Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cuti

menyediakan kebun perumahan untuk cuti panjang

Kebun perumahan akan ditinggalkan selama beberapa hari sempena cuti raya cina. Jiran jiran masih ada disekeliling, cuma kerja menyiram elok dibuat sendiri. Disebabkan pasu pasu yang ringan dan boleh diubah, jadi tanaman akan diubah masuk ke dalam kawasan berpagar yang teduh. Bagi pasu yang besar dan berat, teknik sungkupan dengan plastik akan digunakan untuk mengurangkan kadar penyejatan air. Air akan disiram sebelum plastik disungkup. Dengan cara ini, dapat mengelakkan tanah menjadi kekeringan dan pokok mati. Ini penting terutamanya bagi pokok tomato ceri yang sedang membesar. Untuk cuti kali ini, benih benih tomato ceri, terung dan cabai solok akan dibawa balik ke kampung untuk tumbesaran. Teknik tanaman dalam tong sampah akan cuba dipraktikkan.

aktiviti sempena cuti malidurrasul

Selawat dan salam keatas junjungan besar Rasulullah yang menjadi rahmat kepada sekalian alam. Alhamdulillah semalam sempat memanfaatkan untuk beberapa perkara. Bang Tam ziarah rumah Bang Tam yang balik dari Kuala Lumpur sempat singgah ke rumah untuk makan tengah hari. Alhamdulillah ada beberapa ekor ikan yang baru dipancing dimasak untuk makan tengah hari. Kepala ikan siakap dibuat gulai. Ikan cermin digoreng tepung. Manakala ikan merah dibuat sup. Untuk ulaman diambil ulam raja, pucuk kaduk dan pucuk cekur hitam. Alhamdulillah dapat merasa ulaman segar untuk makan tengah hari. Tuai bayam bayam sudah melepasi umur yang sesuai untuk dituai. Hama merah sudah mula menyerang daun. Bena pula menyerang sistem akar. sempat dituai untuk makan malam. Menyemai benih benih Benih kangkung disemai menggantikan benih lobak kampung yang tidak tumbuh. Selain itu, semaian lemon basil dan pak choi baharu juga disemai. InsyaAllah jika ada rezeki dapatlah merasa dalam masa sebulan lagi