tuk. Mempelam pauh Kalau dulu dulu, akan kutip dengan mak pada waktu pagi sebelum pergi sekolah untuk elakkan buah dimakan ayam. Namun kini, buah buah tersangat banyak dan terbiar ditanah begitu sahaja. Musim ini buah mempelam pauh benar benar menjadi. Budak budak kecil sudah tidak banyak berbanding semasa zaman dahulu. Dulu dulu, budak budaklah yang suka meratah buah mempelam pauh yang masam masam manis. Bukan sekadar isi buah yang dimakan, malah kulit juga turut dimakan. Tanam jagung Sempat juga membawa balik benih jagung untuk ditanam dirumah. Agak terlewat untuk menanam sebenarnya kerana benih jagung sudah panjang sejengkal dan akar sudah banyak. Jagung ditanam berhampiran dengan parit belakang rumah. Harap harap masih dapat tumbuh dan membesar sendiri kerana tiada siapa yang nak tengok pada hari hari kerja

terung dari sahabat perantauan

Alhamdulillah sahabat kejiranan di perumahan flat berbesar hati memberi dua biji terung bulat semasa balik dari kerja. Dia menanam sekitar 20 pokok terung di tepian perumahan. Disamping itu terdapat juga tanaman bendi yang mula mengeluarkan hasil. Menurut sahabat, terung bulat ini sesuai dibuat kari ataupun digoreng. InsyaAllah akan cuba jadikan sebagai hidangan beberapa hari lagi. Benih benih tanaman didapati dari tempat negara asal benua asia tengah. Kagum kesungguhan mereka berbudi kepada tanah. 

tuaian minggu ini, taugeh bayam, bayam dan timun

Imej
Alhamdulillah dapat menuai sedikit hasil pada minggu ini. Antaranya timun, bayam dan taugeh bayam. Anak bayam yang disangkakan tidak tumbuh lagi selepas beberapa hari terendam dalam bekas yang digenangi air hujan. Biji benih bayam diperoleh daripada tanaman sebelumnya. Apabila dicampak ke bekas kompos, biji benih bayam mula bercambah. Kali ini cambahan taugeh bayam dijadikan makanan ikan kaloi sahaja kerana diambil dari bekas kompos. timun yang menjalar di tiang lampu hiasan sebelum dituai dan encik belalang kunyit sebelum terbang melarikan diri Bayam dan timun insyaAllah akan dibawa balik ke kampung untuk dibuat masakan. Labu sudah dibeli dari pasar malam. Harga pula murah kerana mungkin produk dari kampung yang mana kos penanaman murah.

timun whitewonder bercambah dalam buah

Imej
Perancangan untuk menyimpan biji benih timun white wonder sebagai benih terbantut kerana biji benih sudah bercambah didalam buah. InsyaAllah akan cuba untuk biarkan biji benih bercambah. Biji benih yang boleh diselamatkan akan disimpan dahulu untuk tanaman pada masa yang lain.

balik kampung 11 Mei 2014

Imej
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk balik ke kampung hujung minggu lepas. Minggu ini menyusuri Changloon, Jitra, Kota Rentang dan Alor Melintang sebelum sampai ke rumah. Bersempena hari ibu minggu ini, sempat balik berjumpa dengan mak dan ayah di kampung. Berkesempatan juga untuk melihat panorama matahari terbenam disekitar sawah. InsyaAllah akan cuba dapatkan beberapa gambar untuk tatapan bila balik lagi ke kampung. Antara perkembangan tanaman di kampung ialah pokok labu air siam sudah menjalar ke pagar dan sudah setinggi lebih kurang satu meter. Musim mempelam sudah tiba lagi di kawasan utara. Ada juga mempelam harum manis yang Wan bawa balik dari Perlis. Pokok mempelam berdekatan rumah pak teh tumbang. Jadi buah buah mempelam yang hampir masak di bahagi bahagi semasa jiran. Harap harap dapat merasa pulut mempelam dalam minggu ini. Disebabkan jadual yang penuh. Projek penanaman anak jagung akan cuba dilaksanakan minggu ini insyaAllah. Antara projek hujung mingg

perkembangan tanaman jagung 9 Mei 2014

Imej
Alhamdulillah jagung yang direndam sudah mula bercambah. Untuk memudahkan pengurusan bila balik kampung nanti. Benih dipindah ke bekas semaian. Balik kampung nanti hanya perlu cabut dari bekas semaian. Benih jagung yang dibeli biasanya disalut dengan racun jadi kena berhati hati agar bekas yang diguna untuk merendam benih tidak digunakan pula untuk tujuan kegunaan dapur. Dulu dulu sebelum musim kemarau selepas penanaman padi ayah akan mula tanam jagung di belakang rumah. Mak akan rendam stok benih jagung dari tangkai jagung yang dikering tahun sebelumnya. Selepas rendam semalaman, mak akan masukkan dalam kain tuala kecil. Selepas batas ringkas dibina, benih ditanam ke atas tanah. Anak anak akan ditugaskan menyiram pokok jagung pada waktu petang. Bila jagung sudah besar. sebahagian besar akan dituai dan beberapa tongkol jagung akan dijadikan benih. Itulah memori zaman dulu dulu.

sedikit laporan tuaian minggu lepas

Imej
Sedikit laporan tuaian minggu lepas. Alhamdulillah, daun sambung nyawa dan daun ulam raja sempat dijadikan ulam makan tengah hari manakala timun dijadikan sayur dalam sandwich. Daun sambung nyawa dimakan daun sahaja manakala batang muda boleh disemai menjadi anak benih yang baru.

tuaian timun tiga varieti

Imej
Alhamdulillah hari ini dapat menuai timun tiga varieti. White wonder, timun jepun dan timun biasa. Alhamdulillah sempat makan bersama nasi lemak yang dimasak dirumah bersama dengan ikan terubuk kering yang digoreng garing. Terima kasih kepada isteri yang memasak juadah sarapan pagi ini. Tips penanaman timun Para menanam timun cuba dihadapan rumah sebelum pintu pagar rumah. Para dibuat daripada tali nilon pancing. Pokok timun dibiarkan memanjat keatas sebelum dibuat satu para lintang untuk pokok timun menyulur keatas. Baja dan tanah ditambah dari masa kesemasa supaya pokok kekal subur dan produktif. Buah timun harus selalu dituai untuk memberi peluang buah lain membesar. Pokok timun seperti mempunyai keupayaan untuk menghentikan tumbesaran buah timun yang kecil untuk memastikan buah yang paling besar untuk membesar. Bekalan air juga harus sentiasa dijaga. Pokok timun masih mampu tahan seharian tanpa air. InsyaAllah daun yang layu akan kembali segar apabila disiram selepas

perkembangan kebun perumahan 6 Mei 2014

Imej
Beberapa perkembangan kebun perumahan Kompos cacing Tempat kompos cacing utama seperti ada masalah. Roti lama nampaknya naik kulat hitam yang menghalang proses penguraian oleh cacing. Spora kulat hitam juga seperti menyebabkan cacing tidak selesa. Banyak cacing yang naik ke permukaan yang kebiasaannya jarang berlaku. Kemungkinan besar bekas kompos cacing akan dibersihkan tempat kompos daripada roti yang berkulat hitam. Tempat kompos cacing kedua nampaknya semakin baik dengan kelembapan yang baik. Beberapa ekor cacing kecil dapat dilihat muncul dipermukaan pada waktu malam dan pagi. Timun InsyaAllah esok akan menuai timun timun untuk dijadikan sayur dalam hidangan. Kemungkinan akan dibuat dimakan bersama nasi lemak insyaAllah. Bunga tongkeng Pokok bunga tongkeng yang berada didalam polibeg akan diubah ke pasu besar dan diletakkan dikawasan belakang rumah. Semoga dapat mengeluarkan bunga dengan cepat. Jagung Benih jagung sudah direndam dan di letak dalam

balik kampung 4 Mei 2014 dan perkembangan kebun perumahan 5 Mei 2014

Alhamdulillah sempat balik kampung minggu lepas. Sempat juga meninjau kawasan belakang rumah. Pokok labu air siam dan terung telunjuk masih hidup. Beberapa benih terung sarawak dan terung telunjuk dibawa balik ke kampung. Mak akan bagi nanti kepada mak lang beberapa pokok. InsyaAllah minggu depan akan bawa balik beberapa pokok lagi ke kampung kerana ruang penanaman yang terhad di perumahan terutama bagi varieti labu air. Terung dikampung pula berbuah banyak. Mak belum lagi mengambil terung yang masak untuk dijadikan bahan masakan. Ayah pula sudah menerima bekalan baja dari pertubuhan peladang untuk penanaman padi. InsyaAllah penanaman padi akan bermula tidak lama lagi selepas ayah mendapat bekalan benih padi pula. Ayah perhatikan kadar turun hujan masih belum cukup untuk menakung air dibendang dan membasahi tanah kebun dikampung. Perkembangan kebun perumahan Timun Beberapa varieti timun insyaAllah akan dapat dituai tidak lama lagi. Setakat ini timun jepun dijadikan inti

perkembangan kebun perumahan 2 Mei 2014

Alhamdulillah perkembangan kebun terbaru Bayam Merah bayam merah sedia untuk dituai, insyaAllah akan dijadikan hidangan sementara masih muda. Permulaan semasa menyemai bayam nampak tidak begitu rimbun. Namun, apabile sudah mencapai sejengkal setengah sudah memenuhi pasu. Labu Benih labu yang disemai sudah mula bercambah. Tidak semua benih yang bercambah. Benih disemai didalam kompos freepeat. Kerengga Kerengga sudah kembali membuat sarang dibelakang rumah dengan menjadikan daun petola bantal sebagai bahan untuk membuat sarang. Pokok petola bantal pula sudah lama tidak berbuah. Harap harap kerengga ini tidak mengganggu jiran jiran. Cacing Stok cacing ditambah lagi kedalam bekas kompos cacing yang baru. Kompos yang terhasil masih sedikit jika dibandingkan dengan bekas kompos cacing yang pertama. Perancangan minggu depan Perancangan untuk mula menyemai benih jagung minggu hadapan kerana ada masa untuk ditanam di kampung. Selain itu, benih benih terung yang masih banyak a